Tuesday, 6 August 2019

Wisata ke Surabaya: Museum Angkut | Pasar Apung

Masih lagi di Kota Batu, Jawa Timur.

Destinasi seterusnya, satu tempat yang sangat menarik untuk berfoto-foto, wisata bersama famili dan temen-temen, untuk edutainment, iaitu Museum Angkut & Pasar Apung.


Museum Angkut di Kota Batu ini merupakan muzium pengangkutan yang pertama dan terlengkap di Asia, yang memuatkan lebih kurang 300 jenis kenderaan vintage dan moden, dari pengangkutan darat, air dan udara. Keluasannya 3.7 hektar, lebih kurang 9.14 ekar.

Jom beli tiket masuk, satu tiket untuk dua-dua tempat ni. Sebab pergi hari minggu, tiketnya IDR100,000. Untuk pelancong Warga Negara Asing (WNA), ada diskaun 20% tapi kena beli di pejabat pemasaran. Pejabatnya taklah jauh, dekat-dekat kaunter tiket tu juga. Dapatlah IDR80,000, kena bagi pasport dan mereka fotostat pasport. 

Harus diingat muzium ni dibuka pukul 12.00 tengahari hingga 8 malam. Jangan pi tunggu pukul 8.00 pagi, pergi pukul 11 takpe lagi, depa dah start jual tiket.

Disarankan ambil pamphlet untuk informasi dan juga memudahkan pergerakan sebab muzium ni ada banyak zon dan tema. Kami pakai belasah je tapi ikut route. Susunatur ruang pameran yang selesa, flowing dan tak complicated.


 motosikal & kapal terbang klasik

kereta kuda
 
me & the red car
 
Naik tingkat atas, bahagian beca, basikal, bot dan formula F1.


bot-bot klasik


kereta klasik


basikal klasik


Naik ke tingkat atas (bumbung), ada runway 27. Macam-macam jenis helikopter, ada juga Boeing 737 Garuda Indonesia.

pelancaran roket

Turun semula ke ground floor ke kawasan pecinan, Batavia 

kawasan pecinan Batavia

Di sini kawasan lama chinatown Jakarta

kebanyakan kenderaan beca & kereta kuda

Kawasan Sunda Kelapa Jakarta

Dah habis kawasan Indonesia, masuk pula kawasan US dan Eropah. Dimulai dengan Gangster Town ala-ala New York city.
 
Gangster Town


boleh sewa kostum gaun putih utk photo shoot

Ke bahagian Eropah pula.


Italy


Paris, France


Germany


London, England


Buckingham Palace, London


Besar gilak muzium angkut ni, tak terlarat rasanya nak explore semua. Ingatkan dah habis, ada lagi, Las Vegas dan Hollywood pulak.

kereta spiderman dan simulator

Bersambung ke Pasar Apung pula. Yang ni surrender, dah tak larat nak meronda semua, santai-santai saja. Cuma snap photo kawasan yang dekat-dekat je.

pasar apung yg diberi nama pulau-pulau di Indonesia

konsep yang menarik
setiap pulau jual cenderahati & kuliner yg berbeza

gerai jualan dalam bot
 
Rumah Pukis - menjual kuih pukis (primadona)
 
cuma beli aiskrim roti di sini. Cuaca panas.

 ais krim + roti = IDR 10,000
 gerai bot



ada fasiliti naik sampan keliling pasar apung ni
tapi tak jumpa jeti bot
 Restoran Cheng Ho

view Boeing 737 Garuda Indonesia di rooftop Museum Angkut
  
End of tour
 
Overall, memang berbaloi datang ke sini. Sila masukkan dalam itinerari anda kalau berwisata ke Surabaya. Bagi yang suka berphoto, berselfie, tempat ni memang heaven. Terlampau banyak photo spot. Kalau tak bawa power bank, usah risau, ada banyak charger points untuk charge hand phone dan kamera. 

Kalau nak tengok semua tempat, kenalah pi dari pukul 12 hingga tutup.  Memang tak sedar dua, tiga jam berlalu, sangat teruja dengan muzium ni. Kemudahan surau dan tempat makan ada di sini.

Check it out.

Monday, 5 August 2019

Wisata ke Surabaya : Waroeng Bamboe Lesehan

Sambung cerita travel ke Surabaya. Masih di Kota Batu di hari kedua.

