Tuesday, 9 August 2016

Shah's Village Hotel, Petaling Jaya

Assalamualaikum...

31 Julai 2016..tarikh keramat. 

Pada haritu saya berlari/berjalan sejauh 7 kilometres di Petaling Jaya untuk RISM Charity Run. Profit dari event ini disalurkan kepada Yayasan Raja Muda Selangor. 

RISM stands for 'Royal Institution of Surveyors Malaysia'.

First time join larian macam ni Ada macam-macam kategori - veteran, group, family, saya join Women Open. Ramai jugalah officemates yang turut serta, bos pun join sama. Company sponsor, untuk women open, bayarannya RM70.

Bila tengok itinerary, flag off time pukul 6.30 pagi. Aigoo, awalnya. Officemates perempuan yang join event ni cuma tiga orang je - saya, Sarah dan Mel. Berhari-hari jugalah memikir camner nak buat, takut lak nak keluar rumah sebelum Suboh, nak solat kat mana. Akhirnya semua setuju tidur kat PJ, senang nak gerak pagi Ahad tu.


Cari hotel dekat event venue @ Taman Jaya, yang paling dekat Shah's Village Hotel.  Reasonable juga weekend rate - RM186 semalam, share 3 orang..huhu..bersemangat waja..

So, hari Sabtu 30 Julai tu, lepas pegi jamuan raya, bergerak ke Petaling Jaya, meredah hujan yang tersangat lebat.

 Shah's Village Hotel, Lorong Sultan, PJ 

 suasana resort 

Shah's Village Hotel ni hotel lama, takde lif

Lobby lounge

 bilik besar dan selesa
 
 facilities yang ada dalam bilik

Jom melawat kawasan sementara tunggu dua orang lagi datang check-in.


 Lobby lounge - yang hujung sekali tu gambar tuan hotel
 

Kolam renangnya sangat 'inviting', tak terasa duduk di tengah-tengah bandaraya...so peaceful.


 "Beautifully landscaped tropical gardens with fully grown palm trees surround the swimming pool, Shah's Village Hotel in Petaling Jaya is traditional, yet elegant and the setting is romantic, intimate and peaceful".

 

"The hotel's Malaysian identity is reflected by the owner's collection of antiques and crafts, which are lovingly displayed in the lobby area"

Banyak koleksi menarik dipamerkan di sekitar hotel.


kacapi

 Rubaiyat of Omar Khayyam
koleksi puisi oleh Persian writer dalam lima bahasa

koleksi porcelain

cak lempong

Ada restoran - Gazebo Restoran


Dah jalan-jalan dalam hotel, kita jalan-jalan di luar pulak. Suasana sangat nyaman selepas hujan.

Sederet dengan Shah's Village, ada stand-alone A&W outlet, PJ Palms Sport Centre, PJ Club dan tempat letak kereta MBPJ yang ada gerai nasi kandar yang famous, Nasi Kandar Zainul.


PJ Palms Sports Centre

Check out PJ Palms Sports Centre ni, macam best je. Happening, macam-macam ada disini. Ada A&W outlet, 50m swimming pool, Seamonkey Dive Centre, boleh belajar snorkeling di sini.



Dan restoran yang pelbagai tema - Waikiki Cafe, Out of Africa, Modestos. Beli ayam goreng A&W, balik hotel, makan sambil tunggu dua orang yang tengah mengharungi 'jam' di Federal Highway..

Bersambung..

Wednesday, 3 August 2016

Rice to Wednesday

Today is Wednesday.

How about eating rice to Wednesday?

Do you know rice to Wednesday? Don't know? No idea? how come...hehehe..

Nasi kerabu... 

Now you know kan...hihihi..

Entah sapalah yang translate cenggini, mesti guna Google Translate nih..

Mempersembahkan nasi kerabu yang sedap dan murah...">taraa..

  memang set nya sebegini - harga RM5.00 jer
ada ayam goreng bijan, ikan celup tepung, taugeh yg rangup
dannn...mihun kaler pink..

close-up sikit

ada ayam goreng, ikan goreng tepung lagi. Nasi kaler biru, mihun kaler pink..meriah suasana. Dah macam nasi ambeng pulak. 

Semuanya perfect, sedap kecuali mihunnya kureng sikit sebab rasa manis...

RM5.00..oklah kan, murahlah kiranya, berbaloi rasanya, ke mahal? Makan dimana? di gerai Mail Tomyam, Lorong Kiri 14, Jalan Keramat KL. GPS coordinates??..ontahlah..sebab dah selalu sangat ke kawasan ni...

Masuk simpang dekat Petron, dekat Keramat Mall, jalan terus sampai jumpa rumah terbakar, kat situlah akan nampak gerai Mail Tomyam di sebelah kanan.

Ok, dah pekena 'rice to Wednesday', lain kali kita try pulak 'rice gives to yani the adhesive'.

Siapa boleh teka nasi apa? 

hehehe...adoii, sakit perut..gelak..

inilah jawapannya..

Dari whatsapp group kawan2...betul ke idok? rasanya macam betul jer..hihi..

Selamat bekerja uolls, tingkatkan produktiviti...

Thursday, 28 July 2016

Pek Nga

Dah jemu makan ketupat, lemang, kita makan pek nga pulak.

Pek nga?? tak pernah dengar? ala..tempek-tempek atas belanga...nganga-nganga, suap ke mulut...hihi..

Lempeng lah.

Orang Kedah panggil pek nga.

Orang kuale panggil tempek.
Orang Korea panggil pajeon.
Mat saleh panggil penkek. 
Semuanya, sama waktu dengan Pek Nga.
   
Sarapan hari Sabtu lepas - lempeng tepung gandum, dimakan dengan sambal tumis petai, dimasak sekali dengan kulit. Homemade pek nga...


lempeng tepung & sambal tumis 
salad kobis ungu dan kobis bulat tu side dish, den yg buat

sambal petai & kulit petai

Sedappp..fingers lickin' good..omak den yang masak. Sejak datang tinggal kat rumah, ini kali kedua, bonda ku masak sambal petai macam ni, yang first time, dah habis disantap.  

Maklumlah, bila weekend je, mak mesti teringat anak sana nak datang, anak sinun nak mai,..so, mak pun masak lauk kegemaran anak-anak..awal pagi dah masak..

Teringat zaman kanak-kanak dulu, omak selalu masak sambal tumis petai stail macam ni. Kami adik-beradik bergotong-royong kikis kulit petai. Bila dimasak, rasa kelat-kelat sikit...menambah keunikan rasa sambal petai..
-----------------------------------

Yang ni hotel-made pek nga...lempeng kelapa makan dengan sambal bilis..

pek nga kelapa & sambal bilis
ubi kayu rebus & kelapa parut manis
pulut tanak & ikan masin

Sebenarnya, hari ni baru tau tentang pek nga, kat hotel ni, ada jamuan raya syarikat dari Kedah Darulaman, so depa pun guna vocab utara...pek nga nyok (lempeng kelapa) ditampal di belanga..
 
Lempengnya ok, ada kelapa parut tapi sambal bilisnya kureng sikit, terover masin, ikan bilisnya jenis besar, liat pulak tu..tapi Alhamdulillah, free lunch...tak semua makanan kat hotel tu sedap..kan..