Alhamdulillah, sudah masuk hari ke-2 kita berpuasa. Menjalani ibadah puasa dalam tempoh PKP ni, terasa lebih tenang. Tiada kalut-kalut nak bersiap pergi pejabat, mengharungi traffic jam semua. Tapi yang tak best nya, tak dapat solat sunat tarawih berjemaah di surau dan masjid. Rindu nak dengar alunan ayat suci dari imam-imam hafiz dan alunan selawat berjemaah menggegar keheningan malam...mengaminkan doa beramai-ramai..
Bila kena solat tarawih di rumah, buat ringkas-ringkas, sayalah tu. Selalunya buat 8 rakaat dan 3 rakaat solat witir. Belum ada daya upaya nak buat 20 rakaat..huhu..
Kali ni nak share bacaan-bacaan tasbih dan selawat yang selalu dibaca diantara dua rakaat solat tarawih. Sahabat semua mungkin sudah hafal, anggaplah ini sebagai ulangkaji. Tasbih dan selawat sebagai penguat iman, supaya kita lebih bersemangat untuk bersolat tarawih dan secara tak langsung, memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat..
Semua ini saya snap dari majalah Manhaj, kualiti kurang memuaskan..
Tasbih dan Selawat sebelum memulakan solat
Iqamah Tarawih
Bacaan selepas rakaat ke 2 dan ke 6.
Selalunya Bilal akan baca 'Albadrul muniru Muhammad' dan makmum baca 'Sollu a'laiih'
Bacaan selepas rakaat ke 4 dan ke 8.
Makmum membaca:
Dan baca doa ini
Ya Allah, sesungguhnya kami meminta kepadaMu keredhaanMu dan syurga..dan kami meminta perlindungan dariMu daripada kemurkaanMu dan api neraka..
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami, ibubapa kami dan seluruh muslimin dan muslimat dengan RahmatMu wahai Zat yang Maha Pengasih. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.
Sekian, semoga bermanfaat, semoga Allah menerima ibadah solat, puasa, sedekah dan ibadah kita yang lain..amiin, amiin..ya Robbal a'lamin..
Memang rindu nak solat di masjid. Suasana memang meriah.
ReplyDeleteApapun kena disiplin bila solat di rumah.
Samalah buat 8 selalu.
meriah suasana solat tarawih di masjid/surau..bila ramai2 rasa semangat, rasa lemah badan terus segar bugar..
Deleteya, betul..haha..bila kt rumah ni, rasa liat je nak start..hehe..
semoga ibadah kita tetap sma walaupun terpaksa laksanakn di rumah ^_^
ReplyDeletekena usaha sikit cari bacaan2 bagi yg tidak hafal..akk refer buku ni je..
DeleteSemoga dipermudahkan. Yang penting kita buat berterusan. :)
ReplyDeletebetul, kena istiqomah..kuatkan semangat, fighting!
DeleteSOLAT TERAWIH KAT RUMAH NK CPT SIAP JE
ReplyDeletehehe..betul, tambah pulak solat tepi katil, kejap2 nak baring..nama pun solat rehat-rehat..hihi..
DeleteThanks share. Saya terawih kat rumah ni ayah jela jadi imam tiap2 malam. Tapi tulah, rindu suasana surau
ReplyDeleteAlhamdulillah..tulah, rindu nak berjemaah di surau..nak bertanya khabar jiran tetangga (akk lah tu)..
DeleteRamadan ni bkn iblis je kena kurung,dgn kita2 sekali..
ReplyDeletekita dah kena kurung sebelum Ramadan..hihi..
DeleteTerima kasih di atas perkongsian..
ReplyDeleteSama2..semoga bermanfaat..
Deletethank you so much for sharing this
ReplyDeleteYou're welcome..
Deletetahun ni solat terawikh kat rumah jek la ek..abis jek 4 rakaat benti dulu g minum air hahaha
ReplyDeleteTerawih kt rumah boleh buat santai2..tapi ada jg yg buat laju2, sekejap je dah siap..hihi..
DeleteTq for sharing nohas
ReplyDeleteYou're welcome..
DeleteSenyap sunyi surau bila tak ada orang terawih..
ReplyDeleteRindu suasana tarawih di surau.. masa ni lah dpt bertemu ramai jiran tetangga..
Deleteramadhan kali ni sunyi rasa, xdpt balik jumpa family, selalu mesti ada 1 day utk berbuka bersama..
ReplyDeletesunyi, tiada kemeriahan di surau/masjid...raya pun belum tahu boleh balik ke tidak..bersabarlah kita dgn ujian Allah ini..
DeleteAlhamdulillah tahun ini dapat buat terawih dengan keluarga di rumah.. Cuma tak semeriah di masjid lah.. Namun tetap bermakna..
ReplyDeleteAlhamdulillah..walau di buat di rumah, tetap bermakna bila dpt berjemaah bersama keluarga..
Delete