Wednesday, 21 February 2018

Penang : Upside Down Museum dan Gurney Paragon

Assalamualaikum...

Aktiviti hari kedua. Lepas sarapan di hotel, terus mengorak langkah ke Upside Down Museum di Lebuh Kimberley. 

Di George Town ni, ada banyak muzium yang  menarik - PG Gold, Wonderfood, 3D Trick Eye, Time Tunnel, 3D Chocolate Museum, Camera Museum, banyak lagi lah. Dah rancang nak pi beberapa muzium, dah siap tanda dalam peta, tapi terpaksa dibatalkan. Ada bantahan dari ahli jemaah, so cuma dapat pergi yang ni satu saja..sob, sob..

Sampai di Upside Down Museum pukul 9.10 pagi, pengunjung pertama, Alhamdulillah. Bayaran masuk ialah RM16.00 untuk warganegara Malaysia. Kena tunjuk Mykad, takut benor, tak tipu punya.

 Upside Down Museum
rumah kedai 2-tingkat

semakin ramai pengunjung

Kena buka kasut, simpan dalam locker. Jom masuk, kita bertunggang terbalik. Konsep di sini, first come first served. Ramai staff menunggu untuk tolong snap gambar. Kena ikut giliran, siapa lambat, kena tunggu kitaorang habis posing dulu di setiap section. 

Muzium ni mengambil suasana rumah kediaman - ada ruang tamu, bilik tidur orang dewasa, bilik tidur kanak-kanak, dapur, bilik air.

 hantu Nang Nak datang mau masak..hihi..

Seterusnya suasana kedai kopi cina. Macam-macam gaya staff tu suruh posing, semuanya gaya melayang..off gravity..


Tingkat atas suasana kedai di sebatang jalan di Pulau Pinang.

macam-macam gerai ada - gerai buah, gerai sayur, gerai kraftangan
tak cukup dgn photo, ada video lagi - berjalan di siling, baling bola
kemudian masuk bilik senget, dari terbalik jadi senget pulak

Last sekali, ke bahagian cenderamata.

bahagian kedai souvenir..tudia punya posing

feedbacks dari pengunjung

menarik pulak tengok, kemasan kayu

The verdict: Pengalaman menarik, walaupun dah pernah pergi Rumah Terbalik di Sabah, tapi bila interaktif macam ni jadi best pulak. Bila tengok balik gambar-gambar, rasa wow!!..I is melayang..hihi..the video lagi best.

Dah habis melayang-layang, jejak balik ke bumi. Kita ronda shopping complex pulak..ke Gurney Paragon. Sebenarnya tak masuk dalam list, tapi masa balik dari Tanjung Bungah, ternampak bangunan ni, macam menarik. Nak pi check it out, saja je, to kill the curiosity. Naik Grabcar, tambang RM7.00.

bangunan yang warna oren tu yang menarik perhatian

Bangunan chapel dan bangunan sekolah yang dipulihara
mana shopping complex nya? macam bukan je

suka colour code - suka jubin lantai macam ni

corridors

Mula-mula chapel, kemudian sekolah

  Di bahagian belakangnya ialah shopping complex. Bangunan moden.


Gurney Paragon gabungan bangunan heritage dan bangunan moden menempatkan high-end retail outlets dan juga cafes.

Bolehlah, nak jalan-jalan, cuci mata.

Monday, 19 February 2018

Penang : Di tepi pantai..

Di tepi pantai yang indahhh..

Yahh, kalau pergi ke pulau, memang tak sah kalau tidak ke tepi pantai. Jom-jom, menuju ke utara, ke tepi pantai, ke Masjid Terapung Tanjung Bungah.


Ketika kami sampai, jam dah pukul 1.00 tengahari, tak lama kemudian berkumandang azan, terus solat Zohor di sini. Ada rombongan budak tahfiz sama-sama solat berjemaah. Alhamdulillah.

ruang solat utama

ombak menghempas pantai
melagukan tasbih kepada Yang Maha Esa

bot-bot nelayan
suka laut di sini - warna kehijau-hijauan

Di waktu petang, ke tepi pantai lagi. Kali ni ke Esplanade, untuk makan malam.

Tugu peringatan - Cenotaph
untuk memperingati pahlawan yang terkorban dalam Perang Dunia pertama
Perang Dunia kedua dan Hari Darurat

laut tak bertepi - disini warna biru

pantai berbatu hitam

 Astaka Selera - Medan Renong

tempat makan open-air mengadap laut

Juadah makan malam

Hussain pasembor dan sotong kangkung
dua-dua harga RM16.00

Dah habis makan, tengok orang sebelah order laksa..semerbak bau laksa, tak tahan, order laksa pulak. Boleh tahan pedasnya.

pedas giler laksanya, banyak betul cili padi

Alhamdulillah, dah kenyang, moh le kita balik hotel. 
Masuk bilik, dah tak keluar dah, sekian, untuk hari ini.

Thursday, 15 February 2018

Penang : Rumah P. Ramlee

Assalamualaikum..

Sambung cerita Penang. Lepas makan nasi 7 benua, perjalanan diteruskan ke Rumah P. Ramlee. 

Semua kenal kan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee..ke ada yang tak kenai? Yang nak pi ni, rumah kelahiran Allahyarham. Al-fatihah..

Rumah beratap nipah, berlantai papan ini dibina oleh bapa P. Ramlee, Puteh bin Karim bersama-sama dengan bapa saudaranya Rejab bin Husin pada tahun 1926.

 Kayu asal rumah ini adalah daripada rumah di Lorong Yahudi* yang telah dirobohkan kerana kawasan tersebut digunakan untuk pembinaan quarters kerajaan. Bapanya telah membina kembali rumah ini di Caunter Hall (sekarang Jalan P. Ramlee)
 
*Di Pulau Pinang, ada sejarah mengenai penempatan orang Yahudi dan tanah kubur mereka masih ada di Jalan Zainal Abidin (dahulunya Jalan Yahudi). Menurut wikipedia, bangsa Yahudi yang datang ke tanah Melayu pada tahun 1805 berasal dari Baghdad*

 P. Ramlee telah dilahirkan di rumah ini pada 22 Mac 1926

Jom masuk

 bahagian anjung
di sini dipamerkan sejarah hidup Allahyarham P. Ramlee

 gambar rumah di zaman dulu

 kad pengenalan

ruang makan bersambung dengan dapur

 dapur

 bilik tidur - rumah ni ada satu bilik tidur

di bawah rumah ada basikal & perahu

Bergerak pula ke bangunan sebelah, untuk ke Galeri P. Ramlee
 
 
 mesin taip yang digunakan untuk menggubah lagu

peti untuk simpan filem

 biola - teringat cerita Antara Dua Darjat
 
Tiada bayaran dikenakan, masuk adalah percuma.  

Till, then, selamat berhujung minggu yang panjang..