Dah check in Hotel Wenyuan, rehat-rehat, langsung terlelap. Tidur tak sedaq diri, bila terjaga je, melompat bangun dari katil, tengok jam...huh, baru pukul 6 petang..ingatkan dah kul 12 malam...lama sungguh tido, 4 jam, letih benor berjalan di Daming Palace pagi tadi...
Dah recharge energy, badan cergas, minda cerdas, jom keluar, tengok suasana malam kota Xi'an. Depan Hotel Wenyuan, ada taman yang cantik, lepak-lepak di sini sekejap..
Drum Tower & Hotel Wenyuan
baru nampak lampu berwarna-warni
closer view
Bell Tower
lebih kurang sama colour code dgn Drum Tower
Jom, jom, cari dinner..perut dah berkeroncong...makan di satu restoran di Xiyang Shi. Menu bergambar, so senang nak order..order dua jenis makanan, tapi beli sepinggan je, kongsi berdua, untuk mengurangkan pembaziran (kalau tak sedap)..hihi..
liang pi - cold noodles with sesame paste
ala-ala rojak mi versi sejuk..sedap juga..harga 8 yuan
liangfen - fried green bean jelly
bolehlah..rasa tawar tapi pedas..harga 10 yuan
presentation di luar kedai
Liangfen ni memang banyak dijual di sepanjang jalan
OK, dah habis makan, berjalan ke Beiyuanmen untuk beli shawls murah..10 yuan sehelai..on the way, terserempak dengan makcik jual jagung rebus..
makcik ni yang tegur dulu, Malaysia? soalan biasa
tiba-tiba makcik ni cakap 'satu, dua, tiga'..pandai cakap Melayu..
my sister beli setongkol jagung rebus..3 yuan..
Lalu depan dewan kecil yang ada kematian malam semalam, tengok ramai orang lelaki dalam dewan tu, ada majlis tahlil kot..malam Jumaat..
kedai gendang - best tengok girl ni main gendang
gula kapas yg cantik
pisang celup tepung - harga 10 yuan
entahlah rasa tak munasabah harganya
yogurt tradisional Xi'an
beli ice-cream yogurt ni, utk menghilangkan rasa mual
grilled chicken wings - yang ni lagilah tak munasabah
harga satu 50 yuan..mula-mula ingatkan 15 yuan
dah beratur nak beli, bila peniaga tu tunjuk not 50
kensel, mahal bebenor, kalau kat Malaysia boleh beli seekor ayam
dah beratur nak beli, bila peniaga tu tunjuk not 50
kensel, mahal bebenor, kalau kat Malaysia boleh beli seekor ayam
ini lah masalahnya bila buat kira-kira, conversion..hihi..
kepak ayam nya kembung semacam..stuffed chicken wing kot
Sebelum naik hotel, lepak-lepak di taman sambil makan jagung rebus. Jagungnya macam jagung Korea, rasa macam pulut..
Balik hotel, layan citer kung fu kat CCTV - Central China TV..
Lepas tu layan dokumentari tentang kisah hidup Dr Sun Yat Sen dan isteri dia - Soong Ching-ling di CCTV Channel 4. Menarik dokumentari ni, ada subtitle in English.
Siapakah Dr Sun Yat Sen?
Siapakah Dr Sun Yat Sen?
Pencetus revolusi China yang menamatkan kerajaan beraja Dinasti Qing dan menubuhkan Republic of China pada tahun 1912. Presiden pertama negara China. History revisited.
End of Day 4.
Bila travel ni, kalau penat memang lebih sedap tidor dari meronda-ronda... tapi sayang buang masa kot...
ReplyDeletebetul tu, bila tak larat, mmg best tido dlm bilik hotel, takde gangguan..tu yg terlajak sampai berjam-jam...inilah drawback travel sendiri2..terpaksa guna byk tenaga guna public transport..kena fit..huhu..
DeleteCantiiknya xian waktu malam ya..dr sun yat sen dlm buku sejarah pernah tinggal di Penang kalau x silap.
ReplyDeletebergemerlapan dgn lampu2 berwarna-warni..ya, pernah pegi markaz Dr Sun Yat Sen di Armenia Street di Penang..
DeleteCantiknya tengok lampu..
ReplyDeletebell & drum tower tu menarik sekali dgn hiasan lampu..
Deletemajestic view drum n bell tower tu wktu malam..ada juga mkanan yg overpriced ya,ingt murah2 semuanya
ReplyDeletemenarik view di waktu malam...mostly makanan di kwsn tumpuan pelancong Beiyuanmen, xiyang shi & guangji street, harga 10 yuan..sate kambing, tauhu, pisang celup tepung tu..mcm overpriced..sate kmbing tu ok lg..
DeleteHmmm, 10yuan for a fried banana on a stick and 50yuan for a 'special' grilled chicken wing? Memang tak munasabah bunyinya ahahaa (^^;)
ReplyDeleteCotton candy tu cantik! X3
sbb rasa harga tak munasabah, langsung tak beli..huhu..
Deletecotton candy warna-warni..first time tengok design mcm ni..