Thursday, 4 January 2018

Pantai Redang, Sekinchan

Assalamualaikum...

Salam tahun baru 2018.

Alhamdulillah. MasyaAllah. Lapang fikiran berada di tepian pantai. Menghirup udara segar.

Pantai Redang @ Sekinchan, Selangor.

 camar yang pulang

Daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah bersabda:
“Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan.” (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan “Melihat Ka’abah” (Riwayat Abu Daud).

 di kaki langit,  lautan tak bertepi

Sungguh besar ciptaanMu...menjadi ilham puisi, menjadi sumber rezeki. Ada yang menemui hidayah dengan hanya mengkaji ayat-ayat yang menyebut 'lautan' di dalam Al-Quran..Allahu Akbar..

the lone angler

kosong - pergi mencari rezeki di pagi hari



Seketika sahaja di sini, hujan gerimis, bergerak ke tempat menarik yang lain di Sekinchan - sawah padi...yuhuu...city slickers yang rasanya tak pernah ''up, close & personal' dengan pokok padi di dalam sawah padi di Malaysia..tapi makan nasi hari-hari.

Agro pelancongan..jom, jom..

Friday, 29 December 2017

Terakhir 2017 : Terbang Tinggi-Tinggi...

It's a bird! it's a plane!!..no! no!, semuanya salah..it's a DRONE..

Salam Jumaat. Sebagai penutup tirai tahun 2017, kisah teman yang baru nak belajar benda yang wujud di alaf baru ni. Belajar menerbangkan drone. 

Itupun sebab bos suruh ambil gambar 'aerial view' ladang kelapa sawit seluas 600 ekar lebih, kalau tak, haram nak belajar. Bukanlah hukum haram drone ni, tapi biasalah loghat Perak, perkataan haram tu banyok benor kegunaannya..

Tahun depan dah kena ada lesen kalau nak terbangkan drone untuk tujuan komersil dan juga rekreasi. Jom kita belajar siap-siap..muat turun apps ke dalam telefon bimbit..

First time nak guna drone ni. Kawan-kawan pejabat yang tolong ajarkan. So, berangkatlah kami bertiga ke Klang..

 the drone in the briefcase

 open the briefcase..jeng, jeng..

DJI Mavic Pro
harga RM4,000 ++, kalau rosak, terhempas ke, langgar pokok ke
matilah kena potong gaji..hihi..

 ready to fly

 up, up and..

away...pergi buat kerja..
monitor kamera drone dari telefon bimbit

 ready for landing

 safely landed

 terdampar keletihan..hehe..

Cuaca sendu sikit, tapi takpe, asalkan nampak site udohlah..

hasil tangkapan

Alhamdulillah, kerja dah habis, dapat sikit ilmu dunia sebelum masuk tahun baru. 

Now is the LUNCH TIME!! 

Masalah sikit cari makan di Klang ni sebab tak tau tempat makan yang sedap. Nampaknya kena pergi Bandar Setia Alam, baru best kot. Lalu di Persiaran Hamzah Alang, Meru, ternampak banner Nasi Kukus, Sotong King..jom singgah..

 
Nasi kambing King, Sup Kambing Pak Malau
order nasi kukus sotong king

Nasi biasa (bukan kukus), sotong kurita celup tepung
kurang gemar benda-benda celup tepung dimakan dengan nasi 
lebih sedap diratah begitu saja dan dicicah sos

---------------------------------------

 Akhir kalam, selamat menyambut tahun baru 2018, dua hari lagi..semoga tahun-tahun yang mendatang ni semakin baik, bertambah ilmu, bertambah iman..

Mengimbas kembali tahun ni,  tahun yang sedih..kena demam denggi dan pemergian bapa tercinta, kita hambaNya, kena redho dengan takdir Ilahi.. 

Jumpa lagi tahun depan, in shaa Allah.. 

Friday, 22 December 2017

Soto Lamongan vs Soto Makassar

Salam Jumaat..

Siapa suka makan soto? semua suka kan...

Soto termasuk kategori makanan sihat, yang tak berat, enak dimakan bila-bila saja..

Kalau di Malaysia, soto biasanya berkuah sup jernih, dimakan dengan daging ayam carik, nasi impit, mi, bihun, ketiau, suun goreng, kacang tanah, sambal kicap...aahh..ngences..

Kali ni kita coba soto dari seberang..soto Lamongan dan soto Makassar. Lamongan di timur Pulau Jawa, dekat Surabaya. Makassar pula ibukota Pulau Sulawesi.

 Soto Lamongan di Taman Pelangi, Sentul

Banyak kali lalu di sini, banner ni seakan-akan memanggil-manggil...mari cuba, mari cuba..soto lamongan adik fani...

So, one fine day, di hari Sabtu yang panas, telah singgah di sini..

 bakso pun ada, macam-macam jenis
bakso beranak pun ada 

set soto Lamongan - memang dimakan dengan nasi
siap bagi kicap botol lagi

  soto nya - ada ayam, suun, telur rebus, sayur2

Kalau tengok dalam internet, ada yang dicampur nasi sekali dalam soto nya. Yang ni sib baik, dibagi asing nasi dan soto.

OK, meh kita makan. Tak tau nak cakap macamana rasanya, nak kata ada santan macam lontong, rasanya bukan. Check2 resepi, memang tak bubuh santan, ke ada rempah-ratus tersendiri.

#takmemenuhicitarasa   #kurengsikit

Jom kita try soto Makassar pula. Kali ni di cafeteria Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Soto Makassar resipi keluarga To Durin


Soto ni tak makan dengan nasi putih. Sama macam soto biasa, ada nasi impit dan bihun. 

Rasa kuahnya lebih kurang sama dengan soto Lamongan. Bahan-bahannya pun sama - daging ayam, sayur2, ada kerupuk..

  
Sama jugalah...kurang sikit, tak memenuhi cita rasa...tak habis di makan..

Soto ini juga yang menambat selera...

  Soto Malaysia 

Rupa-rupanya ada banyak lagi variasi soto di Indonesia - soto Betawi, soto kudus,  soto Semarang, soto Ambengan - ya, harus dicobain..