Monday, 6 May 2019

Salam Ramadan 1440H

Ramadan Kareem


- Selamat berpuasa -


Mereka yang pergi tidak dilupa 

 Raudatul Sakinah 5.5.19

Thursday, 2 May 2019

Wedding Reception Dr Amira

Cerita kenduri kahwin pada hari Sabtu, 30.3.2019.

Kenduri sepupu (pengantin perempuan) sebelah mak di Kelab Golf Bukit Rahman Putra. Sebelum tu rewang-rewang terakhir di rumah pengantin perempuan pada hari Jumaat.

menyiapkan bunga pahar dan cenderahati

Pada hari kejadian. 
 

Kelab Golf Bukit Rahman Putra
 
Majlis akad nikah juga diadakan di sini di sebelah pagi. Berkumpullah sanak-saudara jauh dan dekat, sahabat taulan, untuk meraikan pasangan mempelai. 



Jamuan tetamu dan pengantin disediakan oleh pihak kelab. Keluarga pengantin ada juga sediakan jamuan tambahan seperti rojak buah, ais krim malaysia, ais krim kon dan apam balik.
 
bubur gandum & jagung

kuih-muih

soto ayam

Apam balik

Ada instant photo menambah keriangan.
 
tua muda beratur untuk foto kenangan


sepupu 

  Pengantin ditunggu sudah tiba.
 

kegemaran ramai - kambing bakar & salad

Berakhir sudah satu lagi kenduri sepupu. Abadikan kenangan di sini.

Wednesday, 24 April 2019

Adakah sama Kampung Baru dengan Kampung Bukchon?

Dalam akhbar hari ni, kerajaan mengumumkan dana sebanyak RM6 hingga RM10 billion diperlukan untuk membeli 250 ekar tanah Kampung Baru, untuk dibangunkan secara terancang dan bersepadu.

Kampung Baru. hah! 

Desas-desus nak bangunkan semula Kampung Baru ni dah tersangat lama isunya. Rasanya dah berpuluh-puluh tahun, tapi tak selesai-selesai juga. Kalau kerajaan sekarang berjaya dalam perancangan tersebut, memang tabik lah.

Salah satu masalah di Kampung Baru ni ialah pemilikan berganda (multiple ownership). Dalam satu lot, ada yang sampai beratus-ratus pemilik. Tanah pusaka, turun-temurun. Pembangunan pula berterabur, macam tiada planning control, stressed built environment, caca-merba.
 

Pilihanraya umum silih berganti. Pernah satu ketika ada satu manifesto pilihanraya -''Kami akan mempertahankan tanah Kampung Baru walau seinci". Begitu hebatnya tanah Kampung Baru ni. Lokasi, lokasi, lokasi - ''hot-spot" di kotaraya Kuala Lumpur. 


Sebagai penilai, syarikat kami dah beberapa kali terlibat dalam kes Kampung Baru ni. Sejak tahun 90an lagi. Dulu pejabat pun di pinggir Kampung Baru. Di Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Memang nampak perubahan di seberang jalan, dulu dan sekarang. Kawasan Kampung Baru terdiri daripada Kampung Atas, Kampung Masjid, Kampung Periok, Kampung Hujung Pasir, Kampung Paya dan Kampung Pindah.

Bila kena buat penilaian, kenalah meronda kampung, melawat kawasan, setiap lot dijelajahi, setiap bangunan dilawati dan diambil foto nya. Ada yang kena kejar dengan  samseng kampung. Betul tak fzyfuzzy @ KrabatKramat. Rumah-rumah di sini ada yang ok, tapi kebanyakannya so-so je. Nak kata semuanya rumah tradisional, tak juga.

Hari ni juga baca dalam whatsapp group, ada cadangan suruh kerajaan isytihar Kampung Baru sebagai Warisan Negara dengan mengambil contoh Kampung Bukchon (Bukchon Hanok Village) di Seoul, Korea Selatan. 

Sedutan dari artikel di whatsapp group:

Baca news, dikhabarnya Kerajaan sedang mengumpul dana berbillion dan berbincang nak beli tanah-tanah di Kampung Baru Kuala Lumpur untuk dimajukan.

Soalan saya, haruskah semua kawasan di ibu negara perlu dimajukan untuk dibina apartment, shopping mall dan bangunan pencakar langit?

Lalu, saya mengenang balik pengalaman menetap di Korea dulu.
 
Ada sebuah kampung di Seoul, namanya Bukchon Hanok Village, betul-betul terletak di pusat bandar Seoul Korea. Korea juga sebuah negara yang hebat, malah lagi hebat dari Malaysia dari segi pelbagai bidang.

Tidak pula saya tengok, Kerajaan Korea ingin buat bangunan atau apartment mewah di kawasan Bukchon Hanok Village ini. Nak kata kecil, kawasan Bukchon Hanok Village ini besar juga. Ikutkan nafsu, 4 5 buah Mall dan puluhan apartment boleh dibina. Menariknya, dijadikan pula, kawasan Bukchon Hanok Village ini sebuah WARISAN NEGARA.

Kampung lama masyarakat Korea yang masih lagi cantik terpelihara dari segi senibina dan tradisi. Sekeliling kawasan itu juga terkenal dengan tradition, culture and art yang kini menjadi tarikan pelancongan utama di bandar Seoul. Ekonomi disekitar kawasan itu juga pesat membangun dengan adanya Warisan Negara ini.

Saya harap Kampung Baru dijadikan sebuah warisan negara seperti mana Korea jadikan 'Kampung Hanok Bukchon' sebagai warisan negara Korea.

Bagi yang pernah jejak kaki di Bukchon Hanok Village, perbandingan ini memanglah sangat tak padan, jauh panggang daripada api. Bukanlah nak offend, nak merendah-rendahkan tempat sendiri, tapi inilah kebenarannya. Kalau Kampung Morten di Bandar Melaka dibandingkan dengan Bukchon, saya setuju. Sama-sama penuh dengan rumah-rumah tradisional.


Berada di Bukchon Hanok Village, rasa nak berlama-lama, sebab cantik kawasannya dengan rumah-rumah tradisional hanok tersusun indah. Suka tengok senibina hanok ditambah dengan rumah-rumah hanok yang diubahsuai kegunaannya menjadi kedai dan galeri.


Boleh rujuk entry Bukchon Hanok Village di sini.

Rumusannya: Apa nak buat dengan Kampung Baru? Nak dibiarkan saja seperti sediada? Nak jadi KLCC, TRX atau Midvalley, kedua? Sekarang ada usaha upgrade kawasan dekat Masjid Kampung Baru. Cantik.

Jom revisit Kampung Baru. Banyak pilihan tempat makan, itu yang pasti!