Sunday, 4 August 2019

Cerita Semalam : Pameran Artifak | Restoran Onde Onde

Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu..

Semalam, hari Sabtu, Alhamdulillah, teman dan mak berkunjung ke Pameran Artifak Rasullullah SAW dan para sahabat RA di pusat konvensyen PWTC. Pergi naik LRT, mudah.

jalan ikut bawah, malas nak ikut jejantas, jauh nak jalan

masuk ikut tepi Hotel Seri Pacific

lokasinya di tingkat 4

tiket masuk RM20

tak dibenarkan tangkap gambar dalam kwsn pameran

 dirasmikan oleh SS Mufti WP

Banyak juga artifak yang dipamerkan seperti kain kiswah penutup kaabah, kunci kaabah, permaidani di raudah, pedang2 dan rambut, serban, tongkat, bekas air Rasulullah. Sayu hati melihat barang-barang peninggalan Rasulullah saw dan para sahabat..tengok pedang, teringat kisah perang perjuangan membela dan menyebarkan agama Islam..sungguh besar pengorbanan mereka semua..

Allahumma solli a'la Sayyidina Muhammad, wa'ala ali Sayyidina Muhammad

Selesai melawat pameran, jalan-jalan, ronda-ronda di tingkat 4 ni, ada lukisan sejarah Malaysia. Dah banyak kali juga datang PWTC, tapi tak pernah lagi ke kawasan ni.

sejarah Malaysia

PM ke-2, Tun Abdul Razak

awan mendung

Dewan Merdeka


Dah habis ronda-ronda di pwtc, ke seberang pula, ke Sunway Putra Mall, nak makan tengahari. Donde? di Restoran Onde Onde, shairng Malaysian flavours.

full house


Terpikat dengan food presentation dalam buku menu. Cantik.


heritage, heritage, kesukaan


kuih-muih tempatan


dalam mangkut tingkat


acuan kuih ros/goyang


Order sizzling ikan asam pedas dan cendol gula melaka. Sementara tunggu makanan tiba, snap-snap dekorasi restoran. Snap sikit-sikit je, sebab mother dah jegil biji mata...hehe..

konsep tradisional Malaysia

kuih nyonya

cendol gula melaka + kacang merah
so-so je, cendolnya keras, belum sempurna de-freeze

nasi putih dengan ikan asam pedas & telur mata
sedap, habis licin dimakan

Secara keseluruhannya, oklah makan di sini. Belum mencoba yang lain-lainnya. Total kos RM47.30.

14 comments:

  1. Saya dah puluhan tahun tak pernah jejak kawasan sekitar PWTC... Sejak YAOHAN MALL lagi... skrg dah tukar jadi Sunway Putra Mall ya.

    Hmmm!nasi putih dgn asam pedas ikan nampak mmg menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tu..hihi..Yaohan dah bertukar dua,tiga kali..sekrg sunway putra mall..

      nasi tu sedap, cendol kureng..

      Delete
  2. Semoga kita tidak melupai perjuangan Rasullullah dan para sahabat

    ReplyDelete
    Replies
    1. perjuangan mereka sgt besar...semoga kita sentiasa mengingatinya..

      Delete
  3. Allahumma solli a'la Sayyidina Muhammad, wa'ala ali Sayyidina Muhammad 🤲🏻✨

    Pagi-pagi tengok gambaq cendol ais kacang tinggi macam tu, sejuk rasa badan cheq ni 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. sollu 'alan Nabi..

      ais kacang cendol..mmg best pekena time cuaca panas..

      Delete
  4. SUBHANALLAH PAMERAN ARTIFAK PENINGGALAN NABI SAW YANG SARAT SEJARAHNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap artifak yg dipamerkan merakam sirah Rasulullah saw...tak pernah bertemu, tengok barang2 peninggalan Rasulullah aaw mengundang rasa sayu..

      Delete
  5. Alaaaaa dah terlepas tarikh. Lain kali pergi PWTC nak jenguk lah restoren onde-onde tu macam best je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, akan ada lagi di tempat lain. Saya pun baru first time makan di sini, menarik jg resto nya..

      Delete
  6. Alaaa.... Tak perasan pula pasal pameran ini, kalau tak boleh bawa anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, dibuat tmpt lain jg..ramai kanak2..rombongan budak sekolah..

      Delete

  7. Allahumma solli a'la Sayyidina Muhammad, wa'ala ali Sayyidina Muhammad

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...