Wednesday 24 April 2019

Adakah sama Kampung Baru dengan Kampung Bukchon?

Dalam akhbar hari ni, kerajaan mengumumkan dana sebanyak RM6 hingga RM10 billion diperlukan untuk membeli 250 ekar tanah Kampung Baru, untuk dibangunkan secara terancang dan bersepadu.

Kampung Baru. hah! 

Desas-desus nak bangunkan semula Kampung Baru ni dah tersangat lama isunya. Rasanya dah berpuluh-puluh tahun, tapi tak selesai-selesai juga. Kalau kerajaan sekarang berjaya dalam perancangan tersebut, memang tabik lah.

Salah satu masalah di Kampung Baru ni ialah pemilikan berganda (multiple ownership). Dalam satu lot, ada yang sampai beratus-ratus pemilik. Tanah pusaka, turun-temurun. Pembangunan pula berterabur, macam tiada planning control, stressed built environment, caca-merba.
 

Pilihanraya umum silih berganti. Pernah satu ketika ada satu manifesto pilihanraya -''Kami akan mempertahankan tanah Kampung Baru walau seinci". Begitu hebatnya tanah Kampung Baru ni. Lokasi, lokasi, lokasi - ''hot-spot" di kotaraya Kuala Lumpur. 


Sebagai penilai, syarikat kami dah beberapa kali terlibat dalam kes Kampung Baru ni. Sejak tahun 90an lagi. Dulu pejabat pun di pinggir Kampung Baru. Di Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Memang nampak perubahan di seberang jalan, dulu dan sekarang. Kawasan Kampung Baru terdiri daripada Kampung Atas, Kampung Masjid, Kampung Periok, Kampung Hujung Pasir, Kampung Paya dan Kampung Pindah.

Bila kena buat penilaian, kenalah meronda kampung, melawat kawasan, setiap lot dijelajahi, setiap bangunan dilawati dan diambil foto nya. Ada yang kena kejar dengan  samseng kampung. Betul tak fzyfuzzy @ KrabatKramat. Rumah-rumah di sini ada yang ok, tapi kebanyakannya so-so je. Nak kata semuanya rumah tradisional, tak juga.

Hari ni juga baca dalam whatsapp group, ada cadangan suruh kerajaan isytihar Kampung Baru sebagai Warisan Negara dengan mengambil contoh Kampung Bukchon (Bukchon Hanok Village) di Seoul, Korea Selatan. 

Sedutan dari artikel di whatsapp group:

Baca news, dikhabarnya Kerajaan sedang mengumpul dana berbillion dan berbincang nak beli tanah-tanah di Kampung Baru Kuala Lumpur untuk dimajukan.

Soalan saya, haruskah semua kawasan di ibu negara perlu dimajukan untuk dibina apartment, shopping mall dan bangunan pencakar langit?

Lalu, saya mengenang balik pengalaman menetap di Korea dulu.
 
Ada sebuah kampung di Seoul, namanya Bukchon Hanok Village, betul-betul terletak di pusat bandar Seoul Korea. Korea juga sebuah negara yang hebat, malah lagi hebat dari Malaysia dari segi pelbagai bidang.

Tidak pula saya tengok, Kerajaan Korea ingin buat bangunan atau apartment mewah di kawasan Bukchon Hanok Village ini. Nak kata kecil, kawasan Bukchon Hanok Village ini besar juga. Ikutkan nafsu, 4 5 buah Mall dan puluhan apartment boleh dibina. Menariknya, dijadikan pula, kawasan Bukchon Hanok Village ini sebuah WARISAN NEGARA.

Kampung lama masyarakat Korea yang masih lagi cantik terpelihara dari segi senibina dan tradisi. Sekeliling kawasan itu juga terkenal dengan tradition, culture and art yang kini menjadi tarikan pelancongan utama di bandar Seoul. Ekonomi disekitar kawasan itu juga pesat membangun dengan adanya Warisan Negara ini.

Saya harap Kampung Baru dijadikan sebuah warisan negara seperti mana Korea jadikan 'Kampung Hanok Bukchon' sebagai warisan negara Korea.

Bagi yang pernah jejak kaki di Bukchon Hanok Village, perbandingan ini memanglah sangat tak padan, jauh panggang daripada api. Bukanlah nak offend, nak merendah-rendahkan tempat sendiri, tapi inilah kebenarannya. Kalau Kampung Morten di Bandar Melaka dibandingkan dengan Bukchon, saya setuju. Sama-sama penuh dengan rumah-rumah tradisional.


Berada di Bukchon Hanok Village, rasa nak berlama-lama, sebab cantik kawasannya dengan rumah-rumah tradisional hanok tersusun indah. Suka tengok senibina hanok ditambah dengan rumah-rumah hanok yang diubahsuai kegunaannya menjadi kedai dan galeri.


