Wednesday, 8 May 2019

Jalan-Jalan ke Kuala Terengganu

Cuti-cuti Malaysia.

Trip pertama untuk tahun ni, ke Terengganu kite. Trip 4h3m, cuma jalan-jalan di sekitar bandar Kuala Terengganu. Ambik offer traveloka - flight ticket+ hotel.


Kos untuk 3 orang = RM1,300. Pergi naik Malindo, balik naik MAS. Tarikh trip 26- 29 April 2019. Flight pergi pukul 7.40 petang, balik 8.30 pagi. Cuma dua hari je yang full day, jalan sampai lebam.

Pada hari kejadian.

Since naik Malindo, haruslah terbang dari Subang Airport @ Subang Skypark @ Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Pertama kali naik Malindo. Teruja!! Kenangan lama di Subang Airport, pertama kali naik kapal terbang gi oversea dari airport ni lah. Dah lama juga tak ke sini. Rasanya last jejak kaki di sini di era tahun 2000, ada sesi taklimat Malaysia Airport untuk hal kerja, tapi bukan di Terminal 2, di ofis MAHB belakang Jabatan Imigresen.

Ok, petang Jumaat tu ambik cuti separuh hari. Dah bersiap-siap, bawa dua je beg luggage, kongsi-kongsi, konon-konon nak beli sikit je keropok..bhaha..Nak ke Subang Airport, sebab malas nak turun-naik LRT, ambik Grabcar, tambang RM51 + RM3 (tol). Hari hujan tapi tak lebat. Alhamdulillah, selamat sampai di Subang Airport.  Jom menyusuri jalan kenangan...melawat kawasan.


imej baru

kaunter khidmat pengangkutan
  

Jom ke tingkat atas. Skodeng kapal terbang.

ke balai berlepas

Flight retime 2 kali, memula dari pukul 7.40 ke 8.10 malam, kemudian ke pukul 8.40, tapi Alhamdulillah cepat kapal terbang sampai, so boleh terbang lebih awal.

 gegar - sambil berjalan sambil snap
last2 kena tegur dgn krew sebab tak ikut laluan pejalan kaki
suka-suka hati je, lenggang mak limah...safety first..


pertama kali bersua 

Alhamdulillah, selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.


Ambik teksi ke hotel di tengah-tengah bandar Kuala Terngganu. Hotel YT Midtown, Jalan Tok Lam. Tambang teksi - RM30.
 
Hotel YT Midtown


reception 


Bilik hotel,  oklah, basic facilities, yang lain-lain - ada seterika,  ironing board, tikar sejadah. Alhamdulillah.

Hotel ni dekat dengan Masjid Abidin (Masjid Putih). Dari bilik hotel, boleh dengar azan dan juga kuliah pengajian. Memang dekat sangat.

Masjid Abidin (Masjid Putih)

Dinner time. Dah dekat pukul 10.00 malam, perut dah berkeroncong. Ada bawa bekal maggi goreng, buat lapik perut. Jom cari makan. Jalan kaki menyusuri Jalan Tok Lam, ke arah pasar malam. Singgah di gerai tepi kedai ni.

Dinner di sini. Roti Bakar Dapur Arang

maggi sup tulang

sedap - harga RM9.00

Order juga roti bakar sekaya

oklah rasanya

Mak order nasi goreng. Adik tu cakap nasi goreng ikang. Ikang masin kot

sempoi - harga RM2.50
Mudah macam ni, takyah basuh pinggan

Sekian, mukadimah trip pra-Ramadan.

Monday, 6 May 2019

Salam Ramadan 1440H

Ramadan Kareem


- Selamat berpuasa -


Mereka yang pergi tidak dilupa 

 Raudatul Sakinah 5.5.19

Thursday, 2 May 2019

Wedding Reception Dr Amira

Cerita kenduri kahwin pada hari Sabtu, 30.3.2019.

Kenduri sepupu (pengantin perempuan) sebelah mak di Kelab Golf Bukit Rahman Putra. Sebelum tu rewang-rewang terakhir di rumah pengantin perempuan pada hari Jumaat.

menyiapkan bunga pahar dan cenderahati

Pada hari kejadian. 
 

Kelab Golf Bukit Rahman Putra
 
Majlis akad nikah juga diadakan di sini di sebelah pagi. Berkumpullah sanak-saudara jauh dan dekat, sahabat taulan, untuk meraikan pasangan mempelai. 



Jamuan tetamu dan pengantin disediakan oleh pihak kelab. Keluarga pengantin ada juga sediakan jamuan tambahan seperti rojak buah, ais krim malaysia, ais krim kon dan apam balik.
 
bubur gandum & jagung

kuih-muih

soto ayam

Apam balik

Ada instant photo menambah keriangan.
 
tua muda beratur untuk foto kenangan


sepupu 

  Pengantin ditunggu sudah tiba.
 

kegemaran ramai - kambing bakar & salad

Berakhir sudah satu lagi kenduri sepupu. Abadikan kenangan di sini.