Thursday, 8 August 2019

Wisata ke Surabaya : Kota Malang

Masih lagi di hari kedua, Sabtu 20 Juli 2019. Tengah malam ni kami akan ke Bromo dari kota Malang, ambik pakej open trip dengan Abimanyu Tours.

Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat wisata di Kota Batu ni. Wisata alam dan juga tempat liburan ciptaan manusia. Antaranya Taman Labirin Coban Rondo, Jatim Park 1, 2 & 3, Batu Night Spectacular (BNS), Cafe Sawah, Goa Pinus Gunung Banyak.  Ada juga tempat-tempat berfoto berlatarbelakang alam persis di Jogja seperti Omah Kayu, Taman Langit, Coban Rais, pasti fotomu keren banget lagi ngehits..hehe..

Enggak punya masa untuk semua itu, kami harus bergerak ke Kota Malang. Dari Pasar Apung, ambik grab ke Kota Malang, lokasinya lebih kurang 15km ke timur laut Kota Batu. Malang dalam bahasa jawa, maknanya ''melintang". Agak macet nak masuk ke pusat kota Malang. Maklumlah hari liburan.

 Masjid Al-Mukhlis

Kampung Digital

fakulti teknik, Universitas Brawijaya

Di Kota Malang, booking bilik hotel di Riche Heritage Hotel, Jalan Basuki Rahmat, dapat rate RM80++ with breakfast. Lokasi hotel ni betul-betul di tengah-tengah kota Malang, depannya Sarinah Mall, di kanannya Alun-Alun Malang dan Masjid Jamik.

hotel warisan, dulunya berek askar Belanda

jubin lantai, biru putih

 Cafe Oey

koridor gaya kolonial Belanda

view bangunan belakang
 basic fasiliti, oklah untuk berehat, bersiap-siap sebelum ke Bromo
lantai jenis timber strip, wi-fi takde dlm bilik


Dah siap freshen up, solat and then, keluar meneroka Kota Malang di sisa-sisa hari Sabtu. Kena cepat, bergerak pantas sebab hari nak hampir gelap, dah dekat pukul 5 petang. Destinasi pertama, di sebelah kiri hotel, Toko Oen.

 cafe legendaris legasi Belanda


Jom masuk, datang sini cuma nak makan ais krim homemade, recep doloe-doloe, rekomendasi oleh food bloggers Malang. Order ais krim jagung.


Toko ni masih mengekalkan perabut gaya vintage dan klasik.

tempat nongkrong

biskut tempo doloe-doloe, bahasa belanda

ais krim jagung, IDR 45,000
 biashe-biashe je, takde le sedap sangat in my opinion

monumen Chairil Anwar dan Gereja Hati Kudus Yesus
lokasinya depan Toko Oen 
Chairil Anwar ialah tokoh sastera Indonesia (puisi)

OK, dah makan homemade aiskrim di Toko Oen (ticked). Kita ke Alun-Alun Malang, di seberang jalan, di sebelah kanan hotel. Sebaik saja menyeberang jalan, akan jumpa Gereja Immanuel dulu, kemudian Masjid Agung Jami' Kota Malang.

Masjid Agung Jami' Kota Malang

Depan Masjid Jami' ialah Alun-Alun Malang, satu kawasan rekreasi/riadah yang dipenuhi dengan orang ramai datang berehat. Sebab hari Sabtu, memang ramai orang di sini, bersantai-santai.

tempat tumpuan ramai

Di sekitar Alun-Alun Malang ada banyak tempat belanja, pusat oleh-oleh dan pusat camilan. Belum beli apa-apa souvenirs untuk dibawa pulang, terus saja ke pusat camilan milik koperasi pos Malang. Beli macam-macam kripik - kripik epal, bakso, nangka, tempe.

kereta berhias

Selepas membeli-belah kripik, berjalan ke arah utara pula. Sebenarnya mencari fridge magnet. Tengok rame yang berjualan jajan jalanan.

Sempol

cilok daging urema

Sampai di Matahari Department Store Mitra Malang di Jalan Agus Salim. Ada jual kuih terang bulan, lebih kurang macam apam balik. Tapi intinya lain, ada pisang kismis, pisang keju, keju mesis, kacang mesis, mesis ni coklat rice. Harga yang paling murah IDR35,000, yang paling mahal IDR50,000.


Ada jual kuih pukis juga, beli yang special - IDR 5,000 satu

enak banget kuih ni, perisa coklat
 
 kuih pukis. Femes kuih ni di Indonesia
Kat Malaysia ada yang panggil kuih primadona
 
Menyeberang jalan, menuju ke Sarinah mall. On the way, nampak gerai Soto Ayam Kampung ni. Macam sedap je, murah pulak tu, IDR 10,000 je.

berjualan soto dan sate
 
soto ayam kampung, enak banget
soto di Indonesia campur nasi putih, rasa sedap
yang di Malaysia, tak lalu makan

Dah makan, nampak pusat oleh-oleh LuVon ni, masuk tengok dan beli lagi kripik serta bakpao. Rambang mata, rasa nak beli semua kripik buah..huhu..

pusat oleh-oleh khas Malang

Bergerak ke Sarinah mall, lintas hormat je sebab nak ke hotel

Sarinah mall, shopping complex tertua di Malang

Dah masuk hotel, kemas-kemas beg. Berehat sekejap, whatsapp dengan Abimanyu, depa cakap nak datang jemput pukul 11.00 malam. Hari masih awal lagi, sebab pukul 5.30 dah gelap, dah masuk waktu Maghrib. 

