Alhamdulillah, sudah masuk hari ke-2 kita berpuasa. Menjalani ibadah puasa dalam tempoh PKP ni, terasa lebih tenang. Tiada kalut-kalut nak bersiap pergi pejabat, mengharungi traffic jam semua. Tapi yang tak best nya, tak dapat solat sunat tarawih berjemaah di surau dan masjid. Rindu nak dengar alunan ayat suci dari imam-imam hafiz dan alunan selawat berjemaah menggegar keheningan malam...mengaminkan doa beramai-ramai..
Bila kena solat tarawih di rumah, buat ringkas-ringkas, sayalah tu. Selalunya buat 8 rakaat dan 3 rakaat solat witir. Belum ada daya upaya nak buat 20 rakaat..huhu..
Kali ni nak share bacaan-bacaan tasbih dan selawat yang selalu dibaca diantara dua rakaat solat tarawih. Sahabat semua mungkin sudah hafal, anggaplah ini sebagai ulangkaji. Tasbih dan selawat sebagai penguat iman, supaya kita lebih bersemangat untuk bersolat tarawih dan secara tak langsung, memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat..
Semua ini saya snap dari majalah Manhaj, kualiti kurang memuaskan..
Tasbih dan Selawat sebelum memulakan solat
Iqamah Tarawih
Bacaan selepas rakaat ke 2 dan ke 6.
Selalunya Bilal akan baca 'Albadrul muniru Muhammad' dan makmum baca 'Sollu a'laiih'
Bacaan selepas rakaat ke 4 dan ke 8.
Makmum membaca:
Dan baca doa ini
Ya Allah, sesungguhnya kami meminta kepadaMu keredhaanMu dan syurga..dan kami meminta perlindungan dariMu daripada kemurkaanMu dan api neraka..
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami, ibubapa kami dan seluruh muslimin dan muslimat dengan RahmatMu wahai Zat yang Maha Pengasih. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.
Sekian, semoga bermanfaat, semoga Allah menerima ibadah solat, puasa, sedekah dan ibadah kita yang lain..amiin, amiin..ya Robbal a'lamin..