Sunday, 12 August 2018

Seoul 2.0 : Starfield COEX Library, SM Town and Yeoksam

Sambungan dari kisah di Cheongdam-dong.

Dari SM Entertainment HQ, berjalan balik ke jalan utama, tunggu bas no. 362. Check kat bus stop tadi, bas ni ada pergi Samseong Station Exit 7. Nak pi Starfield COEX dan SM Town di Samseong.

Rupanya silap, bas 362 ni masa balik je dia stop kat Samseong Station. Dari Apgujeong-Rodeo, dia terus corner kiri, masuk jambatan dan menyeberang Han River, sedangkan Samseong Station letaknya di bahagian selatan. Selepas Han River, kami pun turun, menyeberang jalan, tunggu bas lain, bas no. 146. Turun di bus stop Trade Centre.

 Starfield COEX trade & convention centre + mall

masuk di sini, nak pi library yang gempak tu

Starfield Library

ramai pengunjung

buku-buku sebagai dekorasi

Tak singgah, cuma buat lintas hormat di library ni. Keluar di pintu utara library, terus nampak bangunan SM Town yang menempatkan pelbagai benda tentang artis SM Entertainment - EXO, Super Junior, Red Velvet, TVXQ, Shinee, dll. Ni yang anak saudara nak pi sangat..die-hard fan kumpulan Exo.

exterior yang nampak mewah
 
Yesung!! suka lagu OST kdrama Cinderella Sister

Macam-macam ada disini, muzium, arkib, kedai cenderamata, cafe dan theater.

 lepak kat sudut sini di kedai cenderamata, tempat cop idol group
people-watching, tengok gelagat peminat, termasuklah anak saudara
 
lepak di cafe pula

cup cake artis SM 

produk makanan by artis SM Entertainment

theater level, they really know how to please their fans
 
lepak depan bangunan pula 

Ralit sungguh tengok TV besar kat bangunan ni, TV Samsung QLED, memang sangat 'fluid' movement, best le tv ni. Sekarang ada OLED, micro-LED..nak tau QLED vs OLED tekan sini..

Sambil lepak-lepak, fikir nak makan kat sini ke atau kat Yang Good BBQ Lamb. Di Starfield COEX Mall ni ada restoran halal, Kervan Turkish Restaurant. Di Hall E Exhibition Centre, di tingkat 3 ada musolla (surau).

Keputusannya, tak jadi makan kat sini, sebab nak check-in hotel di Yeoksam, dah dekat dengan Yang Good. Fikir juga nak ke Yeoksam, nak naik bas ke subway? Yeoksam station cuma dua stesen je dari Samseong station. Survey bas ke Yeoksam station di bus stop, macam pening sikit, tak jadi naik bas. Turun ke Samseong station, naik Line 2 ke Yeoksam station.

Di Yeoksam Station, keluar exit 3...taraa..dah nampak signage ke hotel.

 Stay Gangnam dan Star Hotel

Teheran-ro, jalan utama di Gangnam city

Booking Hotel Gangnam Star, dekat bebenor dengan exit 3, corner kiri, dah nampak. Di sebelahnya, Hotel Stay Gangnam, kongsi fasiliti yang sama.

 Hotel Gangnam Star, a 2-star hotel

 Hotel Stay Gangnam

 reception area

dining area

Sebab double/twin room dah habis, booked deluxe family room, harga untuk satu malam RM213.34, takde sarapan. Terbaik, besar bilik hotelnya. Proper hotel with full facilities - tuala mandi/muka, toiletries, peti ais, hair dryer, coffee making, cerek elektrik.
 
bilik air pun besar, ada bathtub, ada shower

Berpuas hati. Berehat-rehat, baring-baring, luruskan badan dan kaki. Lepas ni  2nd round walkathon..ukur jalan..hehe.

alat untuk menyelamatkan diri secara abseiling, guna tali
walaupun ada tangga kecemasan tapi in case takleh guna
gunalah tali ni, dah dua kali jumpa benda ni kt hotel di Korea

tingkap kecemasan, siap ada torchlight 

Jam menunjukkan pukul 4 lebih, perut pun dah berkeroncong, jom jalan-jalan cari makan, ke Yang Good kita. Dekat benor dengan hotel, di seberang jalan je. Melintas jalan ikut subway station, masuk exit 3, keluar exit 4, mudah sebab dua-dua exit ada eskalator..hehe..

Dah keluar exit 4, jalan ikut lorong-lorong belakang, berpandukan peta (print kertas), naik bukit, turun bukit, Alhamdulillah..sampai.

 tudia, dari jauh dah nampak signboard Yang Good

dah sampai

hati dah gumbira, tetiba pekerja tu cakap 'Sunday, close for cleaning'
huhu..harapan berkecai..tak check, ingatkan mcm kat Malaysia
buka 7 hari seminggu..hehe..

Dah lapar ni, nak makan kat mana? nak proper food, nak nasi. Tetiba teringat Kervan Turkish Resturant kat COEX Mall. Tapi malas pulak nak berpatah balik, sebab lepas ni nak ke Gangnam station. Check internet, kot-kot ada Kervan di Gangnam station.

