Tuesday, 29 October 2019

Rezeki Secupak Takkan Jadi Segantang

Assalamualaikum..selamat bekerja semua...

Di hari baru ni, jom kita merenung ke belakang, menafsir peribahasa Melayu.

Rezeki Secupak Takkan Jadi Segantang

Maksud: Perkara atau benda yang sudah tetap, tidak dapat diubah lagi.

Ada orang kata peribahasa ni pesimis, negative thinking. Jika kita berusaha, In shaa Allah, rezeki akan bertambah. Tapi hal rezeki sudah ketentuan dari Ilahi. Walau sekuat mana kita berusaha, jika sudah takdirnya rezeki sebanyak itu tidak akan bertambah atau berkurang..

So, bagaimana bentuknya secupak dan segantang tu? yaa..boleh dilihat di Muzium Negara. Semalam cuti, gi melawat Muzium Negara...lawatan sambil belajar..bawa anak-anak saudara..
 
 No. 3 tu Secupak dan No. 4 ialah Segantang

Yang no. 1 tu dipanggil Kal dan no. 2 ialah Ling


Sedap pulak nama sukatan zaman dahulu kala..Ling, Kal. Kalaulah dikekalkan sampai sekarang, membeli-belah rasanya bertambah meriah, mesra-mesra gitu..ling, ling, kal, kal..hihi..

Lunch time!! jom pi makan.

Monday, 21 October 2019

Birthday Celebration

Hari Selasa 15 Oktober yang lalu,  ada majlis makan-makan di pejabat sempena meraikan hari lahir Chairman yang ke 80. Belated birthday party. Tarikh yang sebenar pada 13 Oktober, tapi sebab jatuh hari Ahad, company buat sambutan hari Selasa. Hari Isnin, ramai big boss takde.

coklat biasa & coklat putih

perkenalkan my Chairman
the standing cut-out..soo real..

 buah2an and biscuits

kuih koci & buah-buahan

deko-deko. yg standing cut-out tu my Chairman 
masa time study kt UK, hockey player

sate & mee rebus

birthday cake

Chairman tengah bagi ucapan

sedang bercerita perjalanan karier dan
penubuhan company pada tahun 1976

Dah 80 tahun usia my Chairman. Seorang yang banyak pengalaman hidup.

My Chairman ni ada sikit iras-iras pelakon Dato Rahim Razali. Suara pun dekat2 sama..husky. Semoga Allah memberkati kehidupan my Chairman..

Wednesday, 16 October 2019

Balai Seni Negara

Dah sampai, jomlah masuk!

Di hari saya melawat rumah degil di Balai Seni Negara, teringin juga nak masuk bangunan ni, nak tengok pameran di sini. Ini lah pertama kali masuk ke galeri seni peringkat nasional. Sebelum ni dah masuk dua, tiga galeri seni milik korporat  dan persatuan seperti Galeri Seni Petronas, Prima (NST), Ruang (Thinkcity).

Walaupun dah saban kali lalu-lalang di Jalan Tun Razak, tak pernah terdetik di hati nak singgah balai seni ni. Akhirnya, disebabkan rumah degil, kita singgah..

 lambang mata - mata melihat, mata memandang, mata segalanya
*non-politically related..bhahaha..

Nak kata minat seni tu, takdelah sangat. Bukanlah orang seni. Kerja pun teknikal, bukan sains dan juga bukan art. Bila tengok hasil seni di sini, rasa kagum dengan kreativiti dan daya pena'akulan pengkarya-pengkarya...let's get artsy!!

 One drop by Aznan Omar

Islam is peace by Gregory Pototsky


Klirieng - tiang berukir, yang ni pernah tengok di Kampung Budaya Sarawak
rasanya di rumah Bidayuh

Jom masuk ke dalam bangunan, don't worry, ada eskalator

 pintu masuk utama

Di sebelah kanan, ada meja reception, boleh dapatkan maklumat dan brochures mengenai pameran yang sedang berlangsung. Masa pergi haritu, ada empat exhibition. Kemudian ditampal transparent sticker di tangan. Jom masuk!! Masuk adalah percuma.

si Mona tersenyum misteri

arkib senarai pameran dalam bentuk digital (touch screen)


 bamboo rice tu lemang rupanya
 
 patchwork dgn tajuk Serabai II


baju wanita Palestin

Ok ke ruang pameran yang sedang berlangsung - Reka Malaysiaku


pameran industrial design


pelbagai ciptaan pencipta tempatan


design terbaru kereta Proton

Tak berlama-lama, ke satu lagi pameran tajuknya Kita Sama, kolaborasi dengan UiTM Perak.



Yang ni pula pameran solo Ismail Zain (arwah), mantan pengarah Balai Seni Lukis Negara. Tajuknya (Mem)BAYANG MAKSUD Foreboding Purpose


lalat pun boleh jadi objek seni

Berakhir di sini saja, malas pula nak ke satu lagi exhibition di bangunan sebelah, yang dekat rumah degil.

Overall, menarik juga Balai Seni Lukis Negara, tempat untuk berimaginasi dan berilusi. Berfikir di luar kotak!