Monday, 7 May 2018

Hari dimana saya jadi 'pengendap'

Mengendap maksudnya memerhati seseorang secara sembunyi-sembunyi, mengintip, skodeng, stalk, lebih kurang macam tulah maksudnya...

Di tengah-tengah kehangatan bahang pilihanraya, timbul cerita mengendap..hihi...saja bikin panas..

Kisah ni dah lama. Saya pun dah tak ingat tahun bila. Dua orang yang terlibat dalam kisah ni pun dah pergi tak kembali, termasuklah watak utama.

Tapi hari Ahad minggu lepas, kisah ni timbul balik, disebut-sebut semula, masa ziarah sorang lagi geng mengendap. Kami berempat sebenarnya. Masa lalu depan rumah watak utama, riuh-rendah rumahnya..langsung teringat kes ni..

Al-kisahnya, dua orang kawan baik saya, Kak M dan Kak T, minta tolong saya bawa mereka berdua dan jiran sebelah rumah mereka (Kak Z) untuk satu misi - pergi mengendap 'girlfriend' suami Kak Z. Ohh, ada skandal rupanya, suami Kak Z ni kerja jadi 'driver'.

Kak Z ni saya kenal gitu-gitu je, sebab ada juga sekali-sekala terserempak masa pergi rumah Kak M dan Kak T. Dia kerja shift sebab tu jarang nampak.

Arakian, pada hari yang dijanjikan, bergeraklah kami ke negeri yang banyak bauksit. Tak jauh dari KL. Rupanya girlfriend suami Kak Z masih lagi status isteri orang. Ayoyo, amma appa..

Dia buka kedai makan. Kami cuma mengintai dari jauh, bersembunyi-sembunyi, yelah nama pun mengendap. Bila teringat, rasa nak tergelak. Si girlfriend ni manalah kenal kami bertiga, kalau buat selamba, pi makan kat kedai dia pun ok juga. Itulah kan, buat kerja salah, tak keruan, tak tentu pasal..hihi..

Saya tak tahu macamana Kak Z dapat maklumat tentang affair suami dia ni. Sib baiklah Kak Z tak buat scene kat situ, kalau dia pergi serang, tarik-tarik rambut..memang saya cabut lari dulu..

Bulan berganti bulan, dapat berita yang Kak Z bercerai dengan suaminya. Dia secara sukarela keluar dari rumah kelamin mereka, meninggalkan lima anak yang masih sekolah rendah dan menengah. Sedangkan bekas suami Kak Z suruh Kak Z duduk rumah tu, biar dia yang keluar. Tapi alasan Kak Z, kalau bekas suaminya yang keluar rumah, mesti dia lepas tangan tentang nafkah anak-anak. So, Kak Z bertekad keluar rumah, duduk menyewa di luar, dekat dengan tempat kerja dia.

Kesan perceraian mereka berdua sangat hebat. Anak-anak mengurus kehidupan sendiri, ibu takde, bapa sibuk bercinta, kadang-kadang je balik. Kasihan tengok mereka (dengar cerita dari Kak M dan Kak T). Anak-anak selalu ponteng sekolah. Last2, langsung berenti.

Yang paling parah masalah sosial, berhenti sekolah, anak-anak jadi bohsia, bohjan. Anak perempuan bawa balik boyfriend, yang lelaki bawa girlfriend, bermalam di rumah. Alhamdulillah, yang bongsu dijaga oleh mak saudara mereka. 

Tahun berganti tahun, Kak M dan Kak Z pergi menemui Ilahi. Yang tinggal saya dan Kak T. 

Baru-baru ni masa pergi ziarah Kak T, lalu depan rumah arwah Kak Z, terdengar riuh-rendah, suara budak-budak kecil. Kak T yang update kisah mereka, geng-geng makcik bawang juga ni...huhu..sebenarnya dah tersangat lama tak bercerita hal ni, sejak Kak Z pergi tak kembali kerana sakit kanser..

Bekas suami arwah Kak Z dah kahwin dengan skandalnya. Kak T ada juga terserempak dengan isteri baru jirannya itu, yang kitaorang pi mengendap dulu..

"Akak malas nak berbaik-baik, akak tau dia, dia tak kenal akak.." kata Kak T. 

"Tak sukalah nak berbaik-baik dengan peruntuh rumah tangga orang"...hmmm..

Entahlah, life goes on. Apa yang dia buat pada arwah Kak Z, itu diantara dia dengan Allah SWT dan juga Kak Z. Sebagai jiran, bermanis muka, bertegur sapa itu perlu. Kita tak tau kehidupan mereka, mungkin sudah saling memaafkan..

Wallahuá'lam..secebis kisah kehidupan, yang baik dijadikan teladan, yang buruk kita hindarkan sekuat mungkin..jika terjadi juga, pasrahlah dengan takdir Ilahi.. 

Al-fatihah untuk arwah Kak M dan Kak Z.  

Friday, 4 May 2018

Ucapkanlah Salam..

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat, Sayyidul Ayyam

 sumber: whatsapp

Memberi salam sebelum masuk ke rumah yang berpenghuni, itu sudah biasa. Tapi kalau rumah kosong, tidak berpenghuni, kena juga ucap salam.

Maka ucapkanlah juga salam "Assalamualaina Wa'ala ibadillahissolihin"

Kalau dalam rumah tiada orang, malaikat yang akan jawab salam kita, tapi, jika syaitan yang ada di dalam rumah kita, salam itu akan memedihkan telinga syaitan, dan membuatnya lari.
 
Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah s.a.w.bersabda, maksudnya: 

"Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, "Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini." Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap hari ini." Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini." (HR Muslim)
 
sumber: ilmu10.blogspot.com.my

Wednesday, 2 May 2018

Korean foods

Annyeonghaseyo...

Dah masuk bulan Mei...sambung cerita makan-makan.. 

Restoran Korea pula. Edisi backdated ke tahun 2015..clearing stocks again.

Pertama kali mencuba makanan Korea di Kyochon Fried Chicken, outlet di Menara Hap Seng (dulu MUI Plaza).

masa ni Lee Min Ho jadi duta, sekarang ni dah tak jadi duta lagi

meja masih kosong, sebab bukan lunch time 

Lunch set 1 with Yuza drink
masa ni dapat appetiser jeruk radish..sedap sangat 

 ayam goreng & salad
ayam dia sedap, tapi saiz kecik
 
jenis-jenis ayam goreng - soy series

Small in size, big in taste!!

Tiga kali jugalah makan ayam goreng Kyochon di outlet Menara Hap Seng ni, semuanya sebab ada kerja di Lorong P. Ramlee, jalan kaki je ke sini. Pernah sekali makan di outlet Pavillion KL.

 Nasi goreng kimci dan ayam goreng
-----------------------

Cerita tahun ni pula, pertama kali makan di Dubuyo, Quill City Mall..sedap juga, I like..




Ambik set untuk 4 orang, order beberapa jenis masakan lagi..

nasi korea yang sedap

dumplings yang sedikit hangus



Inilah saja makanan Korea yang pernah dimakan, selain di Bangi Dong, Seoul Garden, Caffe Bene dan Tous Les Jous (meeting dgn klien - dah takde TLJ di Malaysia). Tak lupa, rameyon Samyang yang pedas giler tu pernah makan sekali..

Sekarang ni restoran makanan Korea tumbuh bagai cendawan di Lembah Klang, dah banyak pilihan..