Friday, 23 March 2018

Ais krim! Ais krim!

Ais krim..

Comfort food, yes! Stress-reliever, yes!

"Apa akan terjadi bila seorang perempuan muda makan ais krim sambil menangis?" 

"Ia bisa membuat hati si lelaki bergetar lebih kencang, tak keruan!"

huh, dialog tak menahan. Dialog dalam kdrama Black Knight, nak tau, kena tonton drama ni.

Cuaca panas sekarang ni. Jom kita cuba ais krim di Artico di SS 15 Courtyard, Subang Jaya. It's Nitro-cool. 

outlet artico


First time cuba ais krim yang diproses guna gas nitrogen cecair.  Mengikut maklumat, ini outlet ais krim yang pertama di Malaysia yang guna gas nitrogen. Macam ni alatnya..
 
Berasap-asap gas nitrogen cecair
sumber: fb artico
  

pelbagai jenis ais krim -wild flower collection

source: fb artico

Boleh beli dalam mangkuk atau kon. Boleh customise kone untuk keriangan berganda, ofcos, duitnya pun berganda juga..huhu..
 
customised cone
 
ais krim honey lavender

Rasanya sedap, lebih kurang sama rasa dengan ais krim biasa. Tapi mungkin saya pelanggan yang pertama, kedai pun baru buka, ais krim pun baru keluar dari freezer, ais krim dia macam keras sikit..macam tak bergaul mesra dengan madu...tapi still ok..

Pepagi dah makan ais krim..hihi..nak try ais krim lavender kat Cameron Highlands, entah bila nak pi. Dah jumpa depan mata, apalagi, pagi-pagi dah tibai ais krim..
 
------------------------------------------------
 
Yang dibawah ni kedai aiskrim IlaoIlao di Sogo Kuala Lumpur. Entah camner nak sebut...elo-elo...gamaknya. Check kat internet, sebutannya Yao Yao. 

Ais krim franchise dari Sepanyol. Bukan aiskrim tapi frozen yogurt (froyo)..species ais krim juga lah kan. Yang jadi duta tu tak kenal sapa dia..


wahh...photo ni diambik pada bulan Januari, harga macam ni

 yang ni diambik pada 23 Mac, dah naik sikit harganya
untuk petitlao (naik RM2) yang small (naik singgit)

Tapi ada promosi, setiap hari Rabu

 banyak gak diskaunnya

macam-macam topping ada -Belgian black, wild strawberri, white choc

ditabur dengan benda-benda ni 

beli yang 'small' with topping - wild strawberry

Rasanya..yoghurt tak manis sangat, topping dia masam-masam manis..just nice...sudu dia yang unik, bentuk macam daun...

Bolehlah cuba dua-dua ais krim ni...selamat berhujung minggu.

Tuesday, 20 March 2018

Pinang Peranakan Mansion

Assalamualaikum..

Buka balik citer Penang..hehe. Throwback tahun 2012, abadikan kenangan di sini. 

Pinang Peranakan Mansion

Rumah Baba & Nyonya. Lokasi di Church Street. Bayaran masuk sekarang ialah RM20 untuk dewasa, RM10 untuk kanak-kanak.

 tuan punya rumah ni kot


Ada sesiapa yang dah pernah pergi ke rumah ni? Kalau pi Pulau Pinang, memang saya recommended pergi melawat. Inilah rumah yang paling 'elaborated', yang pernah saya lawati.

Berpinar juga biji mata tengok hiasan dalaman rumah ni..so rich in detailed, intricate ukiran, kerawang...warna gold lagi..

 cantik warnanya


 gandingan hijau dan gold/brown

lanca

pintu masuk utama - dari luar dah nampak perincian

courtyard utama


Ruang makan


tempat duduk di bawah tangga


tempat duduk lagi


Bahagian atas pula.



overlooking the main courtyard


bilik tidur yang begitu mewah


verandah


Tamat sudah lawatan. Recommended untuk dimasukkan dalam itinerari ke Pulai Pinang.

Friday, 16 March 2018

Misi Cenderahati..

Assalamualaikum..

Kesibukan melanda sejak dua tiga minggu ni. Dari bulan Januari hingga Mac setiap tahun memang sangat sibuk menguruskan dua tiga mesyuarat agung. Bergelut dengan kerja pejabat lagi.

Untuk mesyuarat agung yang ketiga, dilantik jadi urusetia pendaftaran dan cenderahati. Cenderahati yang dicadang ialah 'hand towel' dan hamper buah. Hamper buah dah outsource kat kawan. Bahagian saya, kena sediakan 'hand towel' untuk 50 orang. Jom kita mulakan misi menyiapkan cenderahati 'hand towel'.

Mula-mula, kita cari kedai borong yang jual tuala. Budget untuk satu tuala = RM6.00. Alhamdulillah, kedai borong dekat je dengan pejabat. Masa lunch time, bergerak ke Lorong Haji Taib 2. Ada dua kedai borong yang jual tuala.

banyak kedai borong dekat lorong ni
 
pergi kedai ni - Star Fabrics Sdn Bhd
 
ni bahagian jual tuala, kedai sebelah jual cadar, sejadah

dah beli - kaler hijau & pink, dapat harga RM4.00 
jenis lembut, imported dari Pakistan
yang dalam plastik beg merah tu buah mangga
ada banyak kedai borong jual buah dekat sini

    tengah survey tuala 'good morning' kawan kirim
tuala good morning dah semakin nipis
yang ni tuala 'morning star' tebal sikit

Tak beli pun, whatsapp ke kawan, dia tak jawab. Jom balik, kita fikir camner nak buat dengan tuala-tuala ni.  Kawan cadang buat bunga ros. Teman ni keras tangan, nak gubah-gubah buat bunga-bunga ni, tak reti. Lagipun majlis rasmi, macam tak sesuai pulak nak buat bunga. 
 
Berlayar dalam internet, cari idea. Alhamdulillah, dapat idea dari napkin holder ni.


Nak pi cari lilitan kerawang macam gambar diatas, malaslah pulak. Ada kot jual kat kedai kraftangan persiapan pengantin. Cari design dalam internet. Tertarik dengan Victorian ornate design. Suka vintage design.

 try yang ni dulu, buat border

dah try, dua design, nampak ok juga 

Tapi rasa tak puas hati, nampak macam kusam. Nak bagi nampak berseri sikit. Godek-godek dalam kotak, ada gulungan satin warna kuning lembut. 

Tetiba dapat idea. Guna satin ni untuk tutup getah bulat yang ikat gulungan tuala. Diatasnya, letak renda jarang bercorak warna gold. 

 


Kombinasi gulungan satin warna kuning lembut dan renda jarang bercorak warna gold. Beli juga renda kilat warna gold untuk ikat buku-buku hadiah iringan untuk perasmi.

Renda jarang dah habis, guna renda kilat warna gold untuk ikat tuala warna kuning. Kekalkan juga gulungan kertas bercorak Victoria untuk beberapa tuala warna hijau.

Alhamdulillah, walaupun yang last-last tu, pakai cincai je, ikat reben, selesai juga tugasan yang diberikan. Abadikan di sini untuk rujukan masa depan.