Saturday, 18 April 2020

Tim's Teapot Terrace Cafe

Salam hujung minggu..

Nak up kisah makan-makan..hehe..cafe yang bikin ngiler..Tim's Teapot Terrace Cafe di Taman Melawati. Sama hari dengan entry Gongju Roll. Lunch di Tim's, dinner tapau Gongju Roll.


Tak plan nak ke sini. Lepas parking kereta, pandang depan, ternampak restoran ni. Yeahh, teapot lagi, menarik nih..terus lintas jalan and masuk ikut pintu ni. Kedai ni dual frontage, ni pintu belakang.

 tutup hari Isnin

 ni bahagian depan - Lorong Perak


Jom tengok menu, kita order dulu

pilih Spaghetti Straganoff & teh limau ais

Seriously, semuanya motif teko..yelahh nama pun teapot. Saya giler tengok teko-teko yang comel, banyaknya..cuteness overloaded!! sungguh-sungguh wow..rasa nak snap gambar semuanya..jom tengok koleksi teko-teko comel di restoran ni..

 table mat pun motif teko


Rasanya semua teko-teko ni baru pertama kali say tengok, pelbagai bentuk, comel sungguh

 
dekorasi tema English country - macam serabut sikit

 More teapot collection..


Memang tepat nama cafe ni, memang ralit tengok koleksi teko yang ada disini..ok, koleksi teko dah, jom tengok cake yang bikin leleh ailio..

 
  weii.. tak tahan dah, order scone ni..RM6.50 sebijik

the kitchen


 mini pavlova & more cakes

macaroni, meatloaf & pie

 
 Ok, kita tengok makanan yang dipesan..yummy..

sedapnya scone ni 

Spaghetti Straganoff
pertama kali makan, oklah

Harga semua RM30++, memang harga on the high side, sekali-sekala belanja diri sendiri..recommended..

Till then, #dudukrumah

Monday, 13 April 2020

Masad ! Masad !

Salam semua...salam PKP..

Dah hampir sebulan duduk di rumah, still going strong..yes, we can do it..lagi 14 hari, In shaa Allah. Untuk mengelakkan badan jadi lemau dan lenguh-lenguh, kenalah bersenam atau urut sendiri atau orang-orang di rumah, boleh tolong urutkan.

Diantara aktiviti yang I miss time PKP ni ialah berurut badan, massage kata orang putih, masad, masad..orang cina panggil klien..hehe. Pijat kata orang Indonesia.

Banyak kebaikan mengurut badan ni, antaranya melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan, memecah angin yang tersekat di dalam tubuh, meningkat kecergasan badan, meningkatkan fleksibiliti sendi, merehatkan dan menghilangkan keletihan. Selalunya saya akan berurut badan, sekurang-kurangnya sebulan sekali, salah satu rutin untuk menjaga kesihatan, selain berbekam. Teknik urutan ada pelbagai, ada urut Melayu, Bali, Thai, Jepun, Swedish..

Ada banyak tempat urut badan di Kuala Lumpur ni, selalunya di spa, ada spa di hotel, ada di shopping complex, ada di rumah-rumah kedai. Review beberapa tempat urut badan yang pernah saya pergi. Ada diantaranya selalu saya pergi kalau nak berurut.

1. Maju Therapy Zone, Tingkat 5, Premiera Hotel


Outlet ni diusahakan oleh mereka yang cacat penglihatan. Lokasinya di tingkat 5, Premiera Hotel. Mungkin ada yang tak tahu, Premiera Hotel ni satu bangunan dengan MARA Digital, dekat Medan MARA.


Harga untuk urut badan - sejam RM60. Servis urut untuk perempuan dan lelaki. Kena buat appointment sebelum pergi, terutama kalau hari minggu. Tempat ni selalu juga saya pergi, terutama kalau rasa stress badan, boleh walk-in je kalau weekdays.

2. Teratak Spa, Tingkat 4, Premiera Hotel

Outlet ni satu tingkat bawah Maju Therapy Zone, di bangunan Premiera Hotel juga. Full spa facilities. Layanan dan harga pun standard spa. Join membership, dapatlah diskaun.

hot towel and welcome drink

tempat urut reflexology

bilik-bilik rawatan

Di sini urutan Melayu. Yang ni sekali-sekala je pergi, bila ada promosi..hehe..

3. Jin Kang Foot Reflexology & Healthcare, Pertama Complex

Outlet in diusahakan oleh orang Cina. Tukang urutnya pun dulunya ramai amoi dari negara China, tapi tokehnya cina Malaysia. Sekarang ni ramai cina local. Harga standard - RM60 sejam.


Kalau lalu disini, akan dengar, amoi-amoi panggil, 'masad, masad', panggil klien. Mula-mula datang untuk urut reflexology, tapi banyak angin dalam badan, depa suruh buat urut badan. Ada seorang tukang urut di sini sangat brutal cara urutannya, rasa nak patah tulang dibuatnya. Best juga urut di sini, kalau ambik yang 2 jam, depa akan buat reflexology sekali. Amoi-amoi sangat pandai meng'ayat', sambil urut, pujuk-pujuk kita supaya ambik masa lebih lama, dari sejam ke sejam setengah, ke dua jam. Pandai-pandailah menolak.

Tapi yang tak bestnya, tempat ni unisex, amoi-amoi tu urut both lelaki dan perempuan. Tempat pulak ringkas je, katil dengan langsir kain je. Bila ada lelaki datang urut, boleh dengar conversation..alamak..takdelah hanky-panky..

4. Thai Odyssey, Berjaya Times Square

Thai Odyssey ni banyak outlet. Yang saya pergi ni di Berjaya Times Square. Kalau urutan Thai, saya suka yang urut tradisional, yang tak guna minyak.


Kalau gi spa, saya suka tengok hiasan dalamannya..menarik. Harga urutan RM110-RM120 sejam. memang standard harganya..

5. Tirta Spa, Seri Pacific Hotel 

Yang ni masa pergi MATTA Fair di PWTC, depa buka booth tepi hotel, jual voucher, ada diskaun, so kami pun beli lah. Not bad harganya..quite reasonable.

 
 motif penyapu

bilik treatment

Teknik urutan dari negara seberang.


 6. Erawan, MyTOWN Shopping Centre

Akhir bulan Februari lepas, sempat urut badan di sini, Erawan di MyTOWN Shopping Centre.


 Ambik urutan tradisional juga untuk sejam - harga RM111. Interior memang Siamese vibe.


tempat basuh kaki

Tukang urut yang basuh kaki kita, kesian le pulak. Nak tak nak kena ikut juga, dah rutin macam tu. Kemudian depa lap kaki dengan tuala, then baru masuk bilik, untuk urut badan.

---------------------------------

Urut badan ni memang best terutama kalau badan letih, boleh jadi segar kembali. Suka juga cuba tempat baru, selalunya di salon/spa. Time PKP ni, bersenam dalam rumah jelah..

Till then, stay healthy..