Tuesday, 3 March 2020

Jalan-Jalan di Bandar Kuala Terengganu

Sambungan kisah jalan-jalan pergi kursus di Terengganu..

Alhamdulillah, sampai di hentian bas Kuala Terengganu pukul 4.30 petang. Perjalanan bas henti-henti dari Kemaman lebih kurang 2 jam setengah.

Mengejar masa nih, dah cakap awal-awal dengan kawan Langkawi, nak pergi Pasar Kedai Payang yang baru. Depa cakap jom ikut depa ke hotel sebab hotel depa dah dekat dengan pasar payang ni.  Kami pun mengorak langkah meninggalkan hentian bas.

 Pasar Kedai Payang di lokasi baru

Pasar Kedai Payang yang baru rupanya tak jauh dari lokasi lama. Sebelah je. Bangunan baru ni pun katanya bangunan sementara juga. Bangunan lama dah dirobohkan dan sedang dibina bangunan pasar yang baru.

pintu masuk utama
 
Bangunan setingkat, stail pasar borong. Dibahagi kepada beberapa section, ikut kategori. 
Terasa lapang, airy..mudah untuk bergerak

gerai kuih-muih

jeruk-jeruk

telur penyu menangis

barangan kering

Rasa lain pula pergi Pasar Kedai Payang yang baru ni. Aura dan suasana berbeza. Kalau yang lama tu, bersesak-sesak, bersenggol-senggollan, macam amazing race cari pintu keluar, dengan panasnya, bersauna, tapi rasa macam best pula...hahaha..we need some havoc.. 

Beli sikit je - serunding daging special, keropok kering, keropok lekor, gula kabung. Kemudian keluar, beli keropok lekor yang dah siap goreng, lepak-lepak tepi gerai.

Ok, masa untuk bergerak ke hotel, malas dah nak jalan kaki. Ambik grab je, tambang cuma RM4.00 ke hotel di Jalan Sultan Ismail.


Plaza Warisan depan Pasar Kedai Payang, macam tak beroperasi

Hotel Kenangan di Jalan Sultan Ismail, memang di tengah-tengah pusat bandar Kuala Terengganu. Kawasan bank, pejabat, di belakang Hentian Bas, UTC.

hotel lama

milik guru-guru Melayu Terengganu


banyak gambar-gambar Terengganu zaman dahulu kala
kenangan dan warisan

bila tengok area ni, dapat rasa yang bangunan ni 
dulunya ialah bangunan pejabat


bangunan MBKT di Jalan Sultan Ismail

Jalan-jalan cari gerai makan di tempat letak kereta, nampak bangunan ni...tempat letak kereta mekanikal..dasat KT..selalu nampak dalam bangunan pejabat je..

tempat letak kereta mekanikal
  
kedai buku satu deret dengan hotel - SMOBookstore

besar kedainya dan 2 tingkat lagi
kat KL pun tak jumpa kedai buku yang besar macam ni
yang lokasi nya di high street

Di KL, kedai buku MPH, Popular, kebanyakannya dalam shopping complex. Kedai buku tepi jalan, ada di Jalan TAR, tapi takdelah besar macam ni. Teruja teman, tengok rak-rak buku tersusun di tingkat satu. Masuk sekejap je sebab nak pi check out shopping complex di UTC..hahaha..

Bersambung.. aktiviti jalan-jalan di Central Business District (CBD) Kuala Terengganu.. 

24 comments:

  1. Akak suka terenganu,terutama pantainya pasir halus putih bersih...bab makanan tak usah cerita la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, pantainya cantik..makanan sedap..

      Delete
  2. wak pon dh lama x gi ganu ., ;p

    tempat parking kete mekanikal tu canggih.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..tmpat parking awam ada yg jenis mekanikal..tak jumpa kt tempat lain..

      Delete
  3. ganu kita
    meriah kuih muih tu
    mesti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan kt Terengganu, sedap2 belaka..

      Delete
  4. rindu kat kampung ai.. suka baca cerita orang share pasal negeri kita..

    ReplyDelete
  5. Rindu pada nasi dagang di sana. Kat Terengganu, kita boleh cubit ikan yang kita nak makan (maklum ikan tu besar juga)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi dagang yg sedap..ikan kembung di sini gemuk2..pernah beli yg ikan celup tepung..byk isi..

      Delete
  6. Bestkan pasar kedai payang tu, macam2 ada, gerai kuih yg nohas singgah tu, saya pun singgah masa balik baru ni. Murah je kan harga kuih muih tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best..mcm2 ada..tak beli kuih-muih tu semua..sebab cari kopok lekor..hehe..

      Delete
  7. Cantiknya warna langit..rasa seperti berada kat australia hihih

    ReplyDelete
  8. Laa..dah siap yang baru ni still 'sementara' jgk ke? kenapa lak mcm tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kt tapak lama tu tengah dibina bangunan pasar yang baru, beringkat-tingkat jugalah..

      Delete
  9. BETUL..pasar payang yg lama tu...dgn panas nya..sempit, sesak..sampai sesat cari jalan keluar tapi best sbb leh senggol senggolan hahah

    ReplyDelete
  10. Dah lama rasa tak tido hotel sejak Covid 19 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg efek terus industri tourism sbb virus ni..

      Delete
  11. Uihh..ada juai lagi rupanya teloq penyu kat sana..ingatkan dah kena banned 🤔

    Canggih sungguh ada tempat letak keta mekanikal 😎👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..ingatkan dah tak dibenarkan jual..canggih kan KT..

      Delete
  12. Pasar payang lama tu trademark.. Baru puas berjalan dalam keadaan panas dan havoc.. hehehe..btapi yang baru nie nampak lebih selesa dan mesra pengguna terutamanya OKU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg baru setingkat je, mmg mesra OKU..tmpt lalu-lalang lapang je..yg lama lebih adventurous..rssa mcm bersauna dgn panasnya..huhu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!