Salam Aidil Fitri.
Baru raya ke-6. Masih meriah. Selagi tak habis bulan Syawal, aidil fitri masih dirai.
Hari raya tahun ni, tak balik kampung. Beraya di kota..di Kota Kemuning, Shah Alam.
Sebabnya hari Isnin sebelum raya, ayah kena ambik darah di Hospital Selayang. Alang-alang parents dah ada di KL, cuma tinggal sehari je lagi nak raya, malas lak nak berebut-rebut, bersesak-sesak di highway untuk balik kampung. Lagipun lepas raya, kena gi hospital semula, jumpa doktor pulak.
So, the best decision is RAYA je lah kat sini..huhu..berkumpul adik-beradik di rumah kakak di Kota Kemuning..
Tepung Gomak
Tetiba kuih ni menjadi pujaan hatiku sepanjang bulan Ramadhan. Ada inti kacang merah, ada inti kelapa, dua2nya ku suka, selalu beli kat PaRam Bdr Baru Sentul. Pernah sekali kirim kat ofismate beli kat PaRam yang femes kat Jalan Raja Alang, kurang sedap...lupa lak nak ambik contact pakcik yg jual kuih tu, lepas ni dia berniaga kat mana..
Inilah satu-satunya biskut raya yang saya buat. Biskut Cornflakes Badam. Malas nak guna acuan, guna jari-jemari je - free style, free form, tu yang ada besar kecik saiznya. Alhamdulillah, dapatlah satu setengah balang.
Hari Raya!! bersolat raya di Surau SAR (KAFA Integrasi) Al-Hijrah, sebab nak kan suasana raya di Malaysia..hihi..kalau surau di kawasan rumah kakak, suasana antarabangsa..ramai warga Bangladesh..
Walaupun status surau, tapi besar dan sangat selesa..karpet yg gebu, built-in ceiling air-conditioner yang banyak, PA system yg canggih, Alhamdulillah, sangat puas bersolat disini dan mendengar khutbah raya yg bertajuk Idulfitri Perayaan Ibadah..
Salah satu kandungan khutbah raya ialah perlunya umat Islam menyokong pindaan Rang Undang-Undang (Persendirian) Akta 355 untuk memperkasakan Mahkamah Syariah...hanya untuk orang Islam saja.
Suasana Aidll Fitri
bertambah meriah dengan pemberian duit raya. Berkongsi rezeki di hari
mulia, menggembirakan anak-anak kecil dan tak lupa juga orang dewasa...
Maaf zahir & batin, sekiranya ada tulisan, komentar-komentar, ulasan-ulasan yang tidak berkenan di hati, yang mengguris hati..salah dan silap harap dimaafkan..
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin..
ReplyDeleteMasih rasa kemeriahan raya di sana sini
Selamat Hari Raya FS..maaf zahir batin..
Deleteweekend lg meriah..open house sini sana..
Selamat Hari Raya nohas! kalau ramai Bangla kat surau tu, bukanlah jemaah antarabangsa tapi rasa mcm suasana cam kat Bangladesh la.. hahahha... ok..ok. gurau je. Sebelum ni kita dah bermaaf-maafkan kan..kan...
ReplyDeleteSaya pun suka kuih tepung gomak tu. Skrg ni mmg payah sikit nak jumpa orng jual. Saya suka inti kacang hijau.
Selamat Hari Raya Sweetie..ha'ah, dah mcm kt Bangladesh..hihi..
Deletekuih tu jarang orang jual hari2..mngidam pulak nk makan..huhu..
selamat hari raya kak.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Mommy Cici..
DeleteSelamat Hari Raya MZB....
ReplyDeleteSelamat Hari RAya..
Deletebank irda duit rm5 takde baru tau.kesian customer yang datang tukar...selamat hari raya kak..
ReplyDeleteselamat hari raya, Irda...duit baru nmpk cantik tapi nilainya tetap sama..hihi..
