Anda di Kuala Lumpur tapi teringin ikan terubuk masin, mengidam kuih sepit lemantak?
Usah khuatir, dapatkan produk-produk dari negeri Kenyalang di Sarawak Product Pavillion di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Lokasinya di sebelah pejabat pos Medan Tuanku.
one-stop centre untuk produk-produk dari negeri Sarawak
Pelbagai produk ada dijual di sini. Cafe pun sudah dibuka. Nak makan mee kolok, laksa sarawak, bolehlah singgai di sini. Teman dah beberapa kali datang sini, sebab pergi pejabat pos di sebelah. Lepas tu cuci mata di sini. Masa tu cafe belum beroperasi lagi.
Jom tengok apa yang ada dijual di sini. Sesetengah produk makanan tak pernah tahu pun dan pertama kali tengok.
beg genggam bermanik
tikar dan tas tangan
Produk makanan pulak, menarik..
beli yang ni - kuih sepit lemantak
bukan melantak ye tapi lemantak (sagu)
beli sebalang
dari Kota Samarahan
dijamin halal, produk keluaran muslim
Macam kuih sepit biasa tapi tepungnya keras sikit. Beri ofismate rasa, ada yang suka, ada yang kurang gemar.
Beli juga yang ni. Sate ikan lumek.
produk dari Sebuyau
sedap, macam sate ikan pulau pangkor
ikan lumek juga dibuat serunding & inti mini popia
sate ikan empirang produk orang Melanau
Sate Tahai dari Lawas
gula apong
lada hitam Sarawak
beras Bario
yang ni pun ada - tuak
ikan terubuk masin, kuih kelupis dan paste durian
kali terakhir ke sini semasa cafe dah beroperasi. Hajat hati nak makan laksa Sarawak tapi dah habis, makan mee kolok je.
Alhamdulillah
Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur, bolehlah singgah di sini beli produk keluaran negeri Sarawak. Dekat jer bah! tak perlu gi jauh-jauh naik belon. Original dari Sarawak. Jom sokong produk tempatan.
Tak payah ke Sarawak
ReplyDeleteya betul..dah boleh beli di sini..
DeleteWah Boleh Lah singgah nanti.. memang menggamit krnangan Masa ke Sarawak dulu
ReplyDeleteoriginal dari Sarawak..
DeleteBAGUS TU BOLEH MERASA N BELI BNYAK PRODUK SERAWAK DI SINI
ReplyDeletemacam2 produk ada, byk yg baru pertama kali tengok..
DeleteOk set, kita kena save alamat dia dulu, menarik sangat ni, kuih cincin ada tak, my pevret tu.
ReplyDeletemcm takde jual kuih cincin...produk lain ada pelbagai..
Deletewahh...new place to explore..
ReplyDeletekita little rara pun tak try lagi...
byk tempat nak gi kt Jln TAR nih..yg ni, mi tarik silu, little rara, nasi kapau, restoran sederhana...kudu dh gi..hehe..
Deleteterima kasih tuan kerana berkongsi tentng Sarawak, makanan dan kedai.
ReplyDeletealhamdulillah
Alhamdulillah, senang nk beli, banyak jg barang yang dijual..
DeleteWaalaikumusalam! mesti pergi cari cafe ni nanti. Nak beli sate ikan dan lada hitam.
ReplyDeletesate ikan sedap..terbaik lada hitam sarawak..
DeleteKuih cincin jangan dilupa.
ReplyDeleteCantik bag genggam tu.
kuih cincin mcm takde dijual di sini...
Deleteya, cantik2 design beg..
hari tu x tahu kewujudan kedai ini. slps pi Sogo terus balik Dengkil. Kalau tak mmg singgah di sini la kejap..
ReplyDeletetak ramai yg tahu..dari Sogo dah dekat..
DeleteIkan terubuk masin Sarawak tu paling menarik pada cheq 😆
ReplyDeletemakan dgn nasi panas, mmg terbaikk..
DeleteKalau lajak ke KL, bolehlah menyinggah ke sini.. Menarik-menarik produk yang dijual..
ReplyDeletebanyak produk yg dijual..menarik jg..
DeleteNak pi Sarawak kena naik belon so pi sini je mudah.
ReplyDeleteTerpikatlah dengan clutch manik-manik tu
cantik2 clutchnya..kaler & design yg menarik..
Deletewaa..dah boleh merasa makanan sarawak wpun dok semenanjung.
ReplyDeleteyaa, authentic sarawakian foods..ada jual paste laksa sarawak..
Deletesedap tak mee kolok kat situ ?
ReplyDeletesedap jg..
Deleteteringin nk mkn mee kolok.. ramai org tak?
ReplyDeletetak ramai orang..mngkin ramai yg tk tahu..
DeletePkul brape premis ni start dan tamat waktu niaga ye....
ReplyDeleterasanya 10pagi - 5 petang..tk brp pasti..
Delete