Friday, 17 March 2017

China : Beijing - Masjid Dongsi & Nanluoguxiang

Hari Pertama: Selasa, 7 Mac 2017
 
Lepas berehat, makan-makan, sempat baring2 dalam bilik hotel, bersiap siaga untuk meneroka kotaraya Beijing...ayuhh..

Keluar je dari bangunan hotel, nampak kenderaan roda tiga ni.. hee..comel sangat. Macam-macam jenis kenderaan kat China ni, susah nak jumpa kat tempat lain..
 
kenderaan roda tiga

Itinerary pertama - ke Masjid Dongsi. Tengok dalam peta, baca dalam blog 'Jalan-Jalan - En Mie', ada satu masjid lama di kawasan ni. Jom pi ziarah.

Lintas jalan, menapak ke arah selatan, menyusuri Dongsi South Street. Banyak kedai-kedai di sepanjang jalan, cantik view di sini #akusuka. Dengan pokok-pokok yg masih togel, ada unsur2 gothic sikit..hihi..
 
Jalanraya bersih sekali, jumpa Lishi Hutong. Nak cari halal foodcourt tapi tak jumpa.
 I Am Shop

Masjid Dongsi di sebelah kanan jalan, ok, jom lintas. Tak tau sebenarnya lokasi masjid ni, jalan mundar mandir, tanya kat guard yg jaga hutong, dia tunjuk arah ke atas. tengok map, dekat je dengan simpang empat..oo, sebelah Caffe Bene rupanya..


kalau tengok paras rupa, memang tak sangka yang ni ialah masjid, sebab ada pulak ukiran2 binatang kat corner atap, rasanya semua bangunan lama, design macam tu, budaya mereka macam tu kot..

jumpa ini dulu - bilik2 pengajian

 minaret

dewan solat utama

Kemudian bergerak ke Nanluoguxiang - di antara hutong yang popular di Beijing, yang dah dikomersilkan sebagai tempat pelancongan. 

Hutong ialah lorong-lorong kecil yang menempatkan rumah-rumah courtyard, yang banyak terdapat di Beijing. Perkataan hutong mula digunakan semasa Dinasti Yuan, yang bermaksud 'telaga air' dalam bahasa Mongolia.

Jom naik subway Line 6 ke stesen Nanluoguxiang, satu stesen je dari Dongsi. Swipe guna kad Yikatong, tambang metro bukan lagi flat rate RMB2.00. Dah ikut jarak perjalanan, RMB3.00 untuk 6km pertama. RMB4.00 utk 6 -12 km, dan seterusnya..

Keluar Exit E

entrance ke Nanluoguxiang

pelancong yang ramai

Sepanjang jalan, banyak kedai-kedai jual macam-macam, mostly makanan dan minuman, souvenirs..ada boutique, salon rambut..

 peta Nanluoguxiang (South Luogu Lane)

Disebabkan hutong ni ada nilai-nilai sejarah, di setiap lorong ada info yang menceritakan sejarah, latar belakang hutong...berapa panjang, berapa lebar, bangunan-bangunan bersejarah. Hutong di Dongsi/Wangfujing, ada guard yang jaga kat entrance, kenderaan luar kena register nak masuk hutong..utk keselesaan penduduk di hutong..

 Info mengenai Banchang Hutong

Jalan sampai ke hujung, ke Gulou Street, corner kiri, jalan pula ke Gulou (Drum Tower) dan Bell Tower.  On the way, jumpa gerai sate kambing halal ni...singgah beli, 10 yuan secucuk.

duduk makan di sini, bekas tu tempat letak besi sate
sate kambing di china, memang sedap

Sambung berjalan, sampai di dua-dua tower ni, cuma snap dari jauh je, tak masuk. Drum & Bell Tower ni dulunya sebagai 'time keeper' di zaman Dinasti Yuan, Ming dan Qing.

Berbeza dengan Xi'an, dua-dua tower ni dibina selari dan berdekatan. Drum Tower mula dibina dizaman Dinasti Yuan.
.
 Gulou (Drum Tower)

Zhonglou (Bell Tower)

Dari  Bell Tower, jalan ke selatan, menyusuri Di'anmen Street, menuju ke stesen Sichahai.

bersambung.. 

