Friday, 2 March 2018

Lubuk Bangku @ Lengkok Abdullah

Assalamualaikum, salam Jumaat.

Cerita tentang makan.

Sangat klasik nama kedai makan ni, Lubuk Bangku D'Cabin Cafe.

  
Memang banyak bangku. Style makan bawah khemah, macam kenduri kahwin. Restoran ni ada masuk dalam program Jalan-Jalan Cari Makan TV3, tu yang teringin nak makan di sini. Masakan nismilan. Nismilan? ya, nogori Sembilan.

Datang hari Sabtu, sebab ada kerja di sini, kena ambil gambar tanah pembangunan. Lokasi cafe di Lengkok Abdullah dan Jalan Abdullah, Bangsar. Sebelah kuarters Keretapi Tanah Melayu (KTM).



Pukul 10 lebih dah buka, so terus sarapan merangkap makan tengahari di sini. Pelanggan pun tak ramai lagi. Jom tengok apa yang best di sini.

 Order di sini. boleh juga makan berhidang macam ni


Masakan signature nismilan seperti daging lembu salai masak lemak, rendang minang, sambal minang ada disini.

 Ayam kampung goreng & belado

 Dah order, ambik makanan dan gi makan. Akan ada pekerja datang untuk kira harga.

 cuma amik ikan talapia berlado, tahu separuh & terung
yang tepi tu sambal minang

Dok dengar orang order sambal minang, teringin pulak nak rasa. Pergghh..minyak punya lah banyak, cili bergenang dalam minyak tapi tak pedas. Overall, sedap jugalah masakannya. 

Untuk diatas, harga makanan campur sirap ais = RM15.00. Mahal ke berpatutan? hehe..pekerja datang nak kira dah lambat, dah dekat nak habis makan, baru datang kira. Mungkin silap bagi description tentang apa yang dimakan. Ke harga ikan talapia tu RM10 seekor mcm harga ikan bakar istana negara, ontahlah, whateverlahno...redho je lah..

 jom singgah

Overall, makanan ok, tempat makan pun santai je, suasana nyaman sebab banyak pokok, parking pun senang, tepi jalan je tapi kalau hari bekerja tak taulah bagaimana keadaannya. 

Bolehlah cuba, recommended. 

Tuesday, 27 February 2018

Penang : Galeri Melayu dan Jawi Peranakan Mansion

Misi yang gagal. Mencari nasi dalcha. 

Di Jalan Hutton.

Tapi lain pulak yang dijumpai - Galeri Melayu Pulau Pinang.

 Galeri Melayu Pulau Pinang


Menarik ni, jom masuk. Bentuk bangunan lebih kurang Segara Ninda juga. Rumah ni dikenali sebagai 'Rumah Teh Bunga'.

 masuk adalah percuma

 mencari susur galur orang Melayu di Pulau Pinang

Siapakah yang membuka Pulau Pinang? Francis Light? huh..sejarah harus ditulis semula.

 fakta mengenai pembukaan Pulau Pinang oleh orang Melayu

Haji Mohammad Salleh atau nama sebenarnya Raja Nan Intan ibni al-Marhum Tengku Pateh Sebatang dari Paya Kumboh, Sumatera, ialah peneroka terawal Pulau Pinang setelah mendapat perkenan Sultan Kedah untuk membuka penempatan di Batu Uban sekitar tahun 1730an.

 rumah-rumah warisan milik orang Melayu di Pulau Pinang

 dokumentasi seni bina rumah Teh Bunga

 ruang makan

 tangga kayu & grandfather clock

mangkuk tingkat 

 senarai kuih-muih Melayu Pulau Pinang

Sekejap saja melawat galeri ni, meneruskan perjalanan menyelusuri Jalan Hutton, jumpa restoran Pokok Ketapang. Singgah makan nasi kandaq.

Jalan Hutton ni juga dikenali sebagai 'Malay millionaire row' pada zaman dahulu kala. Sebab apa? sebab di jalan ni banyak terdapat rumah-rumah agam milik orang Islam.

Salah satu nya ialah Jawi Peranakan Mansion ni. Dari jauh dah nampak menariknya senibinanya.

Jawi Peranakan Mansion

Jawi Peranakan Mansion juga merupakan heritage boutique hotel. Upper class, menarik sangat hotelnya. Melihat gambar-gambar dalam website, terus jatuh cinta pandang pertama.

 nicely refurbished boutique hotel

"The building is an eclectic mix of the 18th/19th century British architecture and Muslim design features from the Mughal times accentuated with Indian ethnic motifs."