Selesai memetik epal, pakcik driver angkot hantar kami ke Waroeng Bamboe untuk makan tengahari. Pakcik tu asyik promote restoran ni, harga yang tak murah, tak juga mahal, sedang-sedang saja. Makan sambil mendengar deruan air, melihat ikan berenang-renang, secara alami gitu. Siap beritahu makanan apa yang best di sini - gurame bakar asam manis, gurame bakar asam pedas. Terliuq den dengaq.

signboard Waroeng Bamboe

Lokasi warung ni di sempadan Desa Sidomulyo dengan Desa Bumiaji, dekat pintu gerbang ini. 


pintu gerbang ke Kecamatan Bumiaji
Waroeng Bamboe di sebelah kanan
 
Perut dah terasa lapar. Sarapan pagi cuma kek dan buah-buah epal saja (fresh dari the pokok). Waroeng Bamboe lesehan, makan secara bersila di atas lantai buluh beralas tikar mengkuang.


 
Ruang makan yang terbuka bersebelahan kolam ikan yang dipenuhi dengan japanese carp yang berwarna-warni. Deruan air dari batang paip masuk ke dalam kolam.


ruang makan dan kolam ikan


ikan koi berenang-renang
boleh beli makanan ikan di kaunter


air yang turun dari gunung


di bahagian lain

Kami order gurame bakar acar pedas, ayam rica-rica, plencing kangkung dan nasi putih. Air jus alpokat.


Alhamdulillah sedap semuanya
plencing kangkung tersilap order sampai 2..huhu..


Tenang dan damai makan di sini. Terasa macam berpiknik di tepi waterfall, dengan bunyi air, bunyi ikan berkocak dalam kolam. Terasa alami (nature) gitu.
 
Tak habis makan, bungkus bawa balik ayam rica-rica dan plencing kangkung. Jumlah semuanya IDR 193,600 (RM57) termasuk pajak 10% (tax).

Alhamdulillah, makan sudah, kita ke destinasi seterusnya di Kota Batu iaitu Museum Angkut dan Pasar Apung. Muzium ni buka pukul 12 tengahari. So, sedang elok je timing nya. Decided naik grab, tambang grab IDR 23,000 (RM6.80), tak termasuk parking.


Jalan Bukit Berbunga


nursery pokok-pokok bunga


Masjid Agung An-Nuur di pusat Kota Batu


Nak turun di pintu utama Museum Angkut, kena ambil tiket parking. Kata driver,dulu-dulu 15 minit yang pertama FOC, sekarang ni kena bayar IDR 8,000 ke 10,000.

Bersambung.

Sunday, 4 August 2019

Cerita Semalam : Pameran Artifak | Restoran Onde Onde

Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu..

Semalam, hari Sabtu, Alhamdulillah, teman dan mak berkunjung ke Pameran Artifak Rasullullah SAW dan para sahabat RA di pusat konvensyen PWTC. Pergi naik LRT, mudah.

jalan ikut bawah, malas nak ikut jejantas, jauh nak jalan

masuk ikut tepi Hotel Seri Pacific

lokasinya di tingkat 4

tiket masuk RM20

tak dibenarkan tangkap gambar dalam kwsn pameran

 dirasmikan oleh SS Mufti WP

Banyak juga artifak yang dipamerkan seperti kain kiswah penutup kaabah, kunci kaabah, permaidani di raudah, pedang2 dan rambut, serban, tongkat, bekas air Rasulullah. Sayu hati melihat barang-barang peninggalan Rasulullah saw dan para sahabat..tengok pedang, teringat kisah perang perjuangan membela dan menyebarkan agama Islam..sungguh besar pengorbanan mereka semua..

Allahumma solli a'la Sayyidina Muhammad, wa'ala ali Sayyidina Muhammad

Selesai melawat pameran, jalan-jalan, ronda-ronda di tingkat 4 ni, ada lukisan sejarah Malaysia. Dah banyak kali juga datang PWTC, tapi tak pernah lagi ke kawasan ni.

sejarah Malaysia

PM ke-2, Tun Abdul Razak

awan mendung

Dewan Merdeka


Dah habis ronda-ronda di pwtc, ke seberang pula, ke Sunway Putra Mall, nak makan tengahari. Donde? di Restoran Onde Onde, shairng Malaysian flavours.

full house


Terpikat dengan food presentation dalam buku menu. Cantik.


heritage, heritage, kesukaan


kuih-muih tempatan


dalam mangkut tingkat


acuan kuih ros/goyang


Order sizzling ikan asam pedas dan cendol gula melaka. Sementara tunggu makanan tiba, snap-snap dekorasi restoran. Snap sikit-sikit je, sebab mother dah jegil biji mata...hehe..

konsep tradisional Malaysia

kuih nyonya

cendol gula melaka + kacang merah
so-so je, cendolnya keras, belum sempurna de-freeze

nasi putih dengan ikan asam pedas & telur mata
sedap, habis licin dimakan

Secara keseluruhannya, oklah makan di sini. Belum mencoba yang lain-lainnya. Total kos RM47.30.