DeleteRindunyaaaaa nak makan tepung gomak tu... My fav masa kecik smpi la ni...
ReplyDeletebln puasa baru jumpa kuih ni, tu yg meroyan makan..
DeleteSelamat hari raya nohas..")
ReplyDeleteSelamat hari raya, Wawa..
DeleteSelamat hari raya aidilfitri buat Nohas sekeluarga..
ReplyDeleteMaaf dipinta dari akak sekiranya ada komen akak yg menyentuh hati..
Semoga ayah Nohas segera sembuh..
Selamat Hari Raya..maaf zahir batin..
DeleteAlhamdulillah, kesihatan ayah saya semakin baik..terima kasih..
tepung gomak tu akak suka...bila makan habis satu mulut comot..
ReplyDeletedah lama x jumpa kuih ni..berdebu mulut, jd comot..hihi..
Deleteselamat hari raya nohas..
ReplyDeletewah tepung gomak, sedapnya, jarang dapat jumpa tu
Selamat hari raya..
DeleteAlhamdulillah, puas makan tepung gomak Ramadhan ni..
Kuih tepung gomak tu lama tak makan.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya tuan blog dan famili. =)
Selamat hari raya..Faarihin..
DeleteBulan puasa baru jumpa kuih tu, sakan makan..
Salam aidilfitri dari kaknoor nohas
ReplyDeleteMasf zahir dan batin ya
Selamat hari raya aidil fitri, Kak Noor...maaf zahir batin..
DeleteSelamat Hari Raya sis, Maaf Zahir dan Batin :D
ReplyDeleteHari raya pertama kat tempat saya, hujan renyai2, pelita2 semua kena tutup dengan cawan polisterine sebab tak nak dibasahi hujan. Huhuu...
Selamat Hari Raya, plain..maaf zahir batin..
Deletesamalah, di sini jg, hujan renyai2..bestnya ada pelita panjut..
Selamat hari raya ..maaf zahir dan batin
ReplyDeleteSelamat hari raya, maaf zahir batin..
DeleteSelamat Hari Raya
ReplyDeletemaaf zahir batin dari kakak ye No..
Selamat Hari Raya, Kak Zakie..
DeleteMaaf zahir & batin..
Selamat hari raya! :)
ReplyDeleteSelamat hari raya, Anem..
Deletesalam idilfitri maaf zahir batin...nohas tolong beri alamat ya..emel kak paridah.ishak@gmail.com
ReplyDeleteSalam Aidilfitri Kak PI..dah email, tk..
Deleteselamat hari raya ... raya kat mana pun klu bersama keluarga tetap meriah .
ReplyDeleteSelamat hari raya QV..ya, betul, berkumpul, masak2, makan2 bersama keluarga mmg meriah di hari raya..
DeleteSelamat Hari Raya...nanti singgah baca..tq..
ReplyDeleteAlhamdulillah meriah beraya...tak kira kan kat mana saja asal yang keluarga tersayang ada bsama,salam aidilfitri sis nohas,maaf ya andai ada khilaf bicara,moga bergembira beraya di mana jua.
ReplyDeleteSalam aidilfitri Ayda, maaf zahir & batin..Alhamdulillah, meriah sambutan raya bersama keluarga..
DeleteBelum terlambat untuk SB ucapkan Selamat Hari Raya
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, SB..
DeleteWah sedapnya tepung gomak? Oh ada inti lain-lain ye. Yang saya pernah rasa inti kacang hijau.
ReplyDeleteSelamat hari raya nohas, maaf zahir dan batin. Semuga ayah cepat sembuh.
Selamat hari raya, notie..Alhamdulillah, ayah semakin sihat..
DeleteAda dua jenis inti, kelapa & kacang..
tepong gomak my feveret...maaf minta juga kak Nohas
ReplyDeletedah tak jumpa yg jual tepung gomak..huhu..
Deletesamalah kita..maaf dipinta..