Boleh rujuk entry Bukchon Hanok Village di sini.

Rumusannya: Apa nak buat dengan Kampung Baru? Nak dibiarkan saja seperti sediada? Nak jadi KLCC, TRX atau Midvalley, kedua? Sekarang ada usaha upgrade kawasan dekat Masjid Kampung Baru. Cantik.

Jom revisit Kampung Baru. Banyak pilihan tempat makan, itu yang pasti!

23 comments:

  1. Tudiaa..pening juga kan kerajaan nak uruskan dan pikiaq apa jalan terbaik untuk Kampung Baru ni, cukup berbaloi ka dak nak dijadikan sebagai warisan negara nih 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari tahun 90an, kes nk bangunkan kpg baru, sampai sekrg x selesai. Kalau kekalkn as kpg tradisi ok, kalau warisan negara rasanya x berbaloi..

      Delete
  2. harap2 kedua2 belah pihak berpuas hati dgn apa2 keputusan nanti..

    ReplyDelete
  3. hahahahaha..yup..mana boleh lupa conversation anak-anak ikan dengan seorang pakcik di Jalan Raja Ali/Jalan Abdul Manan..."kalau kamu nak keluarga dari sini dengan kepala..sila keluar sekarang!!!!!##@@..wuish kita yg monitor kat ofis pun seriau...hehehehehehe..end up pakcik ni bukan tanah dia pun...bermastautin atas rizab sungai...
    Betul...kg baru mempunyai multiple owner...sebagai contoh..kerajaan nak beli semua..dinilai pada harga pro rate RM800 sekaki persegi.. kebanyakkan tanah situ bukan besar mana pun ada la dlm 3,000 ke 4,000 kakipersegi..lepas tu kena bahagi ikut share..klu ada 50 penama..with 8/2400 share : dapat la portion dlm 10k...hmmm..tanah dah tergadai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka dah lama tinggal di sini, bila ada isu nak kena keluar, memang emotional..

      ntahlah, bila dah terlampau ramai tuantanah, pening jg..tanah dahlah kecik, takkan nak berebut nak buat rumah, nak sewakan, brp RM je sorang dapat..

      Delete
  4. Saya kan, malu nak cakap hihi..sebenarnya saya tak pernah smp lagi kat kg Baru tu..teringin nak rasa bubur lambuk kg baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. org luar dtg sini selalunya gi tmpat makan, hospital & masjid...

      dah dekat nk bulan puasa, weekend bolehlah dtg ke masjid Kpg Baru amik bubur lambuk..lejen..

      Delete
  5. dr dulu lg kes ni kan... pening tngok. tpi bgus gak kalau dpt dicantikkan.. ye lah kampung tengh bandar! ada daya tarikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes lama, x selesai sampai sekarang..kalau dikekalkan sebagai kpg tradisi pun ok, cuma cantikkan landskap, baru best nk gi jalan2..

      Delete
  6. Betullah tu kalau kerajaan sekarang mampu settel isu Kg baru memang salute la...

    Yang penting ongkosnya harus lebat huhuhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan senang nak puaskan hati semua pihak, ramai lak tu..semoga dapat settle..

      ya,ongkosnya mesti lebat, development mesti hebat nak cover ongkos..projek billion2..harga mampu tengok jer..

      Delete
  7. Uish.. lagi isunya.. tak sudah sudah jugalah ye.. tapi nak buat apa bangunan tinggi tinggi lagi.. dah banyak sangat dah rasanya di KL tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blm selesai, masalah rumit..lagi tinggi lg byk income, utk cover kos + profit..

      Delete
  8. masa bujang dulu pernah tinggal & kerja di Kg Baru. Syurga makanan time bulan Ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..syurga makanan...sekarang pun dah banyak restoran di sini..

      Delete
  9. rasanya sekarang pun dah ok sgt kot
    tak yah lah nak naik taraf bagai
    ekonomi pun tak stabil lagi
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah, ikut sistem kapitalis, geram je tgk tanah dkt bandar tak dibangunkan secara optimum, tk dpt hasil maksima..ya sekrg ni semua hartanah komersil dah oversupply..mngkin 5-10 tahun lg kot..

      Delete
  10. Alangkah I dahnya Kalau di Bina Dan diketengahkan mcm yg kerajaan Melaka buat PD kg morten

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..kekalkan sebagai kampung tradisi..

      Delete
  11. tak pernah sampai pun kg baru.. biarkan jelah sibuk nk kacau kawasan org melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua geram sbb tanah dkt bandar..$$$ masyuk kalau buat development..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!