Tuesday, 10 October 2017

Ke Indonesia ke kita?

Tetiba kena gi Indonesia, naik mobil...haha..


 
cuaca panas, singgah di warong..



sido muncul

 KukuBima - ener-G drink

mesti beli yang ni

 minuman wajib bila ke seberang

--------------------------------------------

Jumaat lepas, lunch di restoran padang ni, 
jalan kaki je dari pejabat


bersantap nasi padang, feeling-feeling kat Medan, kat Padang

banyak pilihan lauk-pauk

sambe ijo mesti ada
nasi rames (RM3.50) + ayam balado (RM9.00) + terung balado (RM6.00) + sambe ijo + teh botol (RM6.00) + ais (RM0.50)
jumlah = RM25.00 
 

(*lap peluh*..insaf sekejap...huhu..kok mahal benerr dong)

selamat sore..entry di kala stress...

Wednesday, 4 October 2017

Akuarium tepi jalan

Ada orang buat akuarium tepi jalan....menarik sekali!!


Terjumpa akuarium ni masa kerja luar di Wangsa Maju.

 Ada empat bijik, kesemuanya penuh dengan ikan-ikan


cantik-cantik ikan koi (japanese carp)
geramnya!!

 tak jadi kerja, ralit tengok ikan berenang

 akuarium yang ke-4 dihiasi dengan batu-batu
tapi yang ni sendu sikit sebab airnya keruh
banyak ikan sebenarnya tapi ikan warna hitam

 siapalah empunya akuarium ni

goreng pun sedap

 berwarna-warni

yang ni ada bapak ayam dan ibu ayam
riuh depa berdua berketak, kesian terkurung dalam ni

 itik serati pun ada

 Nyaman suasana di sini dengan taman di bahagian belakang. Bestnya tinggal di kawasan ni...

Thursday, 28 September 2017

Masjid Ihsaniah Iskandariah

Assalamualaikum..

2017 - Tahun Melawat Perak - Visit Perak Year 2017

Untuk 'weekend getaway' bolehlah lari ke utara, ke Kuala Kangsar. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Ada tempat, teman pun belum sampai lagi. Pernah buat entry tribute to my hometown, check out old entry - Parlimen P067 DUN N29.

Entry kali ni mengenai masjid lama. Masjid Ihsaniah Iskandariah yang terletak di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Perak.

Masjid ni dah lama menarik perhatian saya, tapi tak juga singgah-singgah. Sempena cuti Maal Hijrah, Alhamdulillah, berjaya melawat masjid ni yang dah dijadikan galeri.

 Galeri Masjid Ihsaniah Iskandariah

Nampak familiar kan seni binanya. Seni bina masjid ni serupa dengan seni bina Istana Kenangan yang ada di Bukit Chandan. Mercu tanda Kuala Kangsar yang popular. Iconic landmark gitu. Mungkin ada yang belum mengenali Istana Kenangan, yang juga dikenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas.
Istana Kenangan - sumber: wikipedia
Jom tengok fakta mengenai Masjid Ihsaniah Iskandariah, sumber dari Jabatan Warisan Negara.

Masjid Ihsaniah Iskandariah dibina pada tahun 1936 dengan ihsan Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke 30. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh baginda pada hari Jumaat 10 Zulhijjah 1356 bersamaan 11 Februari 1938. 


Rekabentuk dan hiasan masjid ini diilhamkan oleh baginda berdasarkan senibina Istana Kenangan di Bukit Chandan. Keseluruhan dinding kelarai (tepas) yang bermotifkan berlian merupakan anyaman buluh minyak yang telah disiapkan secara gotong-royong oleh penduduk kampung.

anyaman kelarai bermotif berlian

Masjid ini mempunyai 20 buah tingkap dan tingkap di tingkat bawah dibina tinggi bagi memelihara pandangan. Setiap tingkap dihiasi dengan ukiran motif insang ikan Yu dan pucuk kacang pada kepala tingkap dan diserikan dengan ukiran bulan sabit serta bintang pecah lima. Jumlah tingkap yang banyak menjadikan dalaman masjid ini sangat cerah, nyaman dan selesa.

perincian ukiran tingkap

Setiap sendi kayu dinding tepas dihiasi dengan ukiran sekuntum bunga tikam seladang bagi menambah lagi seri hiasan dinding. Corak kelarai kemudiannya dicat dengan warna bendera negeri Perak Darul Ridzuan sama dengan warna Istana Kenangan. 

Seni ukiran paling menarik adalah pada papan perasmian masjid yang mempunyai Cop Mohor masjid yang dahulunya terletak pada hadapan mimbar tetapi kini sudah musnah.

 pintu masuk utama

Masjid ini tidak digunakan lagi semenjak tahun 1976 dan menjadi semakin uzur dan usang sehinggalah ia diselamatkan dan dipulihara oleh Jabatan Warisan Negara pada 2008.

Memang sepatutnya khazanah lama seperti masjid ni dikekalkan dan dipulihara untuk tatapan generasi baru. Usia masjid ni dah mencecah 80 tahun.

 pandangan depan

pandangan sisi

Bagi yang ingin melawat, masjid ni sangat mudah untuk dijejaki. Dari PLUS Highway arah utara, keluar tol Kuala Kangsar. Selepas tol, susur ke kiri menuju ke arah Taiping, akan nampak masjid ni di sebelah kiri selepas jalan susur masuk ke jalan besar (Jalan Kuala Kangsar - Taiping).

Jom cuti-cuti local, dekat jer.