Tuesday, 2 October 2018

Kisah hari Sabtu

Assalamualaikum semua..

Dah masuk bulan Oktober, buzzyy..tak sempat nak blog walking. Nanti lah gi ziarah blog kawan-kawan..

Nak citer kisah hari Sabtu minggu lepas. Kisah takde air kat rumah. Sebab tak nampak ada notis ditampal, so kami pun buat macam biasa, takdelah simpan air banyak. 

Balik dari pasar lebih kurang pukul 11 pagi, air dah takde..huhu..bertahan lagi, buat rilek-rilek, kurangkan aktiviti, baring, tidur..tapi hampir ke pukul 4 petang, dah tak tahan, air masih takde,..bersiap, keluar rumah, naik LRT, gi Sunway Putra Mall..
 

Sebab apa Sunway Putra Mall? sebab toilet dia bersih giler, tisu toilet tak pernah tak ada...percuma pulak tu, takde bayaran..memang terbaik..

bersihnya...
 
DBKL bagi 5 bintang - Amat Bersih

Tandas dan kemudahan memang tip-top dan bersih. Ada toilet untuk ibu & baby, bilik nursing baby pun cantik, surau selesa..
 
toilet untuk OKU dan ibu & anak
 
toilet with baby seat kat dinding belah kiri
pernah jumpa toilet macam ni di Jepun, 
 first time jumpa di Malaysia

bilik nursing baby- dihias cantik & selesa

surau agak luas dan selesa
yang best surau ni, bila masuk waktu, dipasang azan
kebersihan?? hmm..sedih gak..dengan sampah merata-rata
 
ke surau, toilets, baby room di tingkat 3
------------------------------------
Sunway Putra Mall ni memang favourite mall teman. Selain dekat dengan rumah, selesa gi sini, susunan kedai dia pun menarik, tak serabut, restoran & cafe di tingkat atas, semuanya terletak sebelah kanan mall, mengadap PWTC..

banyak award yang dimenangi

Yeayy, dah ada Family Mart di sini, kalau dari LRT station akan jumpa mart ni dekat pintu masuk mall

beratur panjang kat kaunter oden
 
utk plain83, ada jual hokkaido melon pan

Di lower ground floor, Market Place nya meriah 


Jalan-jalan jumpa Jipangi

kedai aiskrim Korea

Terbaik katanya
ada sijil halal 
 
memang bentuknya mcm tu
 
kombinasi coklat & vanila 
ni saiz junior, sibbaik beli saiz ni, jenuh gak nak habiskan
kon dia sedap, rasa jagung

Mahal gak RM8.00, nak merasa, cukup lah sekali. Oklah, ada lagi nak cerita, nanti sambung kemudian ya..

28 comments:

  1. Bagusnya fasiliti Sunway Putra Mall ni, memudahkan penduduk yang berdekatan. Cheq belum pernah berkesempatan lagi untuk ke mall ni, bolehlah nak terjah sini nanti bila2 turun KL. Nice sharing :)

    ReplyDelete
  2. Queue kat family mart tu tak penah tak panjang
    tapi mmg gigih jugak la beratur bila dah kemaruk nak makan oden tu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai peminat oden..huhu..mmg selalu kena queue pjg....

      Delete
  3. Wah! terbaiklah kebersihan telah berjaya menjadi budaya warga SPM ni.
    Bilalah nak datang sini balik huhuhu sejak dah tukar nama tak pernah datang lagi hahahah giler lama kan... those were the days datang sini nak makan bee hoon sup tomyam kat foodcourt

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lain foodcourt kt sini..teringat dulu-dulu, ada Yaohan...

      Delete
  4. Wah.. menariknya.. Aiskrim tu teringin nak rasa..
    Kalau tak ada air memang stress.. mujur ada tempat nak lepak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak guna tandas yg stress kalau takde air kt rumah...
      kone dia yg sedap..rasa jagung yg kuat..

      Delete
  5. Salute andai di Malaysia semua public toilet sebersih toilet di Sunway Mall, 5 stars..
    Kesedaran tentang kebersihan sepatutnya ada pada setiap rakyat Malaysia, tanggungjawab bersama.
    By the way, aiskrim Korea unik sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 mcm tulah kan, tandas awam yg bersih dambaan rakyat Malaysia...first time tengok aiskrim bentuk mcm tu..

      Delete
  6. Ni antara destinasi pilihan utk lunch... :)
    Saya pun suka SPM sbb ada banyak tempat makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, byk pilihan, spoilt for choice..

      Delete
  7. Yayyy ada melon pan juga di Family Mart situ noo sis? Hehehe okeh nanti saya mesti nak visit SPM next time saya ke KL :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. melon bun ni ada kt semua outlet family mart, plain..yg kt KLIA 2 tu pun ada jg..tk perasan nama dia melon bun..

      Delete
  8. Kalau pergi Family Mart, teman selalu beli sandwish ayam percik... memang terbaik la...

    ReplyDelete
  9. pergh, kalau macam ni punya gaya, rasa macam nk tido sana ja.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Memang menarik mall ni nohas..
    Pastu bersih pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik kedai2 di sini...mmg bersih, pilihan kaler pun menarik..

      Delete
  11. Wow! orang bukit dapat banyak infor menarik hari ni ..tertarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. info shopping complex...mall lama, diupgrade, bertambah menarik..

      Delete
  12. Sejak dah cantik ni memang meriah selalu. Macam-macam ado kan

    ReplyDelete
  13. bersihnya tandas.. happy kalau masuk tp surau asal byk sampah.. pelik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg tinggalkan sampah..tisu, plastik beg..dgn telekung berlonggok tak disangkut..sakit mata nengok..

      Delete
  14. ada satu mall kat sini pun gini.
    tandas ya Allah cantik bersih.
    surau? nobody cares. pada aida, ada tukang bersih tandas, bersihkan la surau2 sekali, kan.
    wangi sewangi tandas. atau lebih wangi dari tandas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya, surau tanggungjawab pengguna utk jaga kebersihan - tak buang sampah merata-rata, lipat telekung..kena ada kesedaran sivik..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!