Ini dia...penggodam kehausan...Haus Boom..
Pertama kali dapat tau minuman ni masa makan laksa telur sarang di gerai laksa pokok limau di kampung teman - Kuala Kangsar, Perak, bulan lepas. Nampak iklan di dinding. Menarik ni. Kat Kuala Lumpur tak jumpa lagi. Minuman Pop, the Soda dah pernah rasa..
iklan di gerai laksa pokok limau
Nampak iklan ni, tapi tak beli. Masa gi kedai kat pekan kuale, nampak ada jual, terus beli dua botol, perisa laici dan blackcurrant. Kedai ni jual RM3.80 sebotol, harga pasaran RM3.90, diskaun 10 sen jah.
Haus boom dalam 275ml botol kaca
ada 6 perisa - guava, laici, strawberi, mango, lemonade, blackcurrant
sumber: hausboom website
pertama kali bersua
Produk keluaran bumiputra, dikilang di Gong Medang Industrial Area, Besut, Trengganu. Orang Tengganu mesti dah minum berbotol-botol..
Sparkling real juice - non alcoholic
botol yang menarik - siap ada tulisan timbul
Rasanya..hmm..macam air balang yang dijual ditepi jalan tapi edisi pekat dan ditambah 'sparkling'. Sedap juga. Komen jujur nih. Diiklankan
diperbuat dari jus buah sebenar dengan tambahan vitamin, sesuka hati je
cakap macam air balang..huhu..air balang kelas premium nih. Tapi manisnya..ya ampun..bikin diabetes naik mencanak-canak
Ada cop halal dan Good Manufacturing Practice (GMP)
perisa laici ni disukai oleh pekebun, kontraktor, ahli muzik
tak taulah ni berdasarkan survey ke apa
perisa blackcurrant pula disukai oleh ahli perniagaan, pilot, peguam.
xoxo..perghh..kelass..
Tapi itulah kan, design pelekat botol ni macam misleading sikit. Entahlah, kalau tak tengok betul-betul, macam minuman non-halal pulak. Silalah cuba untuk 'sparkling REAL fruit juice'..served chilled..
Untuk maklumat lanjut, boleh ke website, facebook, instagram seperti yang tertera di botol. Jom beramai-ramai sokong produk Bumiputera.