Wednesday, 1 June 2016

P.067 - Berlenggang pergi

Panas-panas....

Kerusi Parlimen P.067 Kuala Kangsar....

Orang kuale cakap paneh-paneh...kenapalah sampai mencarut...isk, isk..teman tak faham betui la..
 

 first time tengok perisytiharan pilihanraya
ditampal di dinding pejabat pos

Seminggu duduk di kampung minggu lepas, cuaca memang paneh di kuale. Kalau di belah-belah utara sana, di Kedah, Penang, hujan lebat, ribut lagi..tapi disini panas hingga ke petang..sambung ke malam..

Cuma petang Jumaat je, hujan turun...sebab teman tak bawa payung, meredah hujan (renyai-renyai je pun) dalam misi mencari lemang di pasar malam..

lemang spesial - jagung & pulut hitam

Kalau ke kuale, jangan lupa singgah di sini...Medan Cendol & Laksa MPKK, di tepi Sungai Perak...pekena cendol & lakse kuale..

 
tapi teman makan pasembor, cendol mesti
laksa selalunya masak di rumah

Pagi Ahad ada pasar tani di kawasan lembah - orang kuale panggil 'pekan minggu'..dan teman mencari apom lenggang warisan mak tok..

 yeayy...ini gerai nya
apom lenggang 5 keping RM2.00
tapi kena tunggu giliran, ramai pulak, lama nak menunggu

 kuali-kuali kecik utk apom lenggang, yang kiri tu kuih dangai
 brother hujung sana tengah masak kuih dangai ni

kuih dangai, sebiji 80 sen, 
sedap kuihnya, lembut & panas sbb dimasak on the spot

Disebabkan mak teman asyik panggil je, gamit-gamit dari jauh, nak balik cepat, sebab bapa teman tinggal sorang-sorang kat rumah (bapa teman tak berapa sihat), terpaksalah teman berlenggang pergi dari gerai apom lenggang ni. Beli kuih dangai saja, tak dapat le teman nak khabor, sedap ke idok apom lenggang. Kalau kome singgah kuale hari Ahad, boleh try apom lenggang..

Nun jauh disana- Jambatan Sultan Abdul Jalil


Pilihanraya kali ni berapa penjuru? 2? 3? 4? entahlah kome...kita tunggu hari Ahad ni. Teman tak mengundi di sini. 

Sekian, wassalam..

Saturday, 28 May 2016

Breakfast like DOTS

Apakah DOTS tu? polka dots ke?

Peminat drama Korea, memang tau sangat DOTS ni, yang meletup-letup di seantero dunia...drama Descendants of the Sun...

Dalam drama ni, ada scene hero dan heroin bersarapan di Subway..

 depa makan Club Sandwich

Bila tengok scene ni, tetiba teringin lak nak breakfast Subway, poyo je..pengaruh tv. Selalu beli kat Menara Mara, tapau je..

So, masa anak saudara datang tidur kat rumah, saja acah-acah kat depa, nak breakfast kat mana? nasi lemak simpang? Subway? foodcourt UTC?  

#makcikmalasnakmasak 
#sesekalibelanjaanaksedara

Dan pilihan mereka ialah Subwayy..ok, set..

Outlet Subway yang jadi pilihan, sudah semestinyalah yang di Jalan Sultan Azlan Shah @ Jalan Ipoh...sebab dekat dengan rumah dan senang parking..


penuh kehijauan

outdoor seating



 sambil makan, boleh tengok suasana hijau di luar

 lebih kurang sama, ada kehijauan di luar kedai

 tengah menjamu selera

 ada tambahan - soup of the day (mushroom soup)

 a healthy food, not the drink

Nak order Club Sandwich, mahal le pulok...pilih yang biasa je. Alhamdulillah, kenyang juga makan macam ni...walaupun tak kejap perut (kata orang Utara)...

Happy weekends, u'olls...sedang bersantai-santai di kampung...
paneh-paneh - nak PRK (pilihanraya kecil)..

Monday, 23 May 2016

Cahaya, Bunyi & Warna @ KLCC

Kuala Lumpur City Centre @ KLCC


Walaupun duduk di tengah-tengah bandaraya KL, jarang sekali ke KLCC di waktu malam..depa cakap best..dilimpahi cahaya...

Koleksi gambar-gambar lama, tahun bila disnap dah tak ingat tapi di bulan Disember, masa nak sambut Krismas..

Jalan P. Ramlee

Twin Towers

Menara Maxis

 Ramai sungguh orang bersantai-santai, lepak-lepak di sini di malam minggu..

 sampai baring, bang..nak background twin towers

 belum baring lagi..hihi..

Minggu lepas, officemate ajak ke KLCC lepas kerja, keluar office pukul 8.30 malam..member yang drive, oklah, pening jg basement car park KLCC ni..selalu naik LRT je kalau ke sini..

Dah beli barang, dinner, kemudian tapau pulak sushi @ Sushi King, lepak-lepak depan fountain..tunggu show..first time tengok show ni..huhu.. 


Ramai juga orang di sini, walaupun hari bekerja..

masa ni belum ada sound lagi

show bermula - Light, Sound & Colours

Ada dua pertunjukan

OKlah, untuk menghilangkan stress kerja. Tapi lepas tu stress nak cari kereta sebab tersilap eskalator ke basement..hehe..