Ada tiga info yang keluar, nampak yang ni..Kervan 190m. Alhamdulilah, dah dekat ni. Tekan yang tu, tengok kat Google map..yeayy, dekat exit 2 Yeoksam station. Apalagi, moh kita check it out. Masuk exit 4, keluar exit 3, jalan ke atas, ke exit 2. Di sini rupanya..

 GFC Mall @ Gangnam Finance Centre Building

Gangnam Finance Centre

Alhamdulillah, buka

pelbagai menu nasi, mulalah rambang mata
sib baik cepat sedar diri, pilih yang bahagian atas, harga reasonable
between 12,000 to 15,000 won

Dah order, mula operasi menembak, shoot sana-sini, pelanggan pun takde lagi, cuma kami berdua je. Ada banyak restoran, cafe dalam ni, bakeri pun ada.

suasana dalaman

pelbagai jenis kebab
dalam hati dah fikir, kalau lapar malam ni, boleh le beli kebab disini

manisan - turkish delight

Makanan dah sampai, sedap juga masakannya

besar portion nya, ada nasi, grilled chicken, french fries, salad
ini yang waiter tu cakap untuk sorang makan
habis jugalah sebab lapar tahap gaban

Alhamdulillah, kenyang sampai malam. Makan sudah, jom mengorak langkah, berjalan kaki ke Gangnam station, satu stesen je dari Yeoksam. Evening walk..

Bersambung, next entry.

Thanks for reading..selamat berhujung minggu.

Saturday, 11 August 2018

Seoul 2.0 : Garosu-gil, Apgujeong Rodeo & Cheongdam-dong

Hari ke-3 : Ahad, 29 Julai 2018

Packing sehelai baju persalinan dan toiletries semua, malam ni tidur di Gangnam. We are going south, south of Han River.

Lepas breakfast, bergerak ke stesen subway, ambil Line 3 ke stesen Sinsa, keluar exit 8, kita ke Garosu-gil di Sinsa-dong, Gangnam-gu. The name Garosu-gil, meaning "tree-lined street", refers to the ginkgo trees planted along the streets in the area.

 lambang daun ginkgo

garosu-gil

Di sepanjang jalan, di lorong-lorong belakang, penuh dengan kedai-kedai kosmetik, salon, butik, high-end outlets seperti Chanel, Zara, H&M, hipster cafe, bakery, restoran, art gallery. Terasa aura Eropah bila jalan-jalan di sini.



Apa yang menarik retail scene di Seoul ialah rumah-rumah kedai masih lagi menjadi pilihan ramai sedangkan di Malaysia, majoriti high-end outlets ni terdapat di kompleks perniagaan saja. 
 
Salah satu advantage rumah kedai ialah window dressing - the arrangement of an attractive display in a shop window. Menarik dan kreatif window dressing kedai-kedai di sini.


Simone Handbag Museum - bangunan bentuk beg
pernah tulis tentang muzium ni, dalam entry
 
Masa ni hampir pukul 10.00 pagi. Tak banyak kedai yang dibuka. Kawasan ni best pergi waktu malam, bila ada lampu-lampu menyerlahkan lagi 'window dressing'. Sapa ada tengok rancangan 'Syoknya Seoul', hosts tu pegi sini waktu malam, ronda lorong-lorong belakang, memang menarik..

Dah sampai di hujung garosu-gil, corner kiri, berjalan ke bus stop Sinsa Middle School. Tunggu bas di sini, nak ke Apgujeong Rodeo. 

 bus stop Sinsa Middle School 
boleh naik semua bas ni untuk ke depan, dua bus stop je

 turun di bus stop Hanyang Apartment, Apgujeong Rodeo Stn
menyeberang jalan untuk ke Galleria Department Store West building

 Galleria Department Store
gedung membeli-belah mewah di Korea Selatan
bangunan yang akan berkilau di waktu malam, merelip-relip gitu

Galleria Department Store East building

Dekat Galleria ni, yang ada gambar cermin mata tulis GangNam tu ialah kiosk Gangnamdol Haus, ada jual patung-patung jelmaan artis-artis Korea dan juga permulaan K-Star Road.


K-Star Road

 kumpulan EXO

di seberang jalan

Sepanjang jalan K-Star Road ialah Cheongdam-dong Luxury Street, berderet butik-butik mewah seperti Prada, Burberry, Dior, Kenzo, Michael Kors, dengan hiasan butik yang sangat menarik. Feeling-feeling jadi Julia Roberts dalam movie Pretty Women...mampu tengok jer..Alice in Cheongdam-dong..

Dior Flagship Store yg bentuk futuristik


Masuk lorong ni, nak cari SM Entertainment HQ. Melayan Kpop fan. Kat belakang ni banyak restoran dan cafe, apartment dan rumah-rumah banglo.

 cute pulak signage 'valet parking' ni

Ayu - salon kuku

SM Entertainment HQ

Depan HQ SM Entertainment ada kawasan rekreasi, Hangang Park, berehat di bawah pokok-pokok..tenangnya suasana..

ahjumma-ahjumma baru lepas beriadah
Dah habis berehat, meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya : COEX Mall dan SM Town. Next entry lah ye..selamat berhujung minggu..