"Orang yang berpuasa itu mendapat dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa, dan
kegembiraan ketika bertemu dengan Robb-nya." (HR Bukhari dan Muslim).
Hadis di atas menjelaskan orang yang berpuasa akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Kebahagiaan di dunia ini akan dirasakan saat berbuka puasa, kerana Allah telah memberinya kekuatan sehingga dapat melaksanakan kewajipan puasa dan mengizinkan baginya untuk makan dan minum serta hal-hal lain yang sebelumnya dilarang sewaktu dia berpuasa. Dan kebahagiaan di akhirat, ketika dia bertemu dengan Allah swt, karena dia akan mendapatkan pahala puasanya selama di dunia. sumber: Ahmadzain
Hadis di atas menjelaskan orang yang berpuasa akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Kebahagiaan di dunia ini akan dirasakan saat berbuka puasa, kerana Allah telah memberinya kekuatan sehingga dapat melaksanakan kewajipan puasa dan mengizinkan baginya untuk makan dan minum serta hal-hal lain yang sebelumnya dilarang sewaktu dia berpuasa. Dan kebahagiaan di akhirat, ketika dia bertemu dengan Allah swt, karena dia akan mendapatkan pahala puasanya selama di dunia. sumber: Ahmadzain
Cerita tentang iftar. Haritu Kak Noor ada publish entry cendawan besar - Portobello Mushrooms berinti Daging dan Keju Mozarella..
Tetiba teringin pulak nak buat...pergi cari bahan2 kat Parkson..sampai rumah, dah pukul 6.30, mula lah bersilat kat dapur...kelentung-kelentang, takde dah nak control2..biaqpi la jiran tetangga nak cakap apa pun..mengejar masa ni..huhu...
cendawan portobello yang besar bagak, ada 4 biji
daging kisar Ramly, guna sliced cheese (murah sikit..hihi)
Intinya saya guna bahan2 basic je: bawang besar, cili kisar, daging kisar dan serbuk lada hitam, bakar dalam periuk ajaib dan hasilnya, memang juicy...
buat dua biji, tak cukup..huhu..
Inti selebihnya buat goreng pasta
menu berbuka - mee sup, pasta goreng, pai cendawan, bubur lambuk
ikan cencaru bakar & pencicah dan air zam zam
Second time, cheese leleh..
--------------------------------------------
Shangri-la lagi, Alhamdulillah. Tahun ni company's iftar di Hotel Shangri-la seperti tahun lepas.
Iftar ni meraikan semua staff dan keluarga, Muslim dan non-Muslim, so memang ramai yang hadir.
Juadahnya...biasalah, buffet Ramadhan..
raw oyster & sushi
penutup - pisang goreng yg sedap
sambil makan, layan live band kat lobby lounge ni
orang pergi solat terawih, ni lepak2 dengar lagu..OMG..
-----------------------------------------------------------
Iftar di surau. Marvellous, home-cooked foods. Dimasak dengan kasih-sayang. Ramai juga yang datang membawa kuih-muih, sumbangan untuk berbuka.
Kari kambing seperiuk besar, nasi sedang dimasak
ayam goreng kunyit
Alhamdulillah, sangat sedap kari kambingnya. Yang best berbuka di surau, dapat berkenalan, merapatkan silaturrahim sesama jiran. Lepas makan nasi, terus bersiap-siap untuk solat jemaah Isyak dan terawih.
Kalau di surau/masjid, boleh je berbuka makan kurma, buah-buahan dan kuih-muih dulu, kemudian solat Maghrib dan lepas tu baru makan nasi, tapi kalau di rumah, memang tak tahan. Mesti nak makan heavy terus, lepas tu mulalah..sengkak...hehe..mengata diri sendiri..huhu..
-------------------
Semoga Ramadhan yang berbaki ni, dijalani dengan peningkatan mujahadah melawan nafsu, istiqomah dalam beribadah wajib dan sunat, terus menerus merebut tawaran pahala yang berlipat-ganda dan menjadi hamba yang tunduk patuh pada yang Maha Pencipta.
Sekian, wassalam..