Sambil baring-baring atas katil, teringat nak beli KFC di Sarinah. Ada masa lagi sementara tunggu driver. Beli ayam goreng je, tapau.
 
 KFC Sarinah Mall, Malang

Balik dari KFC, singgah Gramedia di sebelah hotel, tengok ada sale. Gramedia kedai stationary yang popular di Indonesia. Menarik juga barang-barang di Gramedia ni tapi tak beli apa-apa.

Balik makan ayam goreng KFC, enak bangett, terasa rempah-ratusnya compared dengan yang Malaysian, my opinion. Then, bersiap-siap untuk check-out. Hotel bagi bekal sandwich, sebab kami tak breakfast pagi esok. Sebelum tu bagi kat depa bekas air untuk isi air panas. Overall, memang bagus lah pekerja-pekerja front office dan guard di hotel ni. Friendly, depa pun sama-sama tunggu sampai driver datang.

Pukul 11.40 malam, driver Abimanyu tiba dengan MPV 10-seater.

End of the day at Riche Heritage Hotel. The beginning of Bromo journey.

Tuesday, 6 August 2019

Wisata ke Surabaya: Museum Angkut | Pasar Apung

Masih lagi di Kota Batu, Jawa Timur.

Destinasi seterusnya, satu tempat yang sangat menarik untuk berfoto-foto, wisata bersama famili dan temen-temen, untuk edutainment, iaitu Museum Angkut & Pasar Apung.


Museum Angkut di Kota Batu ini merupakan muzium pengangkutan yang pertama dan terlengkap di Asia, yang memuatkan lebih kurang 300 jenis kenderaan vintage dan moden, dari pengangkutan darat, air dan udara. Keluasannya 3.7 hektar, lebih kurang 9.14 ekar.

Jom beli tiket masuk, satu tiket untuk dua-dua tempat ni. Sebab pergi hari minggu, tiketnya IDR100,000. Untuk pelancong Warga Negara Asing (WNA), ada diskaun 20% tapi kena beli di pejabat pemasaran. Pejabatnya taklah jauh, dekat-dekat kaunter tiket tu juga. Dapatlah IDR80,000, kena bagi pasport dan mereka fotostat pasport. 

Harus diingat muzium ni dibuka pukul 12.00 tengahari hingga 8 malam. Jangan pi tunggu pukul 8.00 pagi, pergi pukul 11 takpe lagi, depa dah start jual tiket.

Disarankan ambil pamphlet untuk informasi dan juga memudahkan pergerakan sebab muzium ni ada banyak zon dan tema. Kami pakai belasah je tapi ikut route. Susunatur ruang pameran yang selesa, flowing dan tak complicated.


 motosikal & kapal terbang klasik

kereta kuda
 
me & the red car
 
Naik tingkat atas, bahagian beca, basikal, bot dan formula F1.


bot-bot klasik


kereta klasik


basikal klasik


Naik ke tingkat atas (bumbung), ada runway 27. Macam-macam jenis helikopter, ada juga Boeing 737 Garuda Indonesia.

pelancaran roket

Turun semula ke ground floor ke kawasan pecinan, Batavia 

kawasan pecinan Batavia

Di sini kawasan lama chinatown Jakarta

kebanyakan kenderaan beca & kereta kuda

Kawasan Sunda Kelapa Jakarta

Dah habis kawasan Indonesia, masuk pula kawasan US dan Eropah. Dimulai dengan Gangster Town ala-ala New York city.
 
Gangster Town


boleh sewa kostum gaun putih utk photo shoot

Ke bahagian Eropah pula.


Italy


Paris, France


Germany


London, England


Buckingham Palace, London


Besar gilak muzium angkut ni, tak terlarat rasanya nak explore semua. Ingatkan dah habis, ada lagi, Las Vegas dan Hollywood pulak.

kereta spiderman dan simulator

Bersambung ke Pasar Apung pula. Yang ni surrender, dah tak larat nak meronda semua, santai-santai saja. Cuma snap photo kawasan yang dekat-dekat je.

pasar apung yg diberi nama pulau-pulau di Indonesia

konsep yang menarik
setiap pulau jual cenderahati & kuliner yg berbeza

gerai jualan dalam bot
 
Rumah Pukis - menjual kuih pukis (primadona)
 
cuma beli aiskrim roti di sini. Cuaca panas.

 ais krim + roti = IDR 10,000
 gerai bot



ada fasiliti naik sampan keliling pasar apung ni
tapi tak jumpa jeti bot
 Restoran Cheng Ho

view Boeing 737 Garuda Indonesia di rooftop Museum Angkut
  
End of tour
 
Overall, memang berbaloi datang ke sini. Sila masukkan dalam itinerari anda kalau berwisata ke Surabaya. Bagi yang suka berphoto, berselfie, tempat ni memang heaven. Terlampau banyak photo spot. Kalau tak bawa power bank, usah risau, ada banyak charger points untuk charge hand phone dan kamera. 

Kalau nak tengok semua tempat, kenalah pi dari pukul 12 hingga tutup.  Memang tak sedar dua, tiga jam berlalu, sangat teruja dengan muzium ni. Kemudahan surau dan tempat makan ada di sini.

Check it out.