Salam Aidil Fitri.
Baru raya ke-6. Masih meriah. Selagi tak habis bulan Syawal, aidil fitri masih dirai.
Hari raya tahun ni, tak balik kampung. Beraya di kota..di Kota Kemuning, Shah Alam.
Sebabnya hari Isnin sebelum raya, ayah kena ambik darah di Hospital Selayang. Alang-alang parents dah ada di KL, cuma tinggal sehari je lagi nak raya, malas lak nak berebut-rebut, bersesak-sesak di highway untuk balik kampung. Lagipun lepas raya, kena gi hospital semula, jumpa doktor pulak.
So, the best decision is RAYA je lah kat sini..huhu..berkumpul adik-beradik di rumah kakak di Kota Kemuning..
Tepung Gomak
Tetiba kuih ni menjadi pujaan hatiku sepanjang bulan Ramadhan. Ada inti kacang merah, ada inti kelapa, dua2nya ku suka, selalu beli kat PaRam Bdr Baru Sentul. Pernah sekali kirim kat ofismate beli kat PaRam yang femes kat Jalan Raja Alang, kurang sedap...lupa lak nak ambik contact pakcik yg jual kuih tu, lepas ni dia berniaga kat mana..
Inilah satu-satunya biskut raya yang saya buat. Biskut Cornflakes Badam. Malas nak guna acuan, guna jari-jemari je - free style, free form, tu yang ada besar kecik saiznya. Alhamdulillah, dapatlah satu setengah balang.
Hari Raya!! bersolat raya di Surau SAR (KAFA Integrasi) Al-Hijrah, sebab nak kan suasana raya di Malaysia..hihi..kalau surau di kawasan rumah kakak, suasana antarabangsa..ramai warga Bangladesh..
Walaupun status surau, tapi besar dan sangat selesa..karpet yg gebu, built-in ceiling air-conditioner yang banyak, PA system yg canggih, Alhamdulillah, sangat puas bersolat disini dan mendengar khutbah raya yg bertajuk Idulfitri Perayaan Ibadah..
Salah satu kandungan khutbah raya ialah perlunya umat Islam menyokong pindaan Rang Undang-Undang (Persendirian) Akta 355 untuk memperkasakan Mahkamah Syariah...hanya untuk orang Islam saja.
Suasana Aidll Fitri
bertambah meriah dengan pemberian duit raya. Berkongsi rezeki di hari
mulia, menggembirakan anak-anak kecil dan tak lupa juga orang dewasa...
Maaf zahir & batin, sekiranya ada tulisan, komentar-komentar, ulasan-ulasan yang tidak berkenan di hati, yang mengguris hati..salah dan silap harap dimaafkan..