Hari ni last puasa untuk Ramadan 2020. Semalam last terawih, last sahur.
Ku lihat Ramadan sedang berkemas.
Aku tanya dia nak kemana?
Dengan lembut dia menjawab "Aku ingin pergi jauh, sangat jauh, selama 11 bulan ke depan. Aku akan menghilang darimu, sampaikan pesan ku pada semua.
Terima kasih kerana menyambut kehadiran ku dengan gembira, menghias hari-hari ku dengan sabar dan istiqamah. Jika kamu rindu akan diriku, maka perbanyakkan doa, semoga kita bertemu lagi pada Ramadan akan datang.
Di hari terakhir Ramadan ini, doaku:
Ya Allah,
Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.
Ya Allah...terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan-Mu.
Aamiin..Ya Rabbal'Alamin..
solat Jumaat di masa Perintah Kawalan Pergerakan
Jangan lupa menunaikan zakat fitrah ya sahabat semua!
Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap
individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut
syarat-syarat yang ditetapkan.
Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih
dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia
dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu
fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.
Waktu-waktu mengeluarkan zakat fitrah :
Waktu harus: bermula dari awal bulan Ramadan sehingga akhir bulan Ramadan
Waktu wajib : selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan
Waktu Afdhal : selepas solat Subuh akhir Ramadan sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidil Fitri
Waktu makruh: selepas solat sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari
Waktu haram : selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri
sumber: MAIJ









