Semalam hari Sabtu, saya, mak dan kakak berkunjung ke event yang berwarna-warni, berbunga-bunga - Royal Floria Putrajaya 2019. Mother of Gardens. Orchids & Bonsai. Tema tahun ni ialah bunga orkid dan juga bonsai.
Lokasi Royal Floria 2019 ialah di Taman Botani Putrajaya, Presint 1. Luas taman botani ni 93 hektar termasuk tasik. Taman ni dah sememangnya cantik dengan landskap, bertambah-tambah cantik bila diserikan pelbagai dekorasi, bunga-bunga dan pop-up taman.
Bertolak dari KL pukul 8.00 pagi, guna Maju Expressway, sampai di Putrajaya pukul 8.40 pagi. Tengok dah ramai orang, rupanya ada Floria Fun Run 2019.
pokok bunga ati-ati
Nak menyampai ke kaunter tiket, lalu di gerai-gerai menjual pelbagai pokok-pokok, ada pokok bunga, pokok herba, pokok kaktus, pokok ulam-ulaman. Pokok orkid yang paling banyak dijual.
Bayaran masuk untuk warganegara Malaysia ialah RM5.00, warga emas RM3.00. Dibuka pukul 10.00 pagi, terpaksalah menunggu, jam baru pukul 9.00 pagi. Kaunter tiket pun belum dibuka, Sementara menunggu, godek-godek website Floria, beli tiket online sebab malas nak beratur.
Dah 10.00 pagi. Jom kita beriang-ria di Royal Floria. Pertama kali ke event ini dan juga Taman Botani Putrajaya. Event yang menempatkan pelbagai jenis pop-up taman dari negeri-negeri, pihak berkuasa tempatan, universiti-universiti. Yang pertama ditempuh ialah Pahang Royal Garden.
Pahang Royal Garden ditepi tasik
Berjalan di atas platform kayu, kelihatan sekawan itik berenang riang.
Landskap taman oleh universiti-universiti tempatan
Berjalan lagi mengikut jalan landai. Tak naik bukit-bukit di sebelah kanan, tak larat.
pop-up garden by Majlis Bandaraya Petaling Jaya
beli air kelapa, duduk minum di tepi tasik di pameran Community Garden ni
Community Garden oleh kejiranan Presint 1 kot, tak ingat
untuk kanak-kanak, ada juga basikal untuk disewa
batu bersurat Terengganu
garden by DBKL ..tempua bersarang rendah
Avillion Sepang dari tempurung kelapa
Pameran di kawasan landai, di tepi tasik berakhir di sini. Kena naik bukit untuk ke kawasan pameran yang lain. Berehat dulu.
kawasan foodtruck berjualan
Mother dah tak larat, so berpatah balik ke tempat buggy.
gerai-gerai
Alhamdulillah, dapat naik buggy. Tambang RM5.00.
pemandangan dari atas buggy
buggy naik bukit ke kawasan FAMA
di sini semua penumpang kena turun. Kawasan FAMA ada jualan buah-buahan dan juga foodtruck. Ramai yang makan durian, air kelapa muda dan buah-buahan lain. Kerusi meja di sediakan di kawasan redup di bawah pokok-pokok. Ada juga cafe dan servis refleksologi. Kami cuma beli keropok lekor dan makan di Taman Pepanjat (Vineyard Garden). Sejuk dan nyaman..
tengok ada signage Rose Garden. On the way ke Rose Garden, ada rumah ahli sihir..haha..ahli sihir omputih. Siap ada periuk rebusan..hihi..
rumah ahli sihir
Mother malas nak teruskan perjalanan, berpatah balik, nak cari toilet. Sister ikut mother. saya teruskan perjalanan ke Rose Garden.
laluan ke Rose Garden
sampai di sini je, tak gi pun Rose Garden
Berpatah balik ke tempat tunggu buggy. Lama gak tunggu buggy. Orang semakin ramai. kena berebut ni, kalau tak kena tunggu lagi lama.
buggy
Pukul 12.30 tengahari baru sampai satu buggy. Alhamdulillah, dapat tempat duduk.
Dah malas nak jalan-jalan lagi, kena naik bukit kalau nak tengok pameran yang lain-lain, kami pun bergerak pulang. Sebelum balik, makan di khemah yang menempatkan gerai-gerai jualan makanan.
Secara keseluruhan, menarik juga event Floria ni. Cuma cuaca yang berjerubu memanaskan keadaan. Kalau pergi di waktu malam, lagi menarik, ada pesta lampu, ada pameran lampu stail Avatar.
In shaa Allah, tahun depan boleh ke Floria lagi.