Selesai memetik epal, pakcik driver angkot hantar kami ke Waroeng Bamboe untuk makan tengahari. Pakcik tu asyik promote restoran ni, harga yang tak murah, tak juga mahal, sedang-sedang saja. Makan sambil mendengar deruan air, melihat ikan berenang-renang, secara alami gitu. Siap beritahu makanan apa yang best di sini - gurame bakar asam manis, gurame bakar asam pedas. Terliuq den dengaq.
signboard Waroeng Bamboe
Lokasi warung ni di sempadan Desa Sidomulyo dengan Desa Bumiaji, dekat pintu gerbang ini.
pintu gerbang ke Kecamatan Bumiaji
Waroeng Bamboe di sebelah kanan
Perut dah terasa lapar. Sarapan pagi cuma kek dan buah-buah epal saja (fresh dari the pokok). Waroeng Bamboe lesehan, makan secara bersila di atas lantai buluh beralas tikar mengkuang.
Ruang makan yang terbuka bersebelahan kolam ikan yang dipenuhi dengan japanese carp yang berwarna-warni. Deruan air dari batang paip masuk ke dalam kolam.
ruang makan dan kolam ikan
ikan koi berenang-renang
boleh beli makanan ikan di kaunter
air yang turun dari gunung
di bahagian lain
Kami order gurame bakar acar pedas, ayam rica-rica, plencing kangkung dan nasi putih. Air jus alpokat.
Alhamdulillah sedap semuanya
plencing kangkung tersilap order sampai 2..huhu..
Tenang dan damai makan di sini. Terasa macam berpiknik di tepi waterfall, dengan bunyi air, bunyi ikan berkocak dalam kolam. Terasa alami (nature) gitu.
Tak habis makan, bungkus bawa balik ayam rica-rica dan plencing kangkung. Jumlah semuanya IDR 193,600 (RM57) termasuk pajak 10% (tax).
Tak habis makan, bungkus bawa balik ayam rica-rica dan plencing kangkung. Jumlah semuanya IDR 193,600 (RM57) termasuk pajak 10% (tax).
Alhamdulillah, makan sudah, kita ke destinasi seterusnya di Kota Batu iaitu Museum Angkut dan Pasar Apung. Muzium ni buka pukul 12 tengahari. So, sedang elok je timing nya. Decided naik grab, tambang grab IDR 23,000 (RM6.80), tak termasuk parking.
Jalan Bukit Berbunga
SEDAPNYA MAKAN DALAM SUASANA ALAM INDAH SUKANYA TENGOK IKAN KOI BERWARNA WARNI BERENANG NYAMAN
ReplyDeletemasakan sedap ditambah dgn suasana damai, mmg nyaman bersantap di sini..
DeleteWah, jalan2 ke surabaya ye, best tuh.
ReplyDeleteAlhamdulillah, best, jjcm...
DeleteKat sana memang terkenal dengan ikan gurami (kaloi)
ReplyDeleteKat sini orang tak minat ikan ni
betul, ikan ni femes di Indonesia..ikan menari..
DeleteWah.. Cantiknya tempat makan.. Dikelilingi air dan ikan berenang-renang..
ReplyDeleteRasa tenang & mendamaikan tmpt makan ni..
DeleteSeronok berjalan dn makan makan org kan
ReplyDeleteMelihat tmpt orang..makan2 local foods..
DeleteHidangan tu nampak sedap! tambah-tambah makan di tempat mcm ni. Waduhhh! lepas makan terus baringlah...
ReplyDeleteEii! nursery bunga tu macam kat sungai buluh la... hahhaha.
betul..rasa nak baring je, lepak2 tengok ikan..
Deletesepjg jalan penuh dgn nursery bunga, cantik, warna-warni..ha'ah..mcm kt sungai buloh..