Thursday, 23 June 2016

Satu Kegembiraan : Iftar

Assalamualaikum, Salam Nuzul Quran..

"Orang yang berpuasa itu mendapat dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa, dan kegembiraan ketika bertemu dengan Robb-nya." (HR Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas menjelaskan orang yang berpuasa akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.  Kebahagiaan di dunia ini akan dirasakan saat berbuka puasa, kerana Allah telah memberinya kekuatan sehingga dapat melaksanakan kewajipan puasa dan mengizinkan baginya untuk makan dan minum serta hal-hal lain yang sebelumnya dilarang sewaktu dia berpuasa. Dan kebahagiaan di akhirat, ketika dia bertemu dengan  Allah swt, karena dia akan mendapatkan pahala puasanya selama di dunia.   sumber: Ahmadzain

Cerita tentang iftar. Haritu Kak Noor ada publish entry cendawan besar - Portobello Mushrooms berinti Daging dan Keju Mozarella..

Tetiba teringin pulak nak buat...pergi cari bahan2 kat Parkson..sampai rumah, dah pukul 6.30, mula lah bersilat kat dapur...kelentung-kelentang, takde dah nak control2..biaqpi la jiran tetangga nak cakap apa pun..mengejar masa ni..huhu...

cendawan portobello yang besar bagak, ada 4 biji
daging kisar Ramly, guna sliced cheese (murah sikit..hihi)

Intinya saya guna bahan2 basic je: bawang besar, cili kisar, daging kisar dan serbuk lada  hitam, bakar dalam periuk ajaib dan hasilnya, memang juicy...

 buat dua biji, tak cukup..huhu..

 Inti selebihnya buat goreng pasta 
menu berbuka - mee sup, pasta goreng, pai cendawan, bubur lambuk
ikan cencaru bakar & pencicah dan air zam zam 

 Second time, cheese leleh..

--------------------------------------------

Shangri-la lagi, Alhamdulillah. Tahun ni company's iftar di Hotel Shangri-la seperti tahun lepas.


Iftar ni meraikan semua staff dan keluarga, Muslim dan non-Muslim, so memang ramai yang hadir.


Juadahnya...biasalah, buffet Ramadhan.. 

raw oyster & sushi


 penutup - pisang goreng yg sedap

sambil makan, layan live band kat lobby lounge ni
orang pergi solat terawih, ni lepak2 dengar lagu..OMG.. 

-----------------------------------------------------------

Iftar di surau. Marvellous, home-cooked foods. Dimasak dengan kasih-sayang. Ramai juga yang datang membawa kuih-muih, sumbangan untuk berbuka.

Kari kambing seperiuk besar, nasi sedang dimasak
 ayam goreng kunyit

Alhamdulillah, sangat sedap kari kambingnya. Yang best berbuka di surau, dapat berkenalan, merapatkan silaturrahim sesama jiran. Lepas makan nasi, terus bersiap-siap untuk solat jemaah Isyak dan terawih.

Kalau di surau/masjid, boleh je berbuka makan kurma, buah-buahan dan kuih-muih dulu, kemudian solat Maghrib dan lepas tu baru makan nasi, tapi kalau di rumah, memang tak tahan. Mesti nak makan heavy terus, lepas tu mulalah..sengkak...hehe..mengata diri sendiri..huhu..

-------------------

Semoga Ramadhan yang berbaki ni, dijalani dengan peningkatan mujahadah melawan nafsu, istiqomah dalam beribadah wajib dan sunat, terus menerus merebut tawaran pahala yang berlipat-ganda dan menjadi hamba yang tunduk patuh pada yang Maha Pencipta. 

Sekian, wassalam..

Wednesday, 15 June 2016

Posto, Posto

Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Posto, posto !!..wait a minute, Mister Postman...

Dua poskad telah selamat diterima dari sahabat bloggers, syukran..

 
  poskad dari Adelaide diterima, dari Mr Khairuddin Lim dari blog Kaki Travel : from Malaysia to the World

baseball stadium

Yang ni dari Kak Noor dari blog Bicara Kak Noor, chef at home in Brunei..tapi sekarang ni chef abroad..di United Kingdom pula..dari London, Nottingham dan sekarang bersiaran dari Bath...

mencipta resipi 'fusion' yang visually pleasing and sangat yummy in the tummy...all about good foods..

 
 Pulteney Bridge, Bath, dibina pada tahun 1770
tuanya jambatan ni..246 tahun..

Bath, sebuah bandar lama yg menarik di UK...Adelaide, Australia's best boutique city..semoga dapat jejak kaki di kedua-dua bandar ni..  

Saturday, 11 June 2016

Bila kena 'rampas'

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan ke-6.


Bagaimana kita melayan Ramadhan kali ini? Semoga lebih baik dari tahun-tahun terdahulunya..

-------------------------------------------------

Tajukkk..'bila kena rampas'...suspen bebenor bunyi nye..hehehe..

Sambung kisah cuti seminggu di kampung sebelum puasa haritu..

Selepas balik dari pekan minggu, dah angkat semua barang, berehat-rehat di sofa sambil tengok tv, pukul 2 nak drive balik KL..

Layan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan..tiba-tiba bunyi hon di luar pagar..adik dah sampai dari Aloq Staq..
 
Aku jengok ikut tingkap je, malas nak bangun,  tunggu dia parking kereta dulu...tetiba anak sedara dua orang ni, keluar kereta, masuk je rumah, terus 'rampas' remote control tv...tukar channel Astro Ceria..untuk kita-kita aje..

budak Aloq Staq
hang pi mana, hang pi mana

Ini boleh mendatangkan marah!!..hihi..malas nak gaduh, berebut remote control dengan budak kecik..bila dah ada kt depa berdua, memang takde chance le nak tengok channel lain..layan je lah..makcik pun suka tengok kartun...haha..

tudia..remote letak tepi pinggan nasi
dikawal rapi..hihihi..

- Happy weekends -