Dah sampai ke penghujung tahun 2019. Tak lama lagi masuk ke alaf baru 2020. Akan bermulalah Tahun Melawat Malaysia 2020.
new logo
Jom kita mula awal. Melawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay. Di akhir tahun 2018, kita melawat Rumah Penghulu Haji Seman, kali ni Kompleks Kraf pula. Dua-dua bangunan ni di lokaliti yang sama iaitu di Jalan Conlay.
Kompleks ni luas juga kawasannya. Tempat parking banyak. Bayaran parking RM5.00 per entry.
Kompleks ni luas juga kawasannya. Tempat parking banyak. Bayaran parking RM5.00 per entry.
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
bangunan utama
Kompleks Kraf Kuala Lumpur merupakan destinasi persinggahan pelancongan
berkonsepkan ikonik seni yang terletak di tengah pusat bandar. Pusat
kraf setempat ini menawarkan produk yang berkaitan dengan pelancongan
seperti produk berteraskan seni dan kraf, untuk pengunjung tempatan dan
luar negeri. Kompleks yang bercirikan seni bina Melayu Terengganu ini
menghimpunkan produk-produk kraf tangan tradisi dan moden kontemporari
dari seluruh pelusuk negara.
Kompleks Kraf yang mengetengahkan panorama desa dengan landskap,
membezakan bangunan ini daripada gedung beli-belah berprestij di sekitar
Kuala Lumpur. Ianya berteraskan tiga konsep iaitu pendidikan, pemasaran
dan pembudayaan. Mengunjungi Kompleks Kraf umpama menerokai kehidupan
masyarakat Malaysia yang penuh dengan kegemilangan seni kraf
turun-temurun - www.kraftangan.gov.my
Memang betul, tempat untuk meneroka kegemilangan seni kraf. Untuk itu, kita ke Muzium Kraf. Muzium ni letaknya di bahagian belakang. Kena masuk pintu utama yang di sebelah kiri dan terus jalan ke belakang. Bangunan ni ada dua pintu utama, yang belah kanan untuk ke butik jualan produk batik. Yang belah kiri, jualan barangan kraf.
pintu utama di sebelah kiri
laluan ke muzium
dipenuhi dengan pantun-pantun dua kerat
suasana kehijauan dibawah
Kain songket baju kebaya, pakai pula kerongsang suasa
Banyak harta digelar kaya, kaya lagi budaya bahasa
Kalau berkunjung ke negeri Pahang, singgah sebentar di Pulau Keladi
Kain tenun indah dipandang, jadikan kenangan kekal abadi
labu Sayong
Muzium Kraf
masuk adalah percuma
Menarik muzium nya, mengambil suasana rumah kayu tradisional.
gambus dan gendang
alat tenunan songket
peralatan untuk tenunan songket
kain songket, gambar klasik
kain limar
kain tenun Pahang
Asal-usul kain tenunan Pahang
dari Tanah Bugis rupanya
Ke tingkat atas pula. Yang tu kita sambung di next entry ya. Stay tuned.