Sunday, 12 January 2020

Kenduri Kahwin @ Daza Villa, Kpg Perepat

Salam semua, selamat berhujung minggu.

Pergi kenduri kahwin ke hari ni?

Saya jarang pergi kenduri-kendara. Ini cerita kenduri pada hari Sabtu, 14.12.2019. Abadikan di sini, sebab sweet je majlis nya..

Majlis kenduri di Daza Villa, Kampung Perepat, Kapar, Klang.

Jauh juga nak gi, tapi masih dalam kawasan Lembah Klang, yang ada jaringan lebuhraya, mudah jugalah untuk sampai ke sini. OK, pasang niat kerana Allah swt, demi ukhwahfillah, demi sebuah persahabatan, off we go to Kapar melalui NKVE  sambung masuk New Klang Straits Bypass, sampai di Jalan Kapar.  

Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan olehNya, sampai di Daza Villa, hujan renyai-renyai. Masa masuk Kampung Perepat tu, memang tak sangka ada tempat yang cantik macam ni. Luas juga kawasan Daza Villa ni, tanah lot hujung.

 Ada dua entrance, ada dua bangunan, ada dua majlis
dua-dua majlis kenduri kahwin

 
cantik bangunannya

Grand entrance, dibelah kiri tu, tempat kambing bakar

jom masuk

cantik setting 

warna silver

desert table

ada instant photo booth

tuliskan wishes untuk pengantin di sini

meja untuk tetamu

pengantin untuk raja sehari

pelamin

pengantin dua sejoli

acara perarakan pengantin diiringi dengan lagu mat salleh 
dan gesekan biola

sedap suara penyanyi ni + gesekan biola yang matching

cenderahati untuk tetamu yang hadir
bekas kaca warna silver

Till then, happy weekend

Friday, 10 January 2020

Malaikat Subuh

Salam Jumaat, Sayyidul Ayyaam' (Penghulu Hari)

 Berwangi-wangian itu kesukaan Rasulullah saw, baginda suka pada wangian kasturi. 

Berwangi-wangian itu sunnah bagi muslimin, terutama pergi ke masjid. Bagi muslimat, tidak dibenarkan berlebih-lebihan, sekadar untuk keselesaan sendiri

Siapa pernah beli parfum Malaikat Subuh ni
kawan saya selalu beli untuk direnjis-renjis ke telekung, bagi wangi
dulu saya pun ikut buat sama, tapi dah lama tak beli
hari Sabtu lepas, ke Medan MARA, beli yang 3ml = RM10

Malaikat Subuh ni bolehlah pakai untuk lelaki dan wanita, baunya just nice, tak berapa kuat sangat..quite mild..
 

Yang ni best juga baunya..Sultan Brunei..tapi untuk kaum adam ya..


Parfum ni tak diiklan di majalah, media sosial, takde promosi besar-besaran..tak glemer kan namanya...Malaikat Subuh..terus rasa insaf..fuhh..
walaupun takde iklan, tetap laris di pasaran

Tuesday, 7 January 2020

Kedai Biskut

Kedai biskut old school di kotaraya Kuala Lumpur. 
Lokasinya di Lengkok Raja Laut, belakang kedai Bormas
 
Kedai yang hujung sekali. Rumah kedai pun vintage

Biskut-biskut yang dalam balang ni memang evergreen.
Dari dulu lagi dah ada


Yang ni pula jumpa di stesen LRT Ampang Park, berjualan di ruang legar

Rezeki Baraqah, katanya ambil stok dari Siam

 Biskut yang sama bentuk dan rasa, dua tempat berbeza.