Friday, 12 July 2019

Kisah di Hari Minggu : Atas & Bawah

Ampunkan daku..nak buka balik cerita raya...hihi..

Ini bukan sebarangan raya, ini ialah STREET RAYA !! 

Heboh seantero whatsapp tentang event yang julung-julung kali diadakan di kotaraya metropolis nih. Anjuran gabungan masjid-masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan dengan tema "Ummah Disantuni, Nikmat Disyukuri".


Event yang diadakan pada hari Sabtu, 6 Julai 2019 di Dataran Merdeka.

Pada hari kejadian, me & mother pergi lepas Zohor, naik LRT turun di Masjid Jamek, then jalan kaki ke dataran. Umat manusia memang ramai..


dah penuh jalan

Dah sampai di Dataran Merdeka, tengok orang dah macam main ragbi, bersesak-sesak di lorong antara khemah. Khemah durian yang paling hot..dikerumuni orang ramai..


                                pukul 2.52 petang, banyak makanan dah habis
yang tinggal, nugget tengah digoreng, itupun kena beratur panjang 

Last-last, ambik bau je, bergerak balik..hahaha..pi makan nasi di lorong tepi Mydin. Sembang dengan seorang makcik dan anak-anak dia di meja sebelah, rupanya depa pun senasib juga, tak dapat makan di Street Raya. 

"Dah tertulis, rezeki kita makan nasi kat sini" kata makcik meja sebelah..Alhamdulillah.

Itu kisah hari Sabtu, Di bahagian atas, di Dataran Merdeka. Hari Ahad pergi lagi ke Dataran Merdeka. Di bahagian bawah pula. Ada jemputan kenduri di Crystal Wedding Hall, Restoran Warisan.

 pintu masuk dari tempat letak kereta

keluarga kedua-dua belah pengantin dengan tetamu
beratur, nak bergambar


Alhamdulillah, makanan sedap, tempat selesa. Tempat duduk banyak, memang boleh cater untuk tetamu yang datang ramai sekaligus. Dah makan, jom ronda-ronda kat bawah ni.


Restoran Warisan

ais krim al-haq di kedai depan restoran warisan

ais krim durian

Sedap ais krim durian D24. Gambar lama, di snap dalam bulan April tahun ni. Baru sekarang nak story.

 Sekian, kisah di hari minggu yang lalu. Dua event di tempat yang sama.

Sunday, 7 July 2019

Menjejak Tikus di Pavillion KL

Tikus di Pavillion? biar betik?

Betulll..tapi bukanlah tikus cit-cit, cencorot tu..ni tikus iconic, terkenal di seantero dunia, dah tua pun, dah 90 tahun umurnya.. yaa, sapa lagi kalau bukan si Mickey Mouse.

Mickey Mouse yang original
seluar merah, kasut kuning, sarung tangan putih
yang ni daripada 7,262 lego bricks

Kisah bulan Disember tahun lepas. Masa ni Pavillion berkolaborasi dengan Walt Disney celebrate 90 tahun umur Mickey Mouse.


Event di Pavillion ini membariskan 100 figurine Mickey Mouse yang diinspirasi dari tema tempatan #MYMickeyGoLocal. 

 teh tarik Mickey

Mickey jadi petani

comot - ABC Mickey

yang ni daripada Seungri, ex-BigBang 
(sebelum kontroversi skandal terhangat di Korea Selatan)
dia ada restoran di Pavillion, Aori Ramen

Masa kecik-kecik dulu memang enjoy tengok citer kartun Mickey Mouse sama geng-geng dia, Minnie Mouse, Donald Duck and Goofy. Sangatlah malar segar (evergreen) depa semua tu.

Till then, selamat berhujung minggu.

Tuesday, 2 July 2019

Sarawak Product Pavillion

Assalamualaikum...

Anda di Kuala Lumpur tapi teringin ikan terubuk masin, mengidam kuih sepit lemantak?
 
Usah khuatir, dapatkan produk-produk dari negeri Kenyalang di Sarawak Product Pavillion di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Lokasinya di sebelah pejabat pos Medan Tuanku. 

one-stop centre untuk produk-produk dari negeri Sarawak
 
Pelbagai produk ada dijual di sini. Cafe pun sudah dibuka. Nak makan mee kolok, laksa sarawak, bolehlah singgai di sini. Teman dah beberapa kali datang sini, sebab pergi pejabat pos di sebelah. Lepas tu cuci mata di sini. Masa tu cafe belum beroperasi lagi.

Jom tengok apa yang ada dijual di sini. Sesetengah produk makanan tak pernah tahu pun dan pertama kali tengok.

beg genggam bermanik

tikar dan tas tangan

 Produk makanan pulak, menarik..

 beli yang ni - kuih sepit lemantak
bukan melantak ye tapi lemantak (sagu)

 beli sebalang

dari Kota Samarahan

dijamin halal, produk keluaran muslim

Macam kuih sepit biasa tapi tepungnya keras sikit. Beri ofismate rasa, ada yang suka, ada yang kurang gemar.

Beli juga yang ni. Sate ikan lumek.

 produk dari Sebuyau

 sedap, macam sate ikan pulau pangkor

ikan lumek juga dibuat serunding & inti mini popia

sate ikan empirang produk orang Melanau

 Sate Tahai dari Lawas

 gula apong

lada hitam Sarawak

beras Bario

yang ni pun ada - tuak 

ikan terubuk masin, kuih kelupis dan paste durian

kali terakhir ke sini semasa cafe dah beroperasi. Hajat hati nak makan laksa Sarawak tapi dah habis, makan mee kolok je.

 Alhamdulillah

Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur, bolehlah singgah di sini beli produk keluaran negeri Sarawak. Dekat jer bah! tak perlu gi jauh-jauh naik belon. Original dari Sarawak. Jom sokong produk tempatan.