Thursday, 16 March 2017

China : Beijing - the Arrival

Assalamualaikum...

Lai, lai..meh nak start story Beijing. Catatan perjalanan untuk kenangan masa depan. Mengabadikan pengalaman pahit manis mengembara di ibukota negara China

Beijing (northern capital) atau dulunya Peking, kota tua yg penuh sejarah dan budaya, senibina moden dan tradisional. Pertama kali dijadikan ibunegara oleh Kublai Khan semasa Yuan Dynasty, dengan nama Dadu (Grand Capital) atau Khanbaliq, dalam bahasa Mongol.

Beli tiket bulan Julai 2016, visa dah ada. Hari dinanti sudah tiba. Pada 6/3/2017, bergerak ke KLIA2, flight pukul 10.30 malam. Sementara tunggu nak boarding, makan nasi goreng, tapau siap2 dari rumah.


Masa beratur nak boarding, staff Air Asia yang check boarding pass, sembang2 dengan colleague dia, "ramai North Korea ni". Huh, ahkak dah risau..huhu..harap2 kapalterbang takdelah melencong ke Pyongyang..hihi..

Alhamdulillah, selamat mendarat di Terminal 2, Beijing Capital International Airport pada pukul 4.40 pagi dengan suhu negatif satu. Sejuk giler dalam airport..imigresen lancar..ambik beg dan keluar ke arrival hall...


Tunggu Airport Express yang start pukul 6.30 pagi. Pukul 6.00 pagi baru security buka kunci lif untuk ke level B2.
 
nak masuk ke tempat Airport Express, beratur utk scan beg-beg 
(prosedur biasa di China)

Beli tiket di sini - flat rate CNY25
boleh juga beli kad Yikatong kat sini, macam kad 'touch n go' utk memudahkan perjalanan naik subway/bas, cuma swipe je

 kad Yikatong

Kami beli kad ni di stesen Dongzhimen, yang harga CNY100 - deposit CNY20, stored value CNY80. Tambang subway dah ikut jarak perjalanan, CNY3 untuk 6km pertama. Ingatkan guna kad ni dapat diskaun bila naik subway, nan hado tapi naik bas dapat 50% diskaun. 

menunggu Airport Express

Airport Express cuma berhenti di dua stesen, Sanyuanqiao (Sanyuan Bridge) dan Dongzhimen (stesen terakhir). Kami turun di stesen Dongzhimen, yang bersambung dengan Line 2. 

Kami booking Fuxing Holiday Elan Hotel dekat stesen Dongsi.

Nak ke hotel:

Option 1 : Dongzhimen (Line 2) - Chaoyang (Line 6) - Dongsi
Option 2 : Dongzhimen (Line 2 ) - Yonghe Gong (Line 5) - Dongsi

Dah sampai Dongzhimen, macam blur2, berserabut fikiran....menonong pi beli tiket kat mesin, beli tiket ke Chaoyang je, sepatutnya terus beli tiket ke Dongsi, takyah keluar masuk kat stesen Chaoyang..hmm..

Bila dah beli tiket, nampak orang beli kad Yikatong di kaunter..aiyaa..beli jugalah kad. Beli di kaunter tiket subway - yang bertulis 'fare adjustment', di sebelah kanan sebelum mesin tiket.

 stesen Dongzhimen

Tak tau le tiket yang dah dibeli kat mesin tu boleh refund ke idok, malas nak tanya2, ambik Line 2 ke Chaoyang. Keluar dari stesen guna tiket and then, masuk balik guna kad Yikatong..hehe..sib baik ada eskalator. 

Dari Chaoyang, ambik Line 6 ke stesen Dongsi. Nak keluar ke exit B..perghh, azab..jauhnya, berbelit-belit..kena naik 3 eskalator, 2 tangga...huhu..

 Peta kawasan di Exit B


Lokasi Elan Hotel

keluar je di Exit B, akan nampak bangunan ni, bahagian belakang Wu-Mart Hypermarket.


