Wednesday, 19 February 2020

Pengalaman Bermalam di Capsule Transit, KLIA2

Salam semua..

Cerita gi Kuala Terengganu hari Jumaat lepas. Sebab flight awal pagi, hari Khamis malam, dah bertolak ke KLIA2, 'night at the airport'. Kali ni, check-in hotel kapsul di tingkat P1, saja nak merasa. Dah banyak kali juga tidur di airport, selalunya tidur di surau je.
 
 Hotel Capsule

 proses check in mudah je, pilih berapa jam, isi borang & bayar 
and off you go with the touch card and satu beg hitam

Capsule Transit ni ada single & double room. Masa pula ada 3 jam, 6 jam dan 12 jam. Room rate untuk single room - RM108 untuk 3 jam, RM118 untuk 6 jam. Saya pilih single room untuk 6 jam.

Dah settle semua, jom kita masuk. Ada separate entrance untuk lelaki dan perempuan. Ada juga yang mix area.

layout container

tingkat bawah

Dapat tingkat 1, berkeriut-keriut juga bunyi bila naik tangga

kontena di tingkat bawah & tingkat satu 

menuju ke kontena no. 222

tempat beradu - ada tilam dan bantal yang empuk
ada power point, cermin and selipar

Kecik je, kalau ada beg troli yang besar tu memang tak muat. Ada tempat simpan luggage di luar kawasan hotel (milik hotel capsule juga). Tapi kena bayar jugalah, yang tu tak tahu berapa harga nya. Jiran sebelah saya tu selamba je letak beg troli kat luar bilik kontena dia.

ada telefon juga, boleh request wake-up call

smoke detector

dalam beg hitam ada tuala, air botol, berus & ubat gigi dan penutup mata
masa check out cuma pulangkan tuala saja

bilik air dalam kawasan hotel
sempit giler toiletnya, ada shower juga

Masa check out, dapat ni - energy pack katanya

 
Alhamdulillah, oklah

Overall, good idea buat hotel capsul macam ni. Bolehlah baring-baring sementara tunggu flight. Tapi tak sesuai bagi mereka yang ada claustrophobia (fobia berada ditempat kecil dan sempit). Boleh lemas jadinya.

Lokasi hotel pun bagus, depan surau dan toilet airport. Lebih selesa guna toilet airport yang besar dan bersih.  

Pilihan yang baik bagi mereka yang nak bermalam di airport KLIA2..

Monday, 17 February 2020

Nasi Minyak John

Assalamualaikum semua..

Kembali bersiaran setelah tiga hari yang hectic. Ada kursus di Kemaman, Terengganu. Walaupun, Kemaman lebih dekat dengan Kuantan, tapi ambik flight ke Kuala Terengganu, sebabnya:

1) nak makan nasi minyak john 
2) nak lalu jalan tepi laut 
3) nak pergi pasar payang baru 
4) nak lalu jambatan angkat

Alhamdulillah, semuanya dimakbul Allah swt. 

So, dari airport, lalu di Jambatan Angkat (Drawbridge) ke bandar Kuala Terengganu, terus ke Restoran Seerai Wangi di Jalan Tok Lam/Lorong Haji Jamil, nak makan nasi minyak john. Alhamdulillah, pakcik grab tahu restoran ni. 

Dari tahun lepas, teringin nak makan nasi minyak ni, tapi tak kesampaian sebab dah habis. Alhamdulillah, tahun ni dapat merealisasi hasrat yang tak kesampaian tu. Restoran buka, di hari cuti, di pagi hari Jumaat.

dari jauh dah nampak tulisan 'ADA'

 yeayy..

 rupa-rupanya nasi minyak john ialah specialty restoran ni 
satu je menu sarapan pagi

dua periuk besar gulai ayam & daging

gulai ayam
 
gulai daging

nasi minyak john + gulai ayam & telur
harga semua RM7.00, nasi & gulai ayam = RM5.00 
telur = RM1.00, teh o panas = RM1.00

The verdict: Sedap, I like. nasinya lembut, fluffy, tak berminyak walaupun nama nasi minyak, gulai ayam yang cair, tak heavy. Sesuai dimakan di waktu pagi. 

Ramai pelanggan yang datang, tak putus-putus, nak makan nasi minyak di sini, yang bungkus. famili cina pun ada datang makan, full house. Semuanya orang local, saya sorang je yang snap-snap gambar.

Jangan lupa singgah makan nasi minyak john di sini kalau ke Kuala Terengganu.

Wednesday, 12 February 2020

Majalah Orang Kaya

Hmm..ternampak majalah ni di rak majalah di lobi pejabat...

Malaysia Tatler - Life Extraordinary

Majalah orang kaya-kaya. Teman takdelah teringin nak beli majalah ni. Beli NO, baca YES..

 cover page bulan Januari 2020 - Dato' Sri Sti Nurhaliza

diantara isi kandung

Banyak iklan-iklan produk high class, lifestyle of the high society, glitz and glam..jamu mata jelah..
 
Best jugalah baca majalah ni, ada satu artikel yang menarik dalam January isu iaitu House Doctor - bagaimana design rumah dan pejabat boleh mempengaruhi kesihatan dan kegembiraan....mental and physical wellness..
 

Bahan binaan, pencahayaan, pengudaraan dan kehijauan banyak mempengaruhi kehidupan dan kesihatan katanya lah...

"New era of wellness - everything that you eat, the products that you buy, the clothes that you wear, where you travel and your everyday living space"

Bagi rakyat marhaen di kota metropolitan Kuala Lumpur ni, yang tiada pilihan untuk menentukan rekabentuk rumah, pencahayaan, pengudaraan, yang hanya mampu beli 'rumah burung' bertingkat-tingkat, nak fikir tentang wellness ni rasanya tak terfikir..terimalah seadanya..yang penting jaga kesihatan, jaga makan, banyakkan bersenam..

Yelahh kan..majalah ni untuk haute société...mestilah tune in to their needs..