Sunday, 2 October 2016

Salam Ma'al Hijrah 1438H

Assalamualaikum...Salam tahun baru hijrah 1438..


Perjalanan agung Rasulullah SAW dan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA, kisah yang tidak pernah jemu kita mendengarnya.

Perutusan Ma'al Hijrah daripada Mufti Wilayah Persekutuan

Menekuni sejarah Hijrah Rasul SAW, nescaya kita dapat mengambil sejumlah iktibar dan faedah yang begitu banyak untuk dijadikan penyuluh dalam perjalanan kehidupan kita lebih lebih lagi pada zaman yang penuh dengan cabaran, mehnah dan tribulasi. 

Kami suka untuk mengambil petikan ayat Al-Quran al-Karim ketika mana Rasulullah SAW bersama sahabatnya di dalam Gua Thaur, Allah SWT merakam perbualan kedua sahabat ini, di dalam Surah At-Taubah, yang maksudnya:

"Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah, 9:40)

Ayat ini jelas menunjukkan betapa sahabat menjadi pemangkin semangat dan motivasi dalam meneruskan sebuah kehidupan. Kefahaman yang betul dalam kebergantungan terhadap Tuhan adalah amat penting.

Begitu juga tidak perlu berdukacita terhadap apa yang berlaku, tetapi lihatlah ia di dalam bentuk yang positif untuk meneruskan kesinambungan hidup. Seterusnya merasakan kewujudan Allah dan kebersamaan-Nya itu menjadi penenang dan penawar yang sejati dalam melayari bahtera kehidupan.

Semoga cahaya hijrah yang akan muncul bersempena dengan 1438 Hijrah kali ini akan membawa sinar bahagia, ketenangan, kejayaan dan keamanan bagi negara kita yang kita cintai juga di dalam kehidupan kita dan akhirnya kita dapat menapak maju menjadi golongan yang berjaya, InsyaAllah. Amin. 

Akhukum fillah,
Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri,
Mufti Wilayah Persekutuan
29 Zulhijjah 1437 H bersamaan 1 Oktober 2016 M

----------------------------------    

Berkata Imam Abu Hurairah RA
"Setiap kali datangnya tahun baru, membuat daku risau dan resah selalu kerana semakin singkat umurku. Semakin dekat ajalku, semakin tipis pengampunan Allah terhadapku. Dan semakin dekatnya hari perhitungan ku"

Selagi ada KEHIDUPAN, UMUR adalah KESEMPATAN
MUDA lah dengan KESUNGGUHAN
DEWASA lah dengan PENGAJARAN
TUA lah dengan PENGALAMAN   
LAPANG lah dengan KEMAAFAN
SIBUK lah dengan KEMANFAATAN
KAYA lah dengan KEBAIKAN
MISKIN lah dengan KEBENCIAN
KUAT lah dengan KESABARAN
HIDUP lah dengan KETAATAN
MATI lah dengan KEIMANAN
dan BERBAHAGIA lah dengan BAIK SANGKAAN  

sumber: whatsapp  

Selamat tahun baru. Semoga kehidupan, rezeki, fizikal, spiritual, emosi, ibadah, di tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Maaf zahir & batin.    

Thursday, 29 September 2016

7 Bandaraya 7 Beg Tangan

Assalamualaikum...

Wanita dan beg tangan memang tak dapat dipisahkan. Beg tangan pelengkap gaya. Berapa beg tangan seorang wanita tu perlu ada? entahlah, banyak kot..handbag untuk ke pejabat, pergi dinner, pergi kenduri, pergi pasar, pergi jalan-jalan, window shopping, etc..

Saya memang jenis malas nak pindah-randah barang2 dari satu handbag ke handbag lain..hihi..macam le banyak benor handbag nya...

Tujuh beg tangan? sapa ada tujuh handbags? hihi..let's check out Versace seven bags for seven cities collection...

  
Menarik..gambar landmarks di tujuh bandaraya dunia dicetak pada beg tangan Palazzo Empire keluaran Versace ni..

 source: luxurylaunches.com

Dalam bulan Mac 2016, Versace ada buat contest, submit gambar untuk beg tangan ni...dan tujuh bandaraya yang terpilih ialah Hong Kong, Paris, Sao Paulo (erkk..sebab Olympic kot), Beijing, Tokyo, Milan dan New York...weii..Kuala Lumpur takde ke?..hmmm..

Meh kita tengok iconic landmarks yang terpilih untuk tujuh bandaraya tu..