Ambik kiri lalu depan McDonald's.

 

Dihujung jalan ialah pintu masuk ke Wu-Mart, suasana sesak di sini sebab orang keluar masuk hypermarket, tempat loading barang-barang, yang beratur beli makanan kat restoran cina pun ramai juga. Belok kiri dan jalan terus ke hotel.

 Wu-Mart di hujung kiri, Elan Hotel di hujung kanan
ditengah2 - restoran cina & restoran halal Western Mahua

 Fuxing Holiday Elan Hotel

Alhamdulillah, dapat check-in awal, yang jaga reception tak reti cakap english, nak minta deposit CNY100 pun guna translator kat hp. Hotel ada lif, walaupun 3 tingkat je..syukur. Canggih juga hotel ni, nak tekan nombor kat lif, kena swipe kad bilik..hotel baru..

 oklah, not bad

Ambik king room, RM134 semalam, booked guna Agoda, bayar siap2, takut exchange rate naik, meh tengok camner king room nya..tadaa..

 takde lah besar sangat..bolehlah..simple je biliknya..

 bilik air..ok

Yang tak best hotel ni, wifi yang super lembab, dah connect, tapi langsung tak bergerak..letihh. Bilik hotel pulak tak sound-proof, boleh dengar orang bercakap diluar bilik.

Hari masih awal lagi, berehat dalam bilik sambil makan bekalan yang dibawa - nasi impit dan sambal ikan bilis. Lebih kurang pukul 10.00 pagi, keluar melawat kawasan.

mercu tanda ke hotel -Wu-mart dan McDonald's

bersambung

Tuesday, 14 March 2017

Ni hao...Hello Beijing!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...selamat kembali ke tanahair dari kembara di Beijing, China. Melunaskan kemasukkan kedua ke negara China bagi 'two entry visa' yang di apply masa pergi Xi'an bulan November tahun lepas.


Kembara 7hari 6malam. Dari hari Isnin malam, 6/3 hingga Ahad pagi, 12/3. Flight ke Beijing hari Isnin, pukul 10.30 malam dan flight balik, pukul 5.50 pagi hari Ahad. Lima hari penuh di Beijing.

Alhamdulillah, cuaca sangat baik semasa di Beijing. Mula-mula sampai, cuaca sejuk tapi dua, tiga hari sebelum balik, dah semakin panas..

Booking hotel di Fuxing Holiday Elan Hotel, dekat Dongsi station, exit B. Sangat selesa dan dekat dengan pelbagai kemudahan - stesen metro, restoran halal, hypermarket, hentian bas. Semuanya within walking distance.

Dari kiri: Wumart Hypermarket, Western Mahua Restaurant, Elan Hotel di hujung kanan. Bangunan di hujung sekali ialah kedai jual kain sutera/cotton

Tempat-tempat yang sempat dilawati di Beijing..

1st Day
 
 Masjid Dongsi

 Nanluoguxiang

beli sate kambing on the way to Gulou (Drum Tower)

Gulou (Drum Tower)

Bell Tower

Houhai Lake

Sichahai

 Olympic Park
 
Mee tarik warisan asli di Western Mahua Restaurant

2nd Day

Tembok Besar

Yong He Gong (Lama Temple)

Acrobatic show

Wang Fu Jing

3rd Day

 Forbidden City

 Donghuamen Gate (Forbidden City)


Tian'anmen Square

Qianmen Street

Masjid Qianmen

Muslim food palace @ Niu Jie
Masjid Niu Jie

 4th Day

 Beigongmen (north gate) of Summer Palace

 Suzhou Street - Summer Palace

 Kunming Lake @ Summer Palace

Panda @ Beijing Zoo

5th Day 

 Russian Market @ Alien's Street
 
 Kedai Ayisha @ Russian Market


Niu Jie

Rata-ratanya pergi  ke tempat wajib singgah kalau travel di Beijing. Entry penuh akan menyusul kemudian..okbai, nak jalan-jalan, ziarah blog kawan-kawan..
Till then, good night..