Friday, 1 November 2019

Tok Aji Serban

Salam Jumaat...

Baru tahu hari ni yang kuih ni orang Terengganu panggil Tok Aji Serban..


Kuih pulut sekaya @ caramel

Tuesday, 29 October 2019

Rezeki Secupak Takkan Jadi Segantang

Assalamualaikum..selamat bekerja semua...

Di hari baru ni, jom kita merenung ke belakang, menafsir peribahasa Melayu.

Rezeki Secupak Takkan Jadi Segantang

Maksud: Perkara atau benda yang sudah tetap, tidak dapat diubah lagi.

Ada orang kata peribahasa ni pesimis, negative thinking. Jika kita berusaha, In shaa Allah, rezeki akan bertambah. Tapi hal rezeki sudah ketentuan dari Ilahi. Walau sekuat mana kita berusaha, jika sudah takdirnya rezeki sebanyak itu tidak akan bertambah atau berkurang..

So, bagaimana bentuknya secupak dan segantang tu? yaa..boleh dilihat di Muzium Negara. Semalam cuti, gi melawat Muzium Negara...lawatan sambil belajar..bawa anak-anak saudara..
 
 No. 3 tu Secupak dan No. 4 ialah Segantang

Yang no. 1 tu dipanggil Kal dan no. 2 ialah Ling


Sedap pulak nama sukatan zaman dahulu kala..Ling, Kal. Kalaulah dikekalkan sampai sekarang, membeli-belah rasanya bertambah meriah, mesra-mesra gitu..ling, ling, kal, kal..hihi..

Lunch time!! jom pi makan.

Monday, 21 October 2019

Birthday Celebration

Hari Selasa 15 Oktober yang lalu,  ada majlis makan-makan di pejabat sempena meraikan hari lahir Chairman yang ke 80. Belated birthday party. Tarikh yang sebenar pada 13 Oktober, tapi sebab jatuh hari Ahad, company buat sambutan hari Selasa. Hari Isnin, ramai big boss takde.

coklat biasa & coklat putih

perkenalkan my Chairman
the standing cut-out..soo real..

 buah2an and biscuits

kuih koci & buah-buahan

deko-deko. yg standing cut-out tu my Chairman 
masa time study kt UK, hockey player

sate & mee rebus

birthday cake

Chairman tengah bagi ucapan

sedang bercerita perjalanan karier dan
penubuhan company pada tahun 1976

Dah 80 tahun usia my Chairman. Seorang yang banyak pengalaman hidup.

My Chairman ni ada sikit iras-iras pelakon Dato Rahim Razali. Suara pun dekat2 sama..husky. Semoga Allah memberkati kehidupan my Chairman..