 Tokyo - Mount Fuji

 Sao Paulo - city's skyline

New York - Brooklyn Bridge

Milan - the Gothic Duomo cathedral & Santa Maria delle Grazie

 Hong Kong- city's skyline
Former Canton-Kowloon Railway Clock Tower

Beijing - Temple of Heaven, Forbidden City & CCTV Tower

Paris - Eiffel Tower

 source: lofficielmalaysia
 
Kalau KL, apa landmarks yang sesuai..huhu.. sudah tentulah pilihan ramai..twin tower & KL tower..ye dak..bangunan stesen keretapi lama tu pun cantik juga..kalau nak yang KL punya, edisi cetak sendiri..

Beg tangan ni limited edition..setiap satu, cuma 10 buah je Versace keluarkan. Nak beli pulak, kena gi beli kat bandaraya2 yang berkenaan je..kalau berkenan yang Sao Paulo, kena beli kat butik Versace di Sao Paulo..huhu...ni 'kipas susah mati' Versace je yang sanggup pi beli..baru launch pada 13 September..harganya?? mestilah ribu-ribu kan...edisi terhad...

Edisi mampu tengok je ni...atau beli yang Siam mari...hihi..tak kesahlah kan, takde handbag Versace pun takpe...yang penting dapat jejak kaki di semua bandaraya tu pun ok gak...satu dah pegi, ada 6 lagi..in shaa Allah..

Sunday, 25 September 2016

Prospek Usahawan & Hartanah

Assalamualaikum..

Salam malam Isnin...baru nak update blog...hehe..

Jom baca 'something heavy' malam ni...menambah ilmu perniagaan dan hartanah...walaupun bukan ahli perniagaan, sekali-sekala baca, best juga..mana tau kan..esok lusa kita minat nak berniaga...atau jadi pelabur hartanah mcm Donald Trump..ke dah start?...bagus, bagus..

Walaupun ilmu-ilmu macam ni, banyak bertebaran di internet, boleh baca online, boleh download..tapi tak dapat nak challenge nikmat membaca secara 'face to face' dengan 'real' buku dan majalah..

Jom baca..majalah dalam bahasa Melayu ni...yang diterbitkan oleh Pejuang Media Sdn Bhd.


Prospek Usahawan Malaysia
Meneraju ilmu keusahawanan dan kewangan

Majalah diatas yang ada gambar depannya Dr Azizan Osman ni ialah keluaran kedua pada Mac 2016. Seperti kata editor Zulhilmi Ghouse, majalah ni menyajikan banyak maklumat dan petua untuk perniagaan, khas buat mereka yang baru saja berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. 

Diantara kandungan yang ada..


Wawancara dengan ahli perniagaan/pakar motivasi, Dr Azizan Osman memang menarik dengan tip-tip perniagaan. Kunci utama bagi sebuah perniagaan ialah penghasilan duit - jangan buang masa mendapatkan produk terbaik di dunia tetapi tidak tahu cara untuk menjual dan memasarkannya. Kunci kedua - bijak menguruskan perniagaan dengan membina sistem yang betul dalam bidang yang diceburi dan kunci ketiga - pengumpulan kekayaan.

Banyak maklumat-maklumat perniagaan terkumpul di dalam satu majalah - highly recommended.

Jom mendalami ilmu hartanah pula..

Prospek Hartanah Malaysia
Meneraju ilmu pelaburan dan pemilikan hartanah

Majalah diatas ialah isu #21 pada April 2016. Gambar Datuk Bandar KL - Datuk Seri  Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz...mungkin ada warga KL yang tak kenal...hihi..

Diantara isu-isu yang ada dalam majalah ni..



Majalah yang memaparkan pelbagai isu hartanah di Malaysia yang boleh dijadikan landasan sebelum pemilikan hartanah dan juga untuk pengembangkan pelaburan berasaskan hartanah. 

Ada nampak kan statement 'Hinggakan Bekas Isteri Dihalau' kat muka depan majalah ni. 

Memetik nota Ketua Editor .."Artikel ni ditulis oleh seorang peguam Nazri Mustafa. Beliau menceritakan kisah seorang lelaki yang sudah menjual rumahnya, namun proses jual beli tersekat kerana pembeli tidak dapat memasuki rumah kerana bekas isteri penjual masih lagi tinggal di dalam rumah itu dan enggan keluar. Sedih saya membayangkan nasib anak mereka. Terkadang dalam hal cinta, benci dan harta, kita buta hati. Apalah nilai ratusan ribu ringgit atau separuh nilai sebuah rumah berbanding kesejahteraan anak? manusia, manusia.." 

Di celah-celah kehidupan, akan ada cerita-cerita sebegini...ada juga yang akhirnya jadi gelandangan kerana tidak mampu menyewa rumah..

Kedua-dua majalah ni memang mengujakan minda dan menambah ilmu..sesuai dibaca untuk semua golongan. Harga RM8.00, saya tak beli, saya baca je sebab company yang beli...hihihi..

Happy prosperous week ahead..