Tuesday, 2 October 2018

Kisah hari Sabtu

Assalamualaikum semua..

Dah masuk bulan Oktober, buzzyy..tak sempat nak blog walking. Nanti lah gi ziarah blog kawan-kawan..

Nak citer kisah hari Sabtu minggu lepas. Kisah takde air kat rumah. Sebab tak nampak ada notis ditampal, so kami pun buat macam biasa, takdelah simpan air banyak. 

Balik dari pasar lebih kurang pukul 11 pagi, air dah takde..huhu..bertahan lagi, buat rilek-rilek, kurangkan aktiviti, baring, tidur..tapi hampir ke pukul 4 petang, dah tak tahan, air masih takde,..bersiap, keluar rumah, naik LRT, gi Sunway Putra Mall..
 

Sebab apa Sunway Putra Mall? sebab toilet dia bersih giler, tisu toilet tak pernah tak ada...percuma pulak tu, takde bayaran..memang terbaik..

bersihnya...
 
DBKL bagi 5 bintang - Amat Bersih

Tandas dan kemudahan memang tip-top dan bersih. Ada toilet untuk ibu & baby, bilik nursing baby pun cantik, surau selesa..
 
toilet untuk OKU dan ibu & anak
 
toilet with baby seat kat dinding belah kiri
pernah jumpa toilet macam ni di Jepun, 
 first time jumpa di Malaysia

bilik nursing baby- dihias cantik & selesa

surau agak luas dan selesa
yang best surau ni, bila masuk waktu, dipasang azan
kebersihan?? hmm..sedih gak..dengan sampah merata-rata
 
ke surau, toilets, baby room di tingkat 3
------------------------------------
Sunway Putra Mall ni memang favourite mall teman. Selain dekat dengan rumah, selesa gi sini, susunan kedai dia pun menarik, tak serabut, restoran & cafe di tingkat atas, semuanya terletak sebelah kanan mall, mengadap PWTC..

banyak award yang dimenangi

Yeayy, dah ada Family Mart di sini, kalau dari LRT station akan jumpa mart ni dekat pintu masuk mall

beratur panjang kat kaunter oden
 
utk plain83, ada jual hokkaido melon pan

Di lower ground floor, Market Place nya meriah 


Jalan-jalan jumpa Jipangi

kedai aiskrim Korea

Terbaik katanya
ada sijil halal 
 
memang bentuknya mcm tu
 
kombinasi coklat & vanila 
ni saiz junior, sibbaik beli saiz ni, jenuh gak nak habiskan
kon dia sedap, rasa jagung

Mahal gak RM8.00, nak merasa, cukup lah sekali. Oklah, ada lagi nak cerita, nanti sambung kemudian ya..

Monday, 24 September 2018

2T - Taiyaki and Takoyaki

Jumpa kiosk ni di Sogo Kuala Lumpur 
*update:kiosk Gindaco sudah tidak beroperasi di Sogo KL*
 

jual taiyaki dan takoyaki

 main foods - takoyaki & taiyaki

Taiyaki- kek bentuk ikan. Di Jepun, dipanggil taiyaki, kat Korea, namanya bungeo-ppang. street food yang femes
  
Macam-macam jenis intinya - ada coklat, keledek ungu, vanila custard, ham and cheese. 
Masa beli haritu, inti adzuki bean, harga RM7.05 seketul

Sekarang dah ada inti-inti pedas, macam pai..inti ayam dan keju

takoyaki. sedap..untuk lapan biji, harga RM13++

Haritu, masa di KLIA2, terjumpa kedai jual taiyaki, sebelah Family Mart


orang Melayu pun ada gak kuih bentuk ikan - kuih bahulu 
 
sumber : bahuluklasik

Femes kuih bahulu ni, selalunya untuk hantaran bertunang atau kahwin.

Thursday, 20 September 2018

Apa motifnya

Setiap yang dilakar ada motifnya...semasa berjalan kaki dari tempat letak kereta bertingkat ke pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya, lalu di lorong belakang deretan kedai-kedai ni..ada wall mural..

Mural street art di PJ Newtown

 lakaran wau bulan

Mari kita tengok apa motif lakaran wau bulan ni

Dewa Muda ni siapa pulak...tak pernah dengar...pendakwah Islam??

Riki-riki kat google, rupanya Dewa Muda ni cerita dalam tarian Mak Yong. Ada kaitan di antara Dewa Muda dengan asal-usul nama 'wau' dalam sejarah Kelantan. Mungkin mitos, cerita-cerita kayangan, dewa-dewi. Boleh baca di sini..mitos wau..

Hitam putih Awan Larat
Apa pula motifnya?

ajaran kesufian - merendah diri

Wallahua'lam...teman tak tahu kebenarannya,..takpe, pengetahuan am nih..