Thursday, 21 May 2020

Kuih ''Kacau-Kacau" Tradisi Nenek Moyang

Pagi tadi, mak cakap arwah tok kalau time-time nak raya ni mesti buat halwa maskat. Sapa pernah makan halwa maskat? orang utara mesti kenal kuih ni kan. Saya pun dah lupa macamana rasa kuih ni, lama benor tak makan..
 
Jom review kuih-muih old skool yang bila dimasak secara tradisional, mesti kena kacau, bukan kacau (ganggu) tapi kacau dengan sudip atas api daa..
 
1. Dodol 
 
Kuih liat-liat lemak manis kegemaran ramai, evergreen...kuih serumpun Nusantara..diperbuat dari tepung pulut, santan, gula..
 

mengacau dodol
sumber: thestar

dodol dalam tampin, Melaka style
sumber : bharian
2. Wajik 

Kuih dari pulut ini  juga kegemaran ramai, selalu didapati di majlis-majlis keramaian.
 sumber: carousel.sg
 
Ada juga wajik sirat, rasa berbiji-biji sebab pulut digoreng dan dikisar kasar

 
wajik sirat
 
3. Lempok durian 

 Kuih tradisi guna dua bahan - durian dan gula.

ada dijual di shopee & lazada

4. Halwa Maskat 


Kuih daripada tepung gandum, gula dan minyak. Halwa maskat original warna kuning emas. Katanya asal-usul dari timur tengah, maskat tu dari 'Muscat', ibunegara Oman.
 
 ada dijual di shopee


Inilah kuih-muih tradisi yang sentiasa ada permintaan, yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Sekarang ni dodol dah boleh dimasak guna 'pressure cooker', guna Noxxa..takdelah berpeluh-peluh depan api, nak mengacau berjam-jam lamanya..

Semoga kuih-kuih ni kekal zaman-berzaman..

Wednesday, 20 May 2020

Kata nak Raya

Assalamualaikum...

Hari raya menjelang tiba, marilah kita buat kuih raya. Hari Isnin, balik kerja, tengok mak tengah buat biskut kelapa. Kuih tradisi, setiap tahun ada.

 in the making

 in the oven

kuih kegemaran cucu

pagi tadi nampak mak dah keluarkan butter dari freezer, biskut apakah yang nak dibuatnya hari ni..semalam, ingatkan moreh nak makan aiskrim potong perisa durian, mak beli sekotak (20 pieces), mak cakap tunggu budak-budak (cucu2) datang raya...mak mengharap anak cucu datang berkunjung di hari raya..dah plan juadah di hari raya..

walaupun hari raya dlm pkpb, semangat nak celebrate raya tetap ada, hari raya tanpa baju raya, duit raya pun tak sediakan, mak bising, setahun sekali sedekah kat budak-budak..kena juga le pi cari sampul raya..huhu..

bunyi mercun dah berdentum-dentam dua tiga malam ni..rumah jiran-jiran dah pasang lampu lip-lap..nak raya kan..

Saturday, 16 May 2020

Co-working Space/Serviced Office : Why So ''Lawa"?

Salam semua...

Sahabat semua dah mula bekerja di pejabat ke? atau masih work from home? kalau pejabat cantik macam hotel, setiap hari mesti teruja nak ke pejabat.

Ruang pejabat yang semakin menjadi pilihan syarikat di zaman millenium ni ialah co-working space atau serviced office. Serviced office yang ada di Lembah Klang kebanyakannya terletak di bangunan-bangunan pejabat premium Gred A di lokasi terpilih. Ada beberapa players dalam industri ni seperti Regus, Common Ground.

Konsepnya, ruang lantai pejabat dibahagikan kepada bilik-bilik pejabat berbeza keluasan dilengkapi dengan perabut pejabat untuk disewa. Di lantai yang sama juga, disediakan common area (lounge, reception, cafe, pantry, event space, meeting rooms) serta kemudahan lain (internet, phone line, printer, mesin fax) untuk kegunaan penyewa. Ada juga yang sediakan nap rooms, lactation room, kids' play room dan gynmnasium.
 
Ruang pejabat kosong yang boleh dijadikan serviced office

Maknanya, staff dari syarikat berlainan bekerja di ruang yang sama tapi bilik pejabat berasingan serta berkongsi kemudahan yang sama (co-working space). 

Bilik-bilik pejabat dan common area - cafe
  
common area - cafe

Serviced office ialah alternatif kepada traditional office yang kebanyakan ditawarkan di pasaran. Kalau traditional office, penyewa kena buat renovation dulu, siapkan perabot dan peralatan lain sebelum start kerja tapi serviced office, penyewa boleh terus masuk bekerja sebab semuanya  sudah siap disediakan. Konsep ni sudah berada di Malaysia semenjak tahun 90an lagi. 

Menawarkan ruang pejabat dengan nilai tambah yang sangat 'wow', serviced office yang ada di Lembah Klang, memang sangat menarik dan cantik, instagram-worthy.

Jom tengok serviced office yang ditawarkan oleh colony.work, sangat cantik, siap ada tema lagi. Sesuai lah dengan taglinenya: Where Work Meets Sophistication. Tak jadi kerja kalau pejabat cantik macam ni...kerja posing je lah..hihi..


Colony @ KL Sentral - Level 37, Q Sentral 

 

Tema design : Parisian Apartment

Colony @ KLCC - Vipod Residences


Colony @ Eco City, Jalan Bangsar



Colony @ Mutiara Damansara - KYM Tower


Tema design :  Wes Anderson

 Colony @ Star Boulevard KLCC, Jalan Yap Kwan Seng


semua gambar-gambar di atas daripada www.colony.work


Menarik kan pejabat macam ni, berlama-lama di pejabat, pun ok.

Sekian, santai-santai di hujung minggu.