Tuesday, 3 September 2019

Hari Keluarga @ FRIM, Kepong

Hari Ahad yang lepas, 25 Ogos, company ada buat 'family outing' di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.

Walaupun dah lama duduk di Lembah Kelang, inilah pertama kali teman menjejakkan kaki di FRIM. Alhamdulillah, company buat event di sini, kalau tidak, tak pergi jugalah nampaknya. Sungguh not a nature lover..hihi..


FRIM sits on a 545-ha site adjacent to the Bukit Lagong Forest Reserve in the Kepong municipality, 16 km northwest of Kuala Lumpur.It was officially declared as a National Heritage on 10 May 2012. FRIM is working towards attaining the recognition as a UNESCO World Heritage Site

Walaupun pada pagi hari kejadian tu, hujan turun dengan lebatnya, Alhamdulillah, dekat-dekat pukul 8.00, hujan dah surut, cuma renyai-renyai. Teman pun dengan bersemangat waja, keluar rumah,  walaupun mak bising, hujan-hujan ni nak main apa nya. kat sana mungkin tak hujan, mak...cenggitu, think positive..hehe..sebenarnya, hati dah meronta-ronta nak pi, nak tengok FRIM tu macamana..
 
Bayaran masuk ke FRIM cuma RM1.00 je, kalau bawa kereta charge RM5.00. Sebab ada sticker, masuk percuma. Dah masuk kawasan FRIM, sesat gak dalam tu, pusing-pusing nak cari tempat event. Besar, weh, walaupun dah print peta layout, dua kali round jugalah pusing, baru jumpa.

peta layout FRIM

tempat event - wakaf 4 Kampung Jawa

Di sepanjang jalan, tengok banyak company buat hari keluarga disini, macam-macam warna t-shirt ada, merah, oren, biru. Teman pulak tak tahu t-shirt sport club warna apa, sebab t-shirt belum dapat, kat sini baru depa bagi. Masa lalu-lalang depan ni, tak berapa cam, nampak 'bunting' tu je ada tulis nama company..

Alhamdulillah, sampai juga, walaupun dah lambat. Event dah start lama, acara zumba dan event untuk kanak-kanak dah habis. 

mari ber-zumba

mereka yang datang awal


dikelilingi pokok-pokok menjulang tinggi
 ni acara apa tah, fokus kat background belakang je

lari dalam guni


berdua lebih baik
 
 gorila walk


 teman main game ni je - the mummy
passing tepung dalam pinggan kertas, junjung atas kepala
group yang hujung sana tu, dapat tempat kedua
Alhamdulillah

Depan tempat event ni, ada tempat bermandi-manda, tempat perkelahan Sungai Kroh, namanya. Budak-budak lepas main, aktiviti bersiram di sini pulak.


bestnya

penuh kehijauan

dah selesai semua, masa untuk meneroka khazanah hutan. 

laluan ke air terjun

best juga air terjun ni, kawasan landai

batu berlumut

kawasan piknik
 
Best juga FRIM ni, macam-macam aktiviti boleh buat disini - jogging, bird watching, jungle trekking - belum explore lagi. Kena pi lagi lah nampaknya..

bye-bye FRIM
Ada masa, ketemu lagi

38 comments:

  1. Bestnya frim, tak pernah sampai lagi tempat ni, walaupun mmg tingin lama dah nak pegi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best frim ni..bawa family beraktiviti di sini mmg nyaman..

      Delete
  2. Teringin betul nak jejak sini masa tengah sibuk buat final year project zaman diploma dulu. Tapi, tak terpergi pun. Memang best bila dapat pergi tengok alam ni. Rasa tenang pun ada. Bagus juga macam aktiviti dia ada buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tu impian tak tercapai lg..huhu..mmg best, suasana nyaman...mcm2 aktiviti boleh buat, sesuai utk seisi keluarga..

      Delete
    2. Ha,ah memang lama sangat impian tu. Hahaha.. Entah bilalah dapat jejak ke sana. Menarik juga tu bila tengok macam aktiviti ada.

      Delete
    3. In shaa Allah, one fine day akan sampai jg di sini..

      Delete
  3. FRIM NI MEMANG CANTIK TEMPATNYA LANSKAP SESUAI UTK EVENT APA2 HUTANNYA BERSIH TERJAGA

    ReplyDelete
  4. Happeningnya buat family day kat sini macam-macam aktiviti boleh buat.
    Pernah sampai sini teman Mr. A main bola tapi dah lama sangat dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jg buat family day di sini, byk aktiviti sampingan..
      ooo...dah pernah sampai, akk baru first time..hihi..

      Delete
  5. ammi suka gak aktiviti gini...tp office kekecik ni manalah ada family day bagai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat outing/gathering keluarga di sini...kanak2 seronok, org tua pun seronok..

      Delete
  6. Baru tahu.. Best dan menarik juga buat aktiviti kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik sbb ada mcm2 aktiviti..mandi sungai yg best..

      Delete
    2. mandi sungai tu memang yang paling bestlah kan.. hehehe..

      Delete
    3. budak2 yg seronok bebenor..

      Delete
  7. Happeningnya... ngam bawa family utk join..
    teringin nak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dari dulu, tapi tulah tiap kali balik sana tak sempat.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best..beriadah sambil melihat kehijauan alam...akk yg duk KL pun baru pertama kali ke sini..hahaha..

      Delete
    2. Haha.. tulah kan Kak..bila tempat dekat rasa susah sgt nak pegi.. hehe.
      Salam hujung minggu.. :)

      Delete
    3. betul..hehe..selamat bercuti 3 hari..

      Delete
  8. nice. alam semulajadi yang indah.. done follow sini.

    ReplyDelete
  9. Pernah juga plan nak kesini... Tapi tak kesampaian lagi... mmm... bila la agaknya nak jejak kaki kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gi tmpt mcm ni mmg kena plan - nak piknik ke, nk jogging ke...
      boleh je gi terjah..just jalan2..

      Delete
  10. Bestnya Frim! Memang seronok buat aktiviti family or enjoy dengan kawan2 dekat sini. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktiviti outdoor disini mmg best..suasana hutan yg nyaman..

      Delete
  11. Kak Feni tak pernah sampai lagi sini. Plan plan tapi no action. Last2 mereput di rumah. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekdg time cuti rasa malas nak gi tempat2 mcm ni..melepak, melepek, mereput kt rumah lg best..layan medsoc, tgk drama korea..tak sedar dah tengahari..hehe..

      Delete
  12. wahh cantik juga tempat ni. ada tempat aktiviti disediakan rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk jg tempat utk main games telematch, ramai yg buat family day haritu...cantik alam semulajadi..

      Delete
  13. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU NOHAS

    ReplyDelete
  14. Dah berkurun tak menyertai aktiviti begini. Dah tak kerja... nak buat hari keluarga sendiri plak, keluarga tak besar adalah 'dua kerat'... hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun jrg join game2 telematch..amik game yg selamat, tak kena lari2..segan jg dah tua2 ni..hehe..

      Delete
  15. Tahniah KakNO dapat tempat kedua dalam game tepung 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq, Alhamdulillah..habis berlemoih dgn tepung..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!