Friday, 9 December 2016

China : Xi'an - Suasana Malam II

Sambungan aktiviti di hari ke-empat, Khamis 10 November 2016..

Dah check in Hotel Wenyuan, rehat-rehat, langsung terlelap. Tidur tak sedaq diri, bila terjaga je, melompat bangun dari katil, tengok jam...huh, baru pukul 6 petang..ingatkan dah kul 12 malam...lama sungguh tido, 4 jam, letih benor berjalan di Daming Palace pagi tadi...

Dah recharge energy, badan cergas, minda cerdas, jom keluar, tengok suasana malam kota Xi'an. Depan Hotel Wenyuan, ada taman yang cantik, lepak-lepak di sini sekejap..

 Drum Tower & Hotel Wenyuan

 baru nampak lampu berwarna-warni

 closer view

 Bell Tower
lebih kurang sama colour code dgn Drum Tower

Jom, jom, cari dinner..perut dah berkeroncong...makan di satu restoran di Xiyang Shi. Menu bergambar, so senang nak order..order dua jenis makanan, tapi beli sepinggan je, kongsi berdua, untuk mengurangkan pembaziran (kalau tak sedap)..hihi..

 liang pi - cold noodles with sesame paste
ala-ala rojak mi versi sejuk..sedap juga..harga 8 yuan

liangfen - fried green bean jelly 
bolehlah..rasa tawar tapi pedas..harga 10 yuan 

presentation di luar kedai

Liangfen ni memang banyak dijual di sepanjang jalan

OK, dah habis makan, berjalan ke Beiyuanmen untuk beli shawls murah..10 yuan sehelai..on the way, terserempak dengan makcik jual jagung rebus..

 makcik ni yang tegur dulu, Malaysia? soalan biasa
tiba-tiba makcik ni cakap 'satu, dua, tiga'..pandai cakap Melayu..
my sister beli setongkol jagung rebus..3 yuan..  

Lalu depan dewan kecil yang ada kematian malam semalam, tengok ramai orang lelaki dalam dewan tu, ada majlis tahlil kot..malam Jumaat..

 
kedai gendang - best tengok girl ni main gendang

 gula kapas yg cantik

 pisang celup tepung - harga 10 yuan
entahlah rasa tak munasabah harganya

yogurt tradisional Xi'an

beli ice-cream yogurt ni, utk menghilangkan rasa mual

 grilled chicken wings - yang ni lagilah tak munasabah
harga satu 50 yuan..mula-mula ingatkan 15 yuan
dah beratur nak beli, bila peniaga tu tunjuk not 50
kensel, mahal bebenor, kalau kat Malaysia boleh beli seekor ayam
ini lah masalahnya bila buat kira-kira, conversion..hihi..

kepak ayam nya kembung semacam..stuffed chicken wing kot

Sebelum naik hotel, lepak-lepak di taman sambil makan jagung rebus. Jagungnya macam jagung Korea, rasa macam pulut..

Balik hotel, layan citer kung fu kat CCTV - Central China TV..


Lepas tu layan dokumentari tentang kisah hidup Dr Sun Yat Sen dan isteri dia - Soong Ching-ling di CCTV Channel 4. Menarik dokumentari ni, ada subtitle in English. 

Siapakah Dr Sun Yat Sen?

Pencetus revolusi China yang menamatkan kerajaan beraja Dinasti Qing dan menubuhkan Republic of China pada tahun 1912. Presiden pertama negara China. History revisited.

End of Day 4.  

Thursday, 8 December 2016

China : Xi'an - Daming Palace (Part 2)

Masih lagi di Daming Palace Heritage Park... 

Dah beli tiket, jom ke bahagian tengah pulak. Masa ni kuatkan semangat, nak habiskan perjalanan ke 'south gate'. Kawasan Daming Palace ni tersangat luas..saujana mata memandang..
 
 jumpa taman bunga warna ungu
terubat rasa letih tengok bunga

 bunga-bunga ungu

Berjalan lagi ke arah selatan

Wungxian Terrace

yeayy..akhirnya, sampai di 'miniature park' yang menggambarkan penempatan di Daming Palace di zaman dahulu kala..comel-comel semuanya..


Tak jauh dari miniature garden ialah Daming Palace Heritage Museum. Menarik muziumnya..elegant setting.

menarik..peplum bertingket-tingket

Jom masuk ke bahagian pameran. Pertama kali masuk muzium yang cantik dan canggih macam ni...nampak elegan sekali..

istiadat perjumpaan dengan maharaja

ukiran jubin yang cantik

pembesar-pembesar zaman Dinasti Tang

Model Istana Linde
penari-penari istana
terpikat dengan muzium yg elegan ni

Ok, dah habis tengok-tengok, jalan-jalan, jom lah bergerak ke pulang. Kata pergi istana, tapi mana istananya? Daming Palace dah takde, dah terbakar...

 replika Daming Palace (source: chinadaily)

Kemuncak lawatan ke sini ialah Danfeng Gate, south gate untuk Daming Palace. Kiranya gate utama ke kawasan istana. Nak ke Danfeng Gate tu pun kena berjalan jauh juga dari Heritage Museum ni, melintasi deretan kaunter-kaunter tiket..

South Gate - Danfeng Gate

ada muzium - Danfeng Gate Heritage Museum

Daming Palace Ceramic Museum

Dua-dua muzium tak masuk, sebab  dah tak larat, masa ni cuma ingat nak balik hotel je. Rasanya dua-dua muzium ni masuk percuma je, sebab kalau datang dari arah selatan, jumpa muzium-muzium ni dulu sebelum kaunter-kaunter tiket. Danfeng Gate ni pun free of charge...
 
pandangan sisi

 the gate & the buggy

 pandangan hadapan

 photoshoot di sini

Alhamdulillah, berjaya juga berjalan kaki dari stesen metro Daminggongxi hingga ke Danfeng Gate ni..hahaha..pheww..mencipta sejarah, lebih kurang 26,000++ langkah kaki dihayun hari ni..

Danfeng Gate ni lokasinya di belakang Xi'an Railway stesen je. Kalau nak pergi ke sini, lebih mudah turun di stesen metro Anyuanmen (north gate of Xi'an City Wall) dan ambil teksi/tuk-tuk ke sini atau berjalan kaki ke sini.

--------------------------------------------- 

OK, dah habis sesi lawatan istana, jom balik ke hotel, tahan teksi di tepi jalan. Dah tak berpatah balik ke stesen Daminggongxi yang jauh di utara, nak ambik metro di stesen Anyuanmen.   

Tapi sebab tak sebut 'zhan' (stesen), pemandu teksi tu turunkan kami ditepi Bei Da Jie Street, kemudian dia suruh jalan ke belakang, ke arah Anyuanmen (north gate of Xi'an City Wall)..hehe..Tambang teksi - 9 yuan.

Tapi bila nampak signage Bei Da Jie, teringat ada satu lagi stesen metro nama Beidajie. Tanya orang arah ke Beidajie metro station, depa suruh jalan terus, arah ke selatan. Naik metro di stesen Beidajie, turun di stesen Zhonglou (satu stesen je dari Beidajie) dan berjalan balik ke hotel.

Dah sampai hotel, berehat sekejap, ambik beg dan check out. Bergerak ke Hotel #3 - Wenyuan Hotel. Sebelum tu singgah makan tengahari di satu restoran di Beiyuanmen.

Order dua mangkuk biang-biang mee (mi tarik) dan satu sate kambing. 

 waitress sedang menggaul biang-biang mee

 mi tarik style macam ni pulak - dipanggil 'belt mee'

Mula-mula tu rasa sedap je, tapi bila dah lama makan, terasa yang lidah berangin, dalam mulut rasa kebas, tak tau nak describe macamana, mungkin bubuh cuka kot, langsung potong selera, dah tak leh nak masuk...  

Pelanggan di meja sebelah tengok je kami tak habis makan. Sepanjang di Xi'an, tiga kali terkena masakan macam ni...tak kena dengan cita rasa..

Dah tak leh nak habiskan mi tarik ni, jom lah tarik beg ke hotel..