Wednesday, 16 October 2019

Balai Seni Negara

Dah sampai, jomlah masuk!

Di hari saya melawat rumah degil di Balai Seni Negara, teringin juga nak masuk bangunan ni, nak tengok pameran di sini. Ini lah pertama kali masuk ke galeri seni peringkat nasional. Sebelum ni dah masuk dua, tiga galeri seni milik korporat  dan persatuan seperti Galeri Seni Petronas, Prima (NST), Ruang (Thinkcity).

Walaupun dah saban kali lalu-lalang di Jalan Tun Razak, tak pernah terdetik di hati nak singgah balai seni ni. Akhirnya, disebabkan rumah degil, kita singgah..

 lambang mata - mata melihat, mata memandang, mata segalanya
*non-politically related..bhahaha..

Nak kata minat seni tu, takdelah sangat. Bukanlah orang seni. Kerja pun teknikal, bukan sains dan juga bukan art. Bila tengok hasil seni di sini, rasa kagum dengan kreativiti dan daya pena'akulan pengkarya-pengkarya...let's get artsy!!

 One drop by Aznan Omar

Islam is peace by Gregory Pototsky


Klirieng - tiang berukir, yang ni pernah tengok di Kampung Budaya Sarawak
rasanya di rumah Bidayuh

Jom masuk ke dalam bangunan, don't worry, ada eskalator

 pintu masuk utama

Di sebelah kanan, ada meja reception, boleh dapatkan maklumat dan brochures mengenai pameran yang sedang berlangsung. Masa pergi haritu, ada empat exhibition. Kemudian ditampal transparent sticker di tangan. Jom masuk!! Masuk adalah percuma.

si Mona tersenyum misteri

arkib senarai pameran dalam bentuk digital (touch screen)


 bamboo rice tu lemang rupanya
 
 patchwork dgn tajuk Serabai II


baju wanita Palestin

Ok ke ruang pameran yang sedang berlangsung - Reka Malaysiaku


pameran industrial design


pelbagai ciptaan pencipta tempatan


design terbaru kereta Proton

Tak berlama-lama, ke satu lagi pameran tajuknya Kita Sama, kolaborasi dengan UiTM Perak.



Yang ni pula pameran solo Ismail Zain (arwah), mantan pengarah Balai Seni Lukis Negara. Tajuknya (Mem)BAYANG MAKSUD Foreboding Purpose


lalat pun boleh jadi objek seni

Berakhir di sini saja, malas pula nak ke satu lagi exhibition di bangunan sebelah, yang dekat rumah degil.

Overall, menarik juga Balai Seni Lukis Negara, tempat untuk berimaginasi dan berilusi. Berfikir di luar kotak!

32 comments:

  1. setakat ni belum ada anak2 yg tunjuk minat ke arah seni...kalau ada sronok gak bawak dorangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jg aktiviti utk kanak2 di luar bangunan, dalam bas...masa pergi haritu dah tutup, tak dpt nak skodeng kt dalam..

      Delete
  2. Macam2 ada dlm tu ye.. suka tgk lukisan2..
    Belum pernah sampai ke sini.. klu ada kesempatan nak jg pergi nti.. sy minat seni,tapi tak berseni... camno tu?? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. seni tu subjektif, abstract...mngkin bagi kita tak berseni, org lain pandang ada nilai2 seni..huhu..

      selalunya ada 2,3 exhibition serentak...

      Delete
  3. Replies
    1. Ya, betul..terutama pameran reka Malaysian..

      Delete
  4. Rasanya zaman sekolah dulu kot pernah sampai sini hahahaaa lama giler dah
    Sekali-sekala let's get artsy!! memang sangat berilusi jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk lagilah, tak pernah pi..ini pertama kali..best jg tengok karya seni..tenang minda..

      Delete
  5. macam-macam ada rupanya kat dalam tu

    ReplyDelete
  6. sgt sesuai la gi sini utk hayati seni lukis dsb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. peminat seni sgt sesuai ke sini..mcm2 ada..

      Delete
  7. Masa umo dua puluhan dulu saya suka juga 'meneroka' ke rumah2 seni ni... tp dah tua2 ni tak 'mampu' dah... masuk tempat2 gini kena banyak memerah otak dan berfikir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy jrg gi galeri seni, sbb kurang minat.. pening gak nk fikir motif yg nk disampaikan.. esp. yg abstract..

      Delete
  8. Wow! Menariknya! Teringin nak pergi ni. Masih berlangsung lagi ke pameran ni Kak Nohas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg Ismail Zain masih ada.. yg 3 lg tak pasti bila tarikh akhir..

      Delete
  9. Kenapa "rumah degil" ye... Teman belum lagi berkesempatan ke sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu digelar 'degil' sbb masih bertahan diapit oleh bangunan2 kedai di jln chow kit (lokasi lama)

      Delete
  10. Berbayar ke nak masuk? Berama rm?

    ReplyDelete
  11. salam, sy suka pergi tempat mcm ni..dari remaja lg mmg hobi p tmpat pameran mcm ni..tp skrg anak kecik2 takut menganggu org kita pun xboleh nk focus kan...tq singgah blog sy yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..tq singgah sini..
      bils snsk2 dsh besar, bolehlah bawa mereka ke galeri sini, mungkin mereka ada minat yg sama dgn mak nya..

      Delete
  12. JM dah masuk tengok semua pameran setiap tingkat tu..best jgk...pastu gatal tgn dok main touch screen tu hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan..jln2 tengok lukisan, tengok pameran...mmg layan touch screen tu..akk pun sama..hehehe..

      Delete
  13. CANTIK SANGAT SEMUA HASIL SENI YG DIPAMERKAN

    ReplyDelete
  14. lama sangat dah tak pergi sini.. dulu masa study ada pegi jenguk gak every few months..
    ada kawan yang suka pi gallery. kita teman jele..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka yg minat mmg suka gi galeri..akk baru pertama kali ke sini..huhu..

      Delete
  15. Bestkan tengok hasil-hasil pemikiran orang seni yang dipersembahkan dalam bentuk visual macam tu, macam-macam bentuk dan rupa ada haa 🧐

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 tak tercapai akalku tengok hasil seni...sungguh kreatif & inovatif..

      Delete
  16. tempat yang kalau kita masuk, imaginasi kita akan jadi sangat luar biasa.. menafsir dan membayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memaksa otak kita berfikir..kita yg berfikiran straightforward ni, kekdg rasa apa yg dihasilkan tu tak logik dgn tema...haha..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!