Sambungan kisah jalan-jalan pergi kursus di Terengganu..
Alhamdulillah, sampai di hentian bas Kuala Terengganu pukul 4.30 petang. Perjalanan bas henti-henti dari Kemaman lebih kurang 2 jam setengah.
Alhamdulillah, sampai di hentian bas Kuala Terengganu pukul 4.30 petang. Perjalanan bas henti-henti dari Kemaman lebih kurang 2 jam setengah.
Mengejar masa nih, dah cakap awal-awal dengan kawan Langkawi, nak pergi Pasar Kedai Payang yang baru. Depa cakap jom ikut depa ke hotel sebab hotel depa dah dekat dengan pasar payang ni. Kami pun mengorak langkah meninggalkan hentian bas.
Pasar Kedai Payang di lokasi baru
Pasar Kedai Payang yang baru rupanya tak jauh dari lokasi lama. Sebelah je. Bangunan baru ni pun katanya bangunan sementara juga. Bangunan lama dah dirobohkan dan sedang dibina bangunan pasar yang baru.
pintu masuk utama
Bangunan setingkat, stail pasar borong. Dibahagi kepada beberapa section, ikut kategori.
Terasa lapang, airy..mudah untuk bergerak
gerai kuih-muih
Bangunan setingkat, stail pasar borong. Dibahagi kepada beberapa section, ikut kategori.
Terasa lapang, airy..mudah untuk bergerak
gerai kuih-muih
jeruk-jeruk
telur penyu menangis
barangan kering
Rasa lain pula pergi Pasar Kedai Payang yang baru ni. Aura dan suasana berbeza. Kalau yang lama tu, bersesak-sesak, bersenggol-senggollan, macam amazing race cari pintu keluar, dengan panasnya, bersauna, tapi rasa macam best pula...hahaha..we need some havoc..
Beli sikit je - serunding daging special, keropok kering, keropok lekor, gula kabung. Kemudian keluar, beli keropok lekor yang dah siap goreng, lepak-lepak tepi gerai.
Ok, masa untuk bergerak ke hotel, malas dah nak jalan kaki. Ambik grab je, tambang cuma RM4.00 ke hotel di Jalan Sultan Ismail.
Plaza Warisan depan Pasar Kedai Payang, macam tak beroperasi
Hotel Kenangan di Jalan Sultan Ismail, memang di tengah-tengah pusat bandar Kuala Terengganu. Kawasan bank, pejabat, di belakang Hentian Bas, UTC.
hotel lama
milik guru-guru Melayu Terengganu
banyak gambar-gambar Terengganu zaman dahulu kala
kenangan dan warisan
bila tengok area ni, dapat rasa yang bangunan ni
dulunya ialah bangunan pejabat
bangunan MBKT di Jalan Sultan Ismail
Jalan-jalan cari gerai makan di tempat letak kereta, nampak bangunan ni...tempat letak kereta mekanikal..dasat KT..selalu nampak dalam bangunan pejabat je..
tempat letak kereta mekanikal
kedai buku satu deret dengan hotel - SMOBookstore
besar kedainya dan 2 tingkat lagi
kat KL pun tak jumpa kedai buku yang besar macam ni
yang lokasi nya di high street
Di KL, kedai buku MPH, Popular, kebanyakannya dalam shopping complex. Kedai buku tepi jalan, ada di Jalan TAR, tapi takdelah besar macam ni. Teruja teman, tengok rak-rak buku tersusun di tingkat satu. Masuk sekejap je sebab nak pi check out shopping complex di UTC..hahaha..
Bersambung.. aktiviti jalan-jalan di Central Business District (CBD) Kuala Terengganu..