Cerita gi Kuala Terengganu hari Jumaat lepas. Sebab flight awal pagi, hari Khamis malam, dah bertolak ke KLIA2, 'night at the airport'. Kali ni, check-in hotel kapsul di tingkat P1, saja nak merasa. Dah banyak kali juga tidur di airport, selalunya tidur di surau je.
Hotel Capsule
proses check in mudah je, pilih berapa jam, isi borang & bayar
and off you go with the touch card and satu beg hitam
Capsule Transit ni ada single & double room. Masa pula ada 3 jam, 6 jam dan 12 jam. Room rate untuk single room - RM108 untuk 3 jam, RM118 untuk 6 jam. Saya pilih single room untuk 6 jam.
Dah settle semua, jom kita masuk. Ada separate entrance untuk lelaki dan perempuan. Ada juga yang mix area.
layout container
tingkat bawah
Dapat tingkat 1, berkeriut-keriut juga bunyi bila naik tangga
kontena di tingkat bawah & tingkat satu
menuju ke kontena no. 222
tempat beradu - ada tilam dan bantal yang empuk
ada power point, cermin and selipar
Kecik je, kalau ada beg troli yang besar tu memang tak muat. Ada tempat simpan luggage di luar kawasan hotel (milik hotel capsule juga). Tapi kena bayar jugalah, yang tu tak tahu berapa harga nya. Jiran sebelah saya tu selamba je letak beg troli kat luar bilik kontena dia.
ada telefon juga, boleh request wake-up call
smoke detector
dalam beg hitam ada tuala, air botol, berus & ubat gigi dan penutup mata
masa check out cuma pulangkan tuala saja
bilik air dalam kawasan hotel
sempit giler toiletnya, ada shower juga
Masa check out, dapat ni - energy pack katanya
Alhamdulillah, oklah
Overall, good idea buat hotel capsul macam ni. Bolehlah baring-baring sementara tunggu flight. Tapi tak sesuai bagi mereka yang ada claustrophobia (fobia berada ditempat kecil dan sempit). Boleh lemas jadinya.
Lokasi hotel pun bagus, depan surau dan toilet airport. Lebih selesa guna toilet airport yang besar dan bersih.
Pilihan yang baik bagi mereka yang nak bermalam di airport KLIA2..
Mahal jugak ya...utk 3 jam rm103..
ReplyDeleteselalunya mcm tu..jam2 yg pertama tu mahal sikit harganya..berbaloi amik yg 6 jam..seploh ringgit je bezanya..
DeleteNi memang sesuai untuk yang tunggu penerbangan sebab ikut jam. Baru tahu ada hotel KLIA 2.
ReplyDeletesesuai kalau flight awal pagi, boleh bermalam di sini...sekrg ni hotel kapsul ni dah expand, dah ada di wing belah satu lagi..jenis premium..byk pemintaan kot..
Deletewahh mcm tgk movie time travel je capsule nih., hehehe
ReplyDeletehehe..time travel to the future..mcm spaceship pun ada jgk..
DeleteSalam, saje je jalan2 singgah sini. Cari n add lah fb bunda.. nora dee
ReplyDeletewsalam..lama tk ketemu..insyaaAllah, jarang buka fb..
Deletenampak menarik tempat ni :)
ReplyDeletemodern konsep..
DeleteBoleh tahan jugak harganya tuh! huhuhuhu...
ReplyDeletekalau di luar, harga tu rate utk one-night stay..kat airport sewa mahal..
DeleteTengok bilik je pun dah macam sesak nafas... huhu
ReplyDeletehaha..nak berdiri pun tk boleh, mengesot je..tapi tilam & bantalnya empuk..
Deletejauh kak kursusnya...CPD???
ReplyDeleteyup mmg agak rengsa kalau flight early morning..
klu flight dlm negeri sempat lg klr pukul 5.30 pg. klu tak beriringan dgn orang yg pegi kerja..dr putrajaya ke KLIA dlm 25 min jer
Tu pun banyak ample time..
kursus bendahari persatuan..belum lg pi CPD..
Deleteitulah selalu tidur kat airport kalau flight awal pagi, takut nak keluar rumah 3-4 pagi..
dari putrajaya dah dekat, boleh tido kt rumah je..
Menarik! tapi saya tak boleh... kecik sgt... muat2 utk baring saja. Tak lelap saya.
ReplyDeleteha'ah..muat utk baring je..mmg tak lelap..hehe..
DeleteOk jugak tempat ni..lebih selesa kalau nak tunggu flight.
ReplyDeleteok jg, boleh baring2, layan2 hp in privacy..
DeleteMenarik untuk dicuba ni nanti kalau cheq terpaksa fly awai pagi kelam2 buta, kena pejam mata ja masa nak bayaq RM118 tu nanti 😬
ReplyDeleteya, recommeded, boleh baring2..adalah sikit privasi...
Deletesaya cannot la, rasa 'lemas' je. takpelah, simpan tido untuk dalam flight nanti. hehe
ReplyDeletebest - tilam bantal empuk...sebenarnya nk privasi, rilek2 kan badan..
Deletesempit jugak tempat nya. tapi kalau nak baring rehat kan badan, boleh ja ^_^
ReplyDeletemuat2 katil ni je..oklah..selak birai, terus terjun atas katil...hehe..
DeleteKalau Sha nie memang tak boleh ini.. Lemas rasanya.. tengok gambar pun dah sesak nafas.. huhuhuhu..
ReplyDeleteada org takleh tempat kecik mcm ni..saja utk baring2, layan hp, takleh tidur..
Delete