Gambar-gambar dari website..www.georgetownheritage.com

 plantation shutter window with Adam's wheel arches

Mansion villa

Mansion suite 

 balcony

Awesome, hasil sentuhan kreatif, Chris Ong, a former Sydney banker turned international hotelier. Harga bilik pun awesome juga, diantara RM450 - RM500.

Di sebelah Jawi Peranakan Mansion, ada dua buah rumah kedai yang lebih kurang sama senibinanya.

proposed extension of Jawi Peranakan Mansion dan juga cafe

cantik rumah ni

Ok, habis sudah sesi meneroka rumah agam Melayu di Georgetown. Ada lagi satu tempat yang menarik tentang Jawi Peranakan iaitu the Jawi House & Gallery di 85, Armenian Street. 


 Jawi House & Gallery

Jawi Peranakan merujuk kepada keturunan orang-orang Arab, Persian, Pakistan, India-Muslim yang berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Yang depa selalu panggil anak mami tu. Salah satu budaya mereka ialah boria. Boleh rujuk website www.jawihouse.com

Di hujung Armenian Street ni ada satu lagi rumah agam Melayu, dulunya Muzium  Islam Pulau Pinang - Syed Al-Atas Mansion. 


"Syed Al-Atas Mansion was built by Syed Mohammad Alatas, an Achenese by descent, who built his mansion along Armenian Street. The mansion, in mid-19th century Indo Malay Straits Eclectic style, was built in 1860, and stands today as one of the few bungalows with Islamic elements from that era"

Menariknya Pulau Pinang dengan sejarahnya..antarabangsa sungguh..dengan Acheh nya, Armenian, Yahudi, Francis Light dan Syarikat India Timur, Qing Dinasti dan Sun Yat Sen..

Friday, 23 February 2018

Penang : Segara Ninda

Assalamualaikum..

Masih lagi cerita Penang. Kali ni mengenai rumah agam milik orang Islam/Melayu di George Town. Ramai jutawan-jutawan Islam di Pulau Pinang di kurun 18 dan 19. Mereka ni peniaga-peniaga yang datang dari negara Arab, dari India, berniaga rempah-ratus. Ada juga kerabat diraja Kedah yang jadi Raja Setul (sekarang Satun) di selatan Thailand.

Kita cerita yang dekat hotel dulu. Di Jalan Penang. Lepas check-in, masuk bilik, jenguk kat tingkap, nak tengok view dari bilik. Tetiba pandangan mata tertancap pada rumah berwarna kuning ini.


Dalam hati bergetus "aikk, ada rumah melayu kat tengah-tengah bandar". Bikin hati tertanya-tanya, rumah siapa ni? camner boleh ada di deretan bangunan komersil ni? Di jalan utama kat Penang? entah berapa harga tanah kat situ? ..huhu..banyak sungguh persoalan bermain di minda. Curiosity killed the cat. Jom kita siasat.

Ini ialah Segara Ninda - rumah kediaman dan pusat perniagaan milik Ku Din Ku Meh atau nama sebenarnya Tengku Baharudin Tengku Meh (1848 - 1932).

 rumah agam yang bersambung dengan kedai 2 buah tu

Siapakah Ku Din Ku Meh ni? 

Ku Din Ku Meh telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Setul pada 1897 dan Raja Setul pada 1902. Beliau telah diberi gelaran  'Phya Phuminath Pakdi' oleh Kerajaan Thai yang bermaksud 'Raja yang Berbakti'. Ku Din sebagai pentadbir yang bijak, pedagang yang berjaya dan seorang pakar bahasa Melayu dan Thai juga terkenal sebagai pengasas Setul Moden. Beliau telah membeli rumah ini pada tahun 1901. Pihak keluarga telah menamakan rumah ini 'Segara Ninda'.

Lamanya..dah lebih seratus tahun usianya. Tapi apakah maksud Segara Ninda? entahlah, mungkin 'bersegeralah datukku/nenekku'. Sessuka hati je translate..hehe.. 
 
Check di internet, owhh..rupanya Segara Ninda ni ialah hotel butik. Harga bilik takdelah mahal sangat.


suasana pagi


Senibina rumah ini ialah campuran elemen Inggeris, Melayu dan India.

Satu lagi butik hotel yang boleh didiami di George Town, Penang.

Segara Ninda
20 Jalan Penang
10000 Pulau Pinang

Gambar-gambar dari website Segara Ninda

standard double room

 deluxe room

Tapi bila tengok gambar bilik, rasa macam, entahlah. Rasa macam dalam bilik tidur sendiri, atau balik kampung, ke rumah datuk nenek.  

Heritage, yes! Tapi bila travel, kita nak kelainan dari biasa, tak nak 'home away from home'. Hmm..terpulang kepada citarasa masing-masing.

Check it out..