Monday, 23 July 2018

Susu Zaman

Assalamualaikum...

Salam hari Isnin...happy Mooo..nday...dah minum susu pagi ni?

Susu ni bagus, banyak khasiat, banyak kalsium. Tapi susu lembu bukanlah kegemaran teman. Kalau disuruh minum susu lembu asli, memang tak lalu, kalau yang ada flavour tu, bolehlah telan.

Masa berjalan ke pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya, terjumpa kedai kecil ni di  PJ Newtown.

\
Zaman Dairy
Menjual produk dari susu lembu


Macam-macam jenis produk susu lembu ada dijual di sini.

beli jelly susu lembu. cuba perisa vanila dan honey dew

honey dew ok, yang vanila bau lembunya masih terasa
overall, sedap, tak manis sangat

untuk info lanjut, boleh jengok ke website: www.zamandairyfarm.com
impressive juga ladang ternakan dia 

----------------------------
Yang ni tak yah perkenalkan, dah berzaman-zaman menghasilkan produk tenusu

 kilang Dutch Lady di Seksyen 13, Petaling Jaya

dulu-dulu dipanggil Dutch Baby

 moo, moo here, moo moo there

Tuesday, 17 July 2018

Siapa Raja??

Kami rajaaa...Raja Buah..

cer teka, cer teka
mana satu D24, Udang Merah, Kampung, IOI..
teman pun tak tau..hihi...sama je dari luar..

Sejak dua menjak ni, ramai bloggers up entry buah durian, McFlurry durian, durian crepe...teman pun nak join juga...hehe..

Hari Sabtu lepas, berparti beli buah durian. Zaman millenium ni, jual buah durian, pakai timbang kilo. Beli tiga biji je, takde le gempak sangat..
Beli sebiji D24 - RM15 sekilo, durian kampung & udang merah RM9.00 sekilo

first time tau ada durian IOI - teringat kat IOI Corporation
hai! fzyfuzzy
 
Beli juga buah manggis, 3 kilo RM20

 hitam-hitam setompok manggis -  sebagai penyejuk katanya

kongsi 5 - 6 orang, 3 orang pemakan utama
yang lain-lain tu sekadar di pinggiran menjamah  1-2 ulas
 
D24 & durian kampung

Memang terbaik le, paling suka - Udang Merah, kuning sungguh warnanya
manisss, cair di mulut...Alhamdulillah..Subhanallah, Allah swt jadikan pelbagai jenis buah durian untuk dinikmati oleh hamba-hambaNya

Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? -Surah Ar-Rahman
 
------------------------------------------
Cerita hari Ahad pulak. Jual durian jenis longgok

ada 2, 3, 4 biji = RM10
durian kampung kot, kecik-kecik je buahnya
 
 yang diatas besar sikit buahnya..mahal lagi lah harganya
sepeket Musang King dah takde?? ke manakah perginya?

landing di sini
cukuplah 4 ulas Musang King, dua ulas sorang
faktor kesihatan, kena control..huhu..

 begitulah cerita buah durian teman, kalau ikutkan hati, memang tak cukup..hihi...
----------------------------------------------------

Kawan-kawan, jangan makan buah durian dengan benda-benda ni ya 


makan terung pun tak boleh...huhu..

Jualan durian di zaman 50án

 best kan kalau macam ni, gerenti beres


enjoy..the King of Fruits!! 

Friday, 13 July 2018

Senaman hilangkan mengantuk

Salam Jumaat

Petang-petang begini mesti ada yang mata dah layu, kuyu...teringat bantal..

Apa kata cuba senaman ringkas ini...untuk hilangkan rasa mengantuk anda..

In shaa Allah..mujarab..sesuai untuk lelaki mahupun wanita.. 
 
sumber : whatsapp
 Jangan bersila di lantai pejabat lak, boleh bersenam di surau pejabat
 Ayohh...kerja, kerja..