Wednesday 8 May 2019

Jalan-Jalan ke Kuala Terengganu

Cuti-cuti Malaysia.

Trip pertama untuk tahun ni, ke Terengganu kite. Trip 4h3m, cuma jalan-jalan di sekitar bandar Kuala Terengganu. Ambik offer traveloka - flight ticket+ hotel.


Kos untuk 3 orang = RM1,300. Pergi naik Malindo, balik naik MAS. Tarikh trip 26- 29 April 2019. Flight pergi pukul 7.40 petang, balik 8.30 pagi. Cuma dua hari je yang full day, jalan sampai lebam.

Pada hari kejadian.

Since naik Malindo, haruslah terbang dari Subang Airport @ Subang Skypark @ Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Pertama kali naik Malindo. Teruja!! Kenangan lama di Subang Airport, pertama kali naik kapal terbang gi oversea dari airport ni lah. Dah lama juga tak ke sini. Rasanya last jejak kaki di sini di era tahun 2000, ada sesi taklimat Malaysia Airport untuk hal kerja, tapi bukan di Terminal 2, di ofis MAHB belakang Jabatan Imigresen.

Ok, petang Jumaat tu ambik cuti separuh hari. Dah bersiap-siap, bawa dua je beg luggage, kongsi-kongsi, konon-konon nak beli sikit je keropok..bhaha..Nak ke Subang Airport, sebab malas nak turun-naik LRT, ambik Grabcar, tambang RM51 + RM3 (tol). Hari hujan tapi tak lebat. Alhamdulillah, selamat sampai di Subang Airport.  Jom menyusuri jalan kenangan...melawat kawasan.


imej baru

kaunter khidmat pengangkutan
  

Jom ke tingkat atas. Skodeng kapal terbang.

ke balai berlepas

Flight retime 2 kali, memula dari pukul 7.40 ke 8.10 malam, kemudian ke pukul 8.40, tapi Alhamdulillah cepat kapal terbang sampai, so boleh terbang lebih awal.

 gegar - sambil berjalan sambil snap
last2 kena tegur dgn krew sebab tak ikut laluan pejalan kaki
suka-suka hati je, lenggang mak limah...safety first..


pertama kali bersua 

Alhamdulillah, selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.


Ambik teksi ke hotel di tengah-tengah bandar Kuala Terngganu. Hotel YT Midtown, Jalan Tok Lam. Tambang teksi - RM30.
 
Hotel YT Midtown


reception 


Bilik hotel,  oklah, basic facilities, yang lain-lain - ada seterika,  ironing board, tikar sejadah. Alhamdulillah.

Hotel ni dekat dengan Masjid Abidin (Masjid Putih). Dari bilik hotel, boleh dengar azan dan juga kuliah pengajian. Memang dekat sangat.

Masjid Abidin (Masjid Putih)

Dinner time. Dah dekat pukul 10.00 malam, perut dah berkeroncong. Ada bawa bekal maggi goreng, buat lapik perut. Jom cari makan. Jalan kaki menyusuri Jalan Tok Lam, ke arah pasar malam. Singgah di gerai tepi kedai ni.

Dinner di sini. Roti Bakar Dapur Arang

maggi sup tulang

sedap - harga RM9.00

Order juga roti bakar sekaya

oklah rasanya

Mak order nasi goreng. Adik tu cakap nasi goreng ikang. Ikang masin kot

sempoi - harga RM2.50
Mudah macam ni, takyah basuh pinggan

Sekian, mukadimah trip pra-Ramadan.

16 comments:

  1. Wahh.. ke terengganu ye.. sedap makan kopok lekor dan satar nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. percutian ad-hoc..hihi..satar tk jumpa, mkn kopok lekor je, byk2..

      Delete
  2. Wahhh bercuti ke Terengganu..... Pernah menginap 2 kali di YT Midtown..... Anak2 suka menginap kat situ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hotel ni best kan, dekat masjid & pasar kedai payang..

      Delete
  3. Gi teganung awak yea, best kan kampung akk tu,makanan murah dan macam2 ada kan. Lain kali bolehla pegi lagi ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm2 ada, jjcm & shopping di pasar kedai payang..

      Delete
  4. Lama dah tak jenjalan kat Terengganu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama jg tk ke sini, dulu ikut rombongan..

      Delete
  5. Wah! cuti-cuti Terengganu kita ya...
    Masa single dulu pernahlah jugak cuti-cuti ke Terengganu nih!
    Tapi tulah lama giler dah mesti dah banayak perubahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun lama jg tak gi Terengganu..last gi tahun 2000, ikut rombongan..

      Delete
  6. best tak naik malindo? hehehe. tak pernah naik di subang jugak

    ReplyDelete
  7. Oooh ambil offer Traveloka, jalan2 Ganu kito..syok tu, orait juga harganya ya KakNO? 😄

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!