Saturday, 6 October 2018

Kisah hari Sabtu - part 2

Assalammulaikum..

Fuhhh..lega, habis dah sesi interview seperti diceritakan dalam entri Azam tahun 2018 dah mai,  Percubaan kali pertama. Selama 2 minggu, menggendong beg berat, gi office. Buku undang-undang yang tebal. Gi Sunway Putra Mall pun bawa buku, konon nak study. Studylah juga tapi sekejap je..rasa 'weng' je kepala, baca buku undang-undang..hihi..

Okay, sambung balik cerita kat Sunway Putra Mall. Masih di Marketplace di lower ground floor, dah makan aiskrim Korea Jipangi, jalan-jalan, jumpa lak aiskrim tradisional Arab..Booza..ralit tengok penjual ais krim main acah-acah dengan budak ni..

 From the Levant

Menarik gak disebalik nama Booza dan the Levant nih. Daripada wikipedia:

Booza (Arabic: بوظة) is a kind of Arabic ice cream known for its elastic texture and resistance to melting. It is claimed to be one of the oldest forms of ice cream, and is most commonly found in the Levant.The ice cream is usually and traditionally made with an ingredient called sahlab (سَحْلَب) or salep, which provides it with the ability to resist melting.

The Levant is a term in geography that refers to an area in the Middle East which includes the historic areas of Palestine, Israel and Syria. The Levant is bounded by the Taurus Mountains to the north, the Mediterranean Sea to the west, the northern Arabian Desert to the south and Upper Mesopotamia to the east."> It derives from the Italian Levante, meaning "rising", implying the rising of the sun in the east. As such, it is broadly equivalent to the term Al-Mashriq (Arabic: اَلْـمَـشْـرِق, meaning "the land where the sun rises".


Sebab dah makan aiskrim korea, takdelah beli aiskrim Booza ni. Lain kali kita try. Lebih kurang macam aiskrim Turki, dondurma..

Jalan-jalan lagi, bercadang nak dinner terus di sini, takut kat rumah takde air lagi. Naik atas ke Selera Street, nak mencuba Korean foods di Myeongdong Topokki...huhu..Korea lagik.. 
 

Pertama kali makan di sini. Order set Soondobu Jjigae (tauhu) daging, sekali dengan air teh hijau. 
 
set soondobu jjigae - sedap

banchan - kureng sikit
------------------------------------------
Dah habis makan, gi Popular bookstore, cari buku, preparation untuk exam. Lepak baca buku..tiba-tiba ada bunyi bising...ada perarakan naga, turun dari tingkat atas...sempena perayaan kuih bulan..


Tak jadi baca buku..bergerak ke bawah, ke ground floor. Ada ramai orang, TV3 pun ada..sapa tah pengacara dia..
 
origami burung bergantungan

Origami (折り紙, from ori meaning "folding", and kami meaning "paper" (kami changes to gami due to rendaku)) is the art of paper folding, which is often associated with Japanese culture. The goal is to transform a flat square sheet of paper into a finished sculpture through folding and sculpting techniques.

Ada macam-macam aktiviti di sini. Ada pameran dan jualan barangan Jepun, ada cosplay juga..meriah juga.. 

yang ni pameran barangan Jepun
cantik botol coca-cola ni..bunga sakura

 pertandingan cosplay

sailormoon

cosplay lagi

kimono percuma ada disediakan
cosplay ni yang paling gempak

 pandangan belakang - dia kot pemenangnya

Tak menunggu sampai habis, bergerak pulang. Alhamdulillah, dah ada air di rumah. 

Sekian, selamat berhujung minggu.

Tuesday, 2 October 2018

Kisah hari Sabtu

Assalamualaikum semua..

Dah masuk bulan Oktober, buzzyy..tak sempat nak blog walking. Nanti lah gi ziarah blog kawan-kawan..

Nak citer kisah hari Sabtu minggu lepas. Kisah takde air kat rumah. Sebab tak nampak ada notis ditampal, so kami pun buat macam biasa, takdelah simpan air banyak. 

Balik dari pasar lebih kurang pukul 11 pagi, air dah takde..huhu..bertahan lagi, buat rilek-rilek, kurangkan aktiviti, baring, tidur..tapi hampir ke pukul 4 petang, dah tak tahan, air masih takde,..bersiap, keluar rumah, naik LRT, gi Sunway Putra Mall..
 

Sebab apa Sunway Putra Mall? sebab toilet dia bersih giler, tisu toilet tak pernah tak ada...percuma pulak tu, takde bayaran..memang terbaik..

bersihnya...
 
DBKL bagi 5 bintang - Amat Bersih

Tandas dan kemudahan memang tip-top dan bersih. Ada toilet untuk ibu & baby, bilik nursing baby pun cantik, surau selesa..
 
toilet untuk OKU dan ibu & anak
 
toilet with baby seat kat dinding belah kiri
pernah jumpa toilet macam ni di Jepun, 
 first time jumpa di Malaysia

bilik nursing baby- dihias cantik & selesa

surau agak luas dan selesa
yang best surau ni, bila masuk waktu, dipasang azan
kebersihan?? hmm..sedih gak..dengan sampah merata-rata
 
ke surau, toilets, baby room di tingkat 3
------------------------------------
Sunway Putra Mall ni memang favourite mall teman. Selain dekat dengan rumah, selesa gi sini, susunan kedai dia pun menarik, tak serabut, restoran & cafe di tingkat atas, semuanya terletak sebelah kanan mall, mengadap PWTC..

banyak award yang dimenangi

Yeayy, dah ada Family Mart di sini, kalau dari LRT station akan jumpa mart ni dekat pintu masuk mall

beratur panjang kat kaunter oden
 
utk plain83, ada jual hokkaido melon pan

Di lower ground floor, Market Place nya meriah 


Jalan-jalan jumpa Jipangi

kedai aiskrim Korea

Terbaik katanya
ada sijil halal 
 
memang bentuknya mcm tu
 
kombinasi coklat & vanila 
ni saiz junior, sibbaik beli saiz ni, jenuh gak nak habiskan
kon dia sedap, rasa jagung

Mahal gak RM8.00, nak merasa, cukup lah sekali. Oklah, ada lagi nak cerita, nanti sambung kemudian ya..

Monday, 24 September 2018

2T - Taiyaki and Takoyaki

Jumpa kiosk ni di Sogo Kuala Lumpur 
*update:kiosk Gindaco sudah tidak beroperasi di Sogo KL*
 

jual taiyaki dan takoyaki

 main foods - takoyaki & taiyaki

Taiyaki- kek bentuk ikan. Di Jepun, dipanggil taiyaki, kat Korea, namanya bungeo-ppang. street food yang femes
  
Macam-macam jenis intinya - ada coklat, keledek ungu, vanila custard, ham and cheese. 
Masa beli haritu, inti adzuki bean, harga RM7.05 seketul

Sekarang dah ada inti-inti pedas, macam pai..inti ayam dan keju

takoyaki. sedap..untuk lapan biji, harga RM13++

Haritu, masa di KLIA2, terjumpa kedai jual taiyaki, sebelah Family Mart


orang Melayu pun ada gak kuih bentuk ikan - kuih bahulu 
 
sumber : bahuluklasik

Femes kuih bahulu ni, selalunya untuk hantaran bertunang atau kahwin.