Sunday, 20 November 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel

Assalamualaikum..

First time join GA..harap-harap dapatlah seketul FM sebesor tapok tangan tu...huhu..


klik sini untuk join: Jari Manis & Scdha Sein 

 Saya tag blogger-blogger ni, meh, meh join :

1. I Love My Blog

2. Penyisir Rambut

Good luck to me!! Fighting! Gambate!!

Friday, 18 November 2016

China : Xi'an - Pengembaraan bermula

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat.

Let's get started. My Xi'an story. Sedikit info mengenai kota tua, Xi'an.

Xi'an, pusat pentadbiran Daerah Shaanxi di central China. Xi'an bermaksud 'Western Peace'. Di zaman Dinasti Han, dipanggil Chang'an (Perpetual Peace atau Eternal Peace).



Emperor pertama negara China, Emperor Qin Shi Huang membina Terracotta Army di Xi'an. Xi'an juga ialah tempat permulaan 'Laluan Sutera' pada masa Dinasti Han, sebab tu ramai orang Islam di sini. Menarik sejarah Xi'an ni.

------------------------

Isnin, 7 November 2016, Flight No. D7 346 bertolak pukul 6.15 petang dari KLIA2, selamat mendarat di Xianyang International Airport lebih kurang pukul 11.10 malam.

Flight penuh, tapi Alhamdulillah, duduk dengan seorang student Melayu dan Ah So, ketua rombongan dari Jinjang..ha'ah, lain tahun pegi Jinjang ←← dialog P. Ramlee. Sampai di airport, Ah So pegang bendera..

berkilat

Dah lepas imigresen, ambik beg, keluar je pintu, mata membuntang tengok nama-nama kat kertas yg dipegang oleh orang2 yang berdiri di tepi gate. Takde nama saya, takde orang tunggu. Ada sorang lelaki approach, tanya nak teksi ke idok, kami dengan confident cakap ada orang akan datang ambik...huhu..

Sebenarnya dah booking airport pick-up dengan Alley Youth Hostel. Dari hari Sabtu lagi, dah hantar reminder. Tapi takde reply. Lesson learned: kena confirm airport pick-up thru phone call or whatsapp. 

Rupa-rupanya depa reply emel pukul 8.40mlm hari Isnin tu, inform yang takleh nak provide pick-up service...pffft..macamana nak check emel di awan biru gelap..

Masa ni dah menggelabah giler. Teringat 'free public phone' dlm entry SS, cari dekat Pintu No. 314, nak call hotel. Rupanya dah takde...isk, isk.. 

Dalam hati dah merangka-rangka plan B, samada gamble je ambik teksi airport ke hotel atau tidur di Ground Transport Centre (GTC) sebab ada forumer pernah buat macam tu. Esok ambik airport bus ke Xi'an city, burn hotel booking. Dalam airport takleh tidur, airport tutup selepas last flight.

Di dalam kepekatan malam, saya akur, kita merancang dan Allah SWT juga merancang. Subhanallah, Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang dan Maha Sempurna. Dia datangkan student Melayu itu duduk disebelah saya didalam penerbangan. Sebenarnya bukan tempat duduk dia yang asal. Ada penumpang minta tukar seat sebab nak duduk dengan anak dia. 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, student Melayu tu, Azwa namanya dan dua orang kawan dia datang menghulur bantuan. Mereka semua belajar di Xi'an Jiaotong University.

Housemate Azwa tolong telefon hotel. Hotel cakap dah lewat, depa takleh datang ambik..perghh, sakit hatiku. Dia cadang naik teksi airport je. Masa tengah berjalan nak ke tempat teksi, lelaki tadi datang approach lagi, tanya nak teksi ke idok..huhu. Housemate Azwa yang berurusan dengan lelaki tu. Nampak macam ok, setuju naik teksi dia. Rupanya dia tu agen untuk pemandu teksi. Teksi bandar, bukan teksi airport, bukan teksi sapu.

Mereka bertiga berbincang lagi dengan pemandu teksi, bargain tambang teksi, bagi no telefon hotel, siap pesan supaya hantar kami sampai depan hotel...huhu..terharu sungguh..terima kasih Azwa dan kawan-kawan..jasamu dikenang. Masa dalam flight, Azwa siap bagi nombor telefon dia, kalau-kalau nak minta pertolongan semasa di Xi'an..wo ai ni.

On the way ke Xi'an city, driver teksi ambik sorang penumpang lelaki, kawan dia. Kami dah suspens, fikir yang buruk-buruk je...mulalah baca macam2..ayat Kursi,  tiga Qul, qunut nazilah..apa2 je yang terlintas...huhu..

Bila teksi masuk je kawasan Muslim Quarter, nampak ramai berkopiah putih, baru rasa lega. Pemandu teksi dengan kawan dia ni baik, siap telefon hotel berkali-kali tanya direction, berhenti tanya orang, sesat barat jugalah...masuk lorong, keluar lorong..

Alhamdulillah, sampai juga di Alley Youth Hostel. Tambang teksi RMB120, tapi kesian pulak kat pemandu teksi tu, asyik telefon hotel je, bagilah sikit tips. Tapi still jimat, kalau tak, hotel charge RMB240 untuk airport  pick-up. Selamat duit ahkak...hehe..ada hikmah disebalik apa yang terjadi...Alhamdulillah, syukur.

=============

Dah settle check-in, penat angkat beg berat ke tingkat 4, bercadang untuk keluar dinner. Dalam flight tak ambik meal. Nampak kedai depan hotel masih lagi dibuka. Masa ni dah pukul 1 pagi.

Kedai tu jual roti keras dan sate kambing. Nak order guna bahasa isyarat je, asalkan faham..hehe. Tetiba mamat yang berdiri di belakang apek ni, cakap English, tanya kami dari mana. Rupa2nya bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak...hehehe...keciknya doniya...

 mamat ex-UIA yang baju putih tu..stock2 cina hensem
tetiba mention Wangsa Maju, dulu dia duduk kat situ

dua orang amoi tu tengah berdiang kat tempat bakar sate
maklumlah suhu dibawah 10 celcius


Memula beli roti tu dua keping, nak tapau makan kat hotel. Apek tu beria-ria suruh beli sate kambing. Dah sedia maklum yang sate kambing di sini memang sedap, tergoda juga, akhirnya beli 10 yuan..tak jadi tapau, makan kat situ je.

first dinner di Muslim Quarter
sedap giler sate kambing tu, banyak jg ada 13 cucuk
roti keras tu cicah air teh panas, percuma, depa bagi setekoh

End of Day 1

Wednesday, 16 November 2016

China : Xi'an - Hostel, Inn & Hotel

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, selamat berkelana di Xi'an, China selama 6hari 5malam, dari 7 Nov hingga 13 Nov 2016. Walaupun ada hiccup pada permulaan, tapi Alhamdulillah, sepanjang travel, semuanya berjalan lancar. 

Misi ke Xi'an - JJCM - Jalan-Jalan Cari Makan dan Jalan-Jalan Cari Masjid. Alhamdulillah, mission accomplished. Dapat jejak 10 masjid di kawasan Muslim Quarter, 8 masjid lama (ancient mosque) dan 2 masjid yang kelihatan baru. 

Dan sudah semestinya mencuba pelbagai street foods di jalan-jalan yang happening di MQ - Beiyuanmen, Xiyang Shi dan North Guangji Street dan juga jalan yang tak berapa happening - Miaohou Street.

Sebelum start entry jalan-jalan, jom tengok hotel-hotel yang diduduki sepanjang 6 hari di Xi'an. Semua hotel dalam/dekat dengan kawasan Muslim Quarter..bagi menjayakan misi di atas....hehe..
 
 Lokasi hotel-hotel

Itinerary lain sempoi je, paling jauh pegi Terracotta Museum. Lebih kurang gini kembara Xi'an kami..

Day 1: Sampai hotel#1 dah pukul 1 pagi
Day 2: Pagi - start misi JJCM kawasan hotel #1 - check-in hotel #2
          Petang pegi Drum Tower, Bell Tower and Grand Mosque 
Day 3: Terracotta Museum
Day 4: Daming Palace & check in hotel #3
Day 5: Defu Alley, City Wall, Shuyuanmen, Great Tang All Day Mall
Day 6: Gao Courtyard house & final shopping di MQ

OK, jom tengok hotel-hotel yang kitaorang duduk di Xi'an:

Hotel #1 : Alley Youth Hostel

Lokasi di Xichang South Alley, off Miaohou Street, sebelah barat Muslim Quarter. Lokasi dalam kawasan perumahan.


 Faktor utama pilih hostel ni ialah:

1) Kaunter check-in buka 24jam
2) Ada airport pick-up (tapi hampeh, nantilah story in next entry)
3) Staff boleh berkomunikasi dalam English
4) Kawasan ni ada 6 masjid
5) Nak tengok suasana kehidupan local Muslim Xi'an..


Hotel takde lif, takde bilik di tingkat bawah, so kena angkut beg berat naik tangga...huh, semput..

Guestroom dan bilik air besar
reception kaunter

cafe @ tempat lepak 

Stay satu malam, kos - RM63.53 

Hotel #2 : MYFO Wan Shun Yuan Inn 

Lokasi di Beiyuanmen, dekat pintu gerbang di sebelah utara-timur Muslim Quarter. Lokasi memang superb, keluar hotel je, jumpa gerai-gerai. Beiyuanmen, Xiyang Shi and North Guangji Street ialah kawasan street foods yang sangat happening lagi famous di Muslim Quarter.

 entrance ke hotel ikut lorong kecik sebelah kanan

 reception area 

Hotel yang sempoi, receptionist jaga gerai, bukan jaga kaunter..hihi. Ambik hotel voucher, baca2 sekejap, tak minta passport, takyah nak photostat bagai, takyah deposit, takde nak check2 dalam komputer, ambik kunci, tunjuk bilik, terus blah jaga gerai..simple giler..

 dah masuk lorong, baru jumpa hotel
 
the chinese look

 bilik besar, lampu romantik lorr

Hotel ni takde lif. Ada satu lagi hotel guna lorong yang sama, tak tau hotel nama apa, untuk Mainland Chinese je kot..

Stay dua malam di sini, kos - RM157.84

Hotel #3 : Wenyuan Hotel

Lokasi hotel di antara Bell Tower dan Drum Tower, mengadap taman yang cantik. Memang sangat prominent hotel ni, dari jauh dah nampak.

 

 Proper hotel, ada lif. Ada dua bangunan, baru dan lama.

 bangunan baru di bahagian belakang

 reception area

 entrance

standard hotel room

Kos untuk dua malam - RM323.39

--------------------------------------------

Overall, untuk penginapan 5 malam, total cost = RM544.76. Kos untuk seorang RM272.38, lebih kurang RM54.48 semalam, oklah kan, reasonable and affordable.

Dalam map tu, ada satu lagi hotel yang dekat Muslim Quarter iaitu Guoming Garden Hotel. Lokasi betul-betul menghadap Drum Tower, sebelah Hotel Wenyuan. Hotel ni murah sikit dari Wenyuan, tapi dah fully booked masa pergi haritu.

So, sapa-sapa yang nak stay dekat Muslim Quarter di Xi'an, highly recommended hotel-hotel ni.  Check it out...