Salam semua...salam PKP..
Dah hampir sebulan duduk di rumah, still going strong..yes, we can do it..lagi 14 hari, In shaa Allah. Untuk mengelakkan badan jadi lemau dan lenguh-lenguh, kenalah bersenam atau urut sendiri atau orang-orang di rumah, boleh tolong urutkan.
Diantara aktiviti yang I miss time PKP ni ialah berurut badan, massage kata orang putih, masad, masad..orang cina panggil klien..hehe. Pijat kata orang Indonesia.
Banyak kebaikan mengurut badan ni, antaranya melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan, memecah angin yang tersekat di dalam tubuh, meningkat kecergasan badan, meningkatkan fleksibiliti sendi, merehatkan dan menghilangkan keletihan. Selalunya saya akan berurut badan, sekurang-kurangnya sebulan sekali, salah satu rutin untuk menjaga kesihatan, selain berbekam. Teknik urutan ada pelbagai, ada urut Melayu, Bali, Thai, Jepun, Swedish..
Ada banyak tempat urut badan di Kuala Lumpur ni, selalunya di spa, ada spa di hotel, ada di shopping complex, ada di rumah-rumah kedai. Review beberapa tempat urut badan yang pernah saya pergi. Ada diantaranya selalu saya pergi kalau nak berurut.
1. Maju Therapy Zone, Tingkat 5, Premiera Hotel
Outlet ni diusahakan oleh mereka yang cacat penglihatan. Lokasinya di tingkat 5, Premiera Hotel. Mungkin ada yang tak tahu, Premiera Hotel ni satu bangunan dengan MARA Digital, dekat Medan MARA.
Harga untuk urut badan - sejam RM60. Servis urut untuk perempuan dan lelaki. Kena buat appointment sebelum pergi, terutama kalau hari minggu. Tempat ni selalu juga saya pergi, terutama kalau rasa stress badan, boleh walk-in je kalau weekdays.
2. Teratak Spa, Tingkat 4, Premiera Hotel
Outlet ni satu tingkat bawah Maju Therapy Zone, di bangunan Premiera Hotel juga. Full spa facilities. Layanan dan harga pun standard spa. Join membership, dapatlah diskaun.
hot towel and welcome drink
tempat urut reflexology
bilik-bilik rawatan
Di sini urutan Melayu. Yang ni sekali-sekala je pergi, bila ada promosi..hehe..
3. Jin Kang Foot Reflexology & Healthcare, Pertama Complex
Outlet in diusahakan oleh orang Cina. Tukang urutnya pun dulunya ramai amoi dari negara China, tapi tokehnya cina Malaysia. Sekarang ni ramai cina local. Harga standard - RM60 sejam.
Kalau lalu disini, akan dengar, amoi-amoi panggil, 'masad, masad', panggil klien. Mula-mula datang untuk urut reflexology, tapi banyak angin dalam badan, depa suruh buat urut badan. Ada seorang tukang urut di sini sangat brutal cara urutannya, rasa nak patah tulang dibuatnya. Best juga urut di sini, kalau ambik yang 2 jam, depa akan buat reflexology sekali. Amoi-amoi sangat pandai meng'ayat', sambil urut, pujuk-pujuk kita supaya ambik masa lebih lama, dari sejam ke sejam setengah, ke dua jam. Pandai-pandailah menolak.
Tapi yang tak bestnya, tempat ni unisex, amoi-amoi tu urut both lelaki dan perempuan. Tempat pulak ringkas je, katil dengan langsir kain je. Bila ada lelaki datang urut, boleh dengar conversation..alamak..takdelah hanky-panky..
4. Thai Odyssey, Berjaya Times Square
Thai Odyssey ni banyak outlet. Yang saya pergi ni di Berjaya Times Square. Kalau urutan Thai, saya suka yang urut tradisional, yang tak guna minyak.
Kalau gi spa, saya suka tengok hiasan dalamannya..menarik. Harga urutan RM110-RM120 sejam. memang standard harganya..
5. Tirta Spa, Seri Pacific Hotel
Yang ni masa pergi MATTA Fair di PWTC, depa buka booth tepi hotel, jual voucher, ada diskaun, so kami pun beli lah. Not bad harganya..quite reasonable.
motif penyapu
bilik treatment
Teknik urutan dari negara seberang.
Teknik urutan dari negara seberang.
6. Erawan, MyTOWN Shopping Centre
Akhir bulan Februari lepas, sempat urut badan di sini, Erawan di MyTOWN Shopping Centre.
Akhir bulan Februari lepas, sempat urut badan di sini, Erawan di MyTOWN Shopping Centre.
Ambik urutan tradisional juga untuk sejam - harga RM111. Interior memang Siamese vibe.
tempat basuh kaki
Tukang urut yang basuh kaki kita, kesian le pulak. Nak tak nak kena ikut juga, dah rutin macam tu. Kemudian depa lap kaki dengan tuala, then baru masuk bilik, untuk urut badan.
---------------------------------
Urut badan ni memang best terutama kalau badan letih, boleh jadi segar kembali. Suka juga cuba tempat baru, selalunya di salon/spa. Time PKP ni, bersenam dalam rumah jelah..
Till then, stay healthy..
Saya macam pergi urut macam lagi sakit je. Fobia juga.
ReplyDeleteSaya teringin nak berbekam tapi belum rezeki dapat buat.
oo..lepas habis tu mmg ada rasa sengal2..tapi lepas tu ok..
Deleteberbekam pun bagus, sedut toksin dari dalam badan..
Waa bestnya... SS pun suka pergi spa... suka kena berurut. lega betul lepas kena urut kan... SS kalau dah pergi satu tempat tu yang best, memang tak cari lain dah. memang itu je lah tempatnya. tapi kalau outstation tu, tengok keadaan juga laa.. biasanya pergi bila badan rasa betul dh sampai wktu kena berurut. Musim PKP ni, hmmm ntah bila laa dpt berurut lagi.
ReplyDeletebadan rasa segar lepas kena urut...mmg best..akk suka try tmpt baru esp urut thai..kalau hari bekerja, selalunya ke tmpt yg dkt pejabat, no. 1- 3..
DeleteSaya suka pi urut yg sakit tu, urut yg stail manja2 ni mmg relax masa tu, tapi kejap je datang balik lenguh2 tu, tapi lama dah tak pi berurut2 ni,time pkp ni lagilah, duk merap je kt umh.
ReplyDeleteBoleh tahan no harga servis dia, tapi standardla harga mcm tu dgn tempst mcm tu
Kdg2 depa tanya nk tahap mana urutannya - kuat, sederhana, lmbut..dkt spa harga selalunya RM100++..
DeleteKalau selalu berurut sekali lama xberurut msti rasa xdelesa n lenguh
ReplyDeleteGanti dgn bersenam..tapi tak sama..bertahan..
Deletewah..dah banyak tempat Nohas try. mcm2 rupanya ya..
ReplyDeleteSuka try urut kt tmpt2 baru..mcm2 style..hehe..
DeleteTentu ringan badan lepas massage kan
ReplyDeleteBetul..rasa sgt lega bila lepas urut badan..
DeleteMesti rindu nak mengurut ni kan...nak pula terkurung tak boleh keluar.
ReplyDeleteLepas pkp ni boleh lepaskan hajat..hihi
ya..hehe..lepas pkp, bulan puasa..lepas raya lah nmpknya..in shaa Allah..
DeleteTq singgah blog akak yer
ReplyDeleteyou're welcome..terima kasih kembali..
DeleteCantik hiasan dalaman.
ReplyDeletesuka tengok hiasan dalaman spa2..balinese, siamese..
DeleteIngatkan apa bendanya, masad-masad... hehehhe.. ghupernya massage...
ReplyDeletehehe..amoi yg dari negara China tu yg selalu panggil..masad, masad..
DeleteOk saya dah ada idea benda pertama nak buat lepas habis PKP. Nak pergi spa. Berkerak dah badan ni. Haha
ReplyDeleteLps raya lah nmpknya boleh gi, lepas PKP masih bulan puasa..bersabaq..hihi..
Deletedah setahun x berurut...nampaknya kena tunggu lps raya la baru buleh.
ReplyDeleteLps raya masa terbaik..
DeletePanggil saya!Saya buat urutan traditional dari rumah ke rumah! 01128729312.
Deletetime PKPB ni, kena ikut SOP KKM..semoga sukses..
Deletememang nak kena gi berurut lepas ni..last sekali bulan Dec hari tu..
ReplyDeleteLepas raya ni jom gi berurut (kalau ok)..melancarkan mana2 yg tersimpul 😀
Deletemenarik ^_^ selalu g cari bidan kg je kalao nak berurut ^_^
ReplyDeleteblm pernah berurut dgn bidan kg..nk jg merasa, mesti sedap urutannya..
DeleteMrs. A pun suka berurut satu badan.
ReplyDeleteBiasanya Mrs. A urut dengan tukang urut kat kampung.
Bila balik kampung mesti mintak anak pergi panggil Uwan Sepiah ibu nak urut hiks!
Tak pernah lg berurut dgn mereka yg veteran2..teringin pulak..haha..kena cari nih..kena booking sbb demand tinggi..hehe..
DeleteSyok betul kalau dapat massage badan ni. tak pernah lagi pergi ke kedai..guna kerusi urut je yang masuk duit tu ha.
ReplyDeleteBetul, best dapat urut satu badan ni..saya sebenarnya segan guna kerusi urut tu esp kalau lokasinya open..bila dia goncang badan, segan arghh..hihi..
Deletesebulan duduk rumah ni saya da trlepas 1 session chiropractic..
ReplyDeletemulala badan ni sengal2.. memang nak kena dapatkan rawatan juga kalo MCO masih diteruskan..
Chiropractic...bagus ni..kalau private mmg tak buka time MCO ni kan..
DeleteLama betul tak berurut.. Memang best badan lepas kena urut..
ReplyDeleteSelalu Sha urut tradisi je.. Spa ini lama dah tinggal..
Tulah rindu nk urut badan..bestnya urut tradisi, susah nk jumpa tukang urut tradisi kt